#75: Gadis di Bazar, Ramadan Yang Lalu dan Laila Yang Dirindui


 

20260219, Khamis

Assalamualaikum dan hai. Hari Pertama Ramadan 1447H. 

Alhamdulillah semuanya terasa baik, setidaknya masih dikurniakan pelbagai perkara dan ruang yang masih boleh dirasakan hidup. 

Aku rasa penulisan kali ini aku akan berbincang dan bersembang tentang beberapa perkara. Mungkin ada yang menarik. Mungkin ada yang menolak. 

Sarkastik....

Dulu Aku Pernah Di Situ

Ya, dahulu aku pernah di situ. Berdiri dan menunggu. Setiap detik dan setiap saat yang berlalu aku rasa seeprti sebuah penantian yang panjang. Sebuah keadaan yang tidak mungkin aku fikir bahawa aku akan kehilangan rasa itu. 

Duduk di serambi surau kampungyang sedikit demi sedikit ditambah baik. Hari demi hari makin luas untuk menampung keperluan jemaah yang bertambah. Aku duduk di situ. Siang hari aku penuhi dengan belajar, belajar, menulis, menyalin, berbincang dan berkongsi. 

Aku tidak pandai membuat nota lantas aku menyalin satu buku teks. Baris demi baris. Titik demi titik. Beberapa pen bewarna setia di sisi aku untuk aku melukis dan menarik garis dan jalinan antara satu topik dengan topik yang lain. 

Menjalinkan sebuah hubungan antara dua perkara yang berjalan di ats sebuah garisan dan melukis rajah dan gambaran yang lebih dekat untuk meransang memori fotokramik. 

Aku di situ. Di serambi surau. Kehadiran Ramadan seperti menanti kekasih yang telah lama hilang. Hari-hari dipenuhi dengan pelbagai pengisian rohani dan maknawi. Aku bersama kawan-kawan dan rakan seperjuangan meniti setiap hari di bulan Ramadan dengan penuh tawa dan riang yang terpapar di balik monyok dan sendu di tengah hari yang rembang. 

Pada waku itu, dalam pengajian itu. Di sebuah tempat yang orang katakan batu loncatan menuju ke menara gading. Kata-kata pegangan, menuju puncak menara. Aku kian terimbas setiap detik yang telah berlalu walaupun kini segalanya hanya sebuah bualan kosong dan angan-angan seniman. 

Berkunjung ke Bazar Bersama Gadis Itu

Bulan Ramadan. Salah satu yang paling menjadi tarikan ialah bazar Ramadan. Pada waktu itu, kira-kira setalah habis berluang waktu di kelas. Sengaja aku mengajak gadis itu bersama. 

Kebetulan aku juga tiada berbuat apa. Kami tiba di sana dan berjalan, meninjau setiap gerai yang ada dan akhirnya membeli sedikit juadah untuk diri masing-masing. Perkara yang sudah lama berlalu. Mungkin pada tahun 2023. Bagi orang lain itu mungkin sebuah perkara yang aneh. Bagaimana tidak?

Berjalan dengan gadis ketika sedang berpuasa. Ya, itu apa yang orang fikir. Aku tidak pasti apa yang membuat aku terlalu berfikir sebegitu. 

Malam Itu Aku Berjumpa Laila

Pada Ramadan yang sama. Aku telah berjumpa dia. Aku suka menggelarkan dia Laila sebuah kiasan yang lebih dekat berbading istilahnya yang penuh. Pertemuan aku dan dia sungguh tidak disangka-sangka. 

Kebetulan aku baru saja pulang dari sebuah masjid di kota pentadbiran Malaysia. Jauh? Hanya 40 minit perjalanan dengan kenderaan dari rumah aku. Bagi aku itu satu pengakagtan hijab yang tidak semua orang akan dapatkan. 

Aku sendiri tidak pasti. Aku juga bingung untuk yakin. Aku cuma rasa pada malam itu aku bertemu Laila. Untung aku sempat melangitkan doa. Untung juga aku sempat berbicara dengannya. 

Sejak kali itu, aku sentiasa merindukannya. Dia yang hanya zahir setahun sekali. Aku kira Ramadan tahun ini ialah Ramadan ketiga setelah mengenalinya dan sentiasa menanti kehadirannya lagi. Aku fikir itu satu perkara yang snagat aku asyikkan.

Berbuka di Lapangan 

Ada juga pada 2024 jika aku tidak salah. Aku bergegas ke Putrajaya sekali lagi untuk mengotakan janji aku. Aku pernah katakan dan menyahut tawaran kawan sekelas yang ingin berbuka puasa di Putrajaya. Lebih tepat di Padang Perbadanan Putrajaya. 

Mungkin kerana dia gadis, dia tidak mampu memenuhi perkataanya sendiri tapi bukan aku. Aku akan sentiada berusaha untuk menunaikan segala perkataan aku semampunya.

Aku bergerak ke sana sedang elok sebelum Asar dan sampai tepatnya azan Asar. Aku memilih untuk berjemaah di Masjid Besi dan kemudian meronda-ronda di Bazar Ramadan Presint 3 Putrajaya yang terkenal. 

Aku berasa sangat teruja kerana itulah kali pertama kau berbuka di padang luas sendirian. Sedih? Aku tidak mampu untuk kenang kembali. Apa yang aku tahu, aku telah kotakan perkataan aku. 

Malam  terasa panjang dan tarawih sehingga 20 rakaat. Sekiranya aku tidak salah, sekembalinya dari situlah aku bertemu Laila.

Tadarus Al-Quran

Aku rasa sungguh benarlah apa yang guru-guru katakan. Sekiranya kamu tidak buat barag sedikit pun di sekolah, belum tentu kamu akan buat apabila keluar dari sekolah. Ya, sungguh benar. 

Tadarus Al-Quran di sekolah menunutut murid dan pelajar untuk meluangkan maasa selepas waktu sekolah untuk bersama-sama bertadarus Al-Quran. Aku fikir itu ialah saat yang aku tidak dapat ulang. 

Sekiranya ada yang pernah membaca catatan aku yang lepas tentang aku yang menyatakan bahawa aku tiada langsung memori yang boleh dibanggakan kemudian mengatakan bukankah perihal tadarus ini sebuah memori?

Apakah perihal ini juga diingati orang lain? Sudah tentu tidak. Memoru itu dibina bersama. Apa yang aku nyataka sekarnag mungkin hanya sebuah Episod Lama (rujuk entri #64).

Ramadan Tahun Lalu

Jika aku mahu berbicara tentang Ramadan tahun lalu. Aku juga tidak tahu apa yang paling besar aku telah lakukan. Ada beberapa peristiwa yang aku rasa penting juga untuk aku ingat kembali. 

Aku dan keluarga konvoi 3 motosikal menuju ke rumah persinggahan dari Ampang. Dalam oerjalanan boleh pula berlaku kemalangan kecil. 

Petangnya sekali lagi kami semua konvoi ke Bazar Ramadan Sekyen 30, Shah Alam. Mungkin tidaklah semewah orang lain namun kami semua bersama. 

Malamnya, aku bergerak untuk terawih malam 29 Ramadan di Masjid Negeri Selangor, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Azizi Shah yang juga dikenali sebagai Masjid Biru. 23 rakaat dengan witir. 

Malam sebelumnya aku juga turut pergi ke masjid masjid besar. 

Malam 25 Ramadan di Masjid Negara. Malam 23 Ramadan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.

Itulah projek besar aku untuk Ramadan 1446H. Tahun ini? Aku masih dalam fasa hilang arah. Aku masih kabur dalam setiap keputusan. Aku masih tidak mengerti mengapa segalanya seakan runtuh satu demi satu. 

Mungkin aku banyak melakukan silap dan ini semua ialah kifaranya. Mungkin juga ini semua ialah batu-batu pengahalang yang aku perlu pilih terhdapnya. Sama ada memahat dan mengukirnya untuk dijadikan hiasan atau tangga atau mengangkatnya dengan sekuat tenaga untuk membina sebuah landasan arah yang untuk orang-orang selepas aku. Aku masih buntu.

Aku Cuba Berdiam Kali Ini?

Sejak status terakhir aku pada 7 Disember 2025 sehingga kini aku belum mampu untuk berkongsi apa-apa di status lagi. Ada juga yang bertanya mengapa. Aku akan menjawab, tidak ada yang menarik untuk dikongsikan. 

Mereka tidak mendesak tidak juga hauskan jawapan. Jika aku katakan air di tasik itu jernih sudah pasti akan ada yang menyangkal. Itulah jawapannya. 

Aku fikir tidak perlu kita melungkan apa yang kita rasa. Aku juga terus aktif menulis blog dan sesekali memprompsikan kepada rakan-rakan untuk mereka melihat dan berkunjug ke blog ini walaupun aku pasti tidak semua akan mampu. 

Ada juga yang bertanya, nadanya rendah, matanya bersinar dan rasanya aku kesan penuh dengan ingin tahu. Aku fikir dia seroang yang baik. Dia seorang yang geliga. 

"Sebanyak manapun daging yang kau hidangkan. Andai singa sakit gigi, sudah pasti tiada juga selera yang tinggi"

Blog ini hanya akan dijumpai oleh orang yang ingin mencari. Orang yang mahu tahu. Orang yang rasa bahawa ada sesuatu yang mereka terlepaskan dari tahu. Aku fikir itu, ya itulah dia. 

Ramadan Kali Ini Lebih Bermakna Pasti

Sebagai penutup, mungkin apa yang aku alami tidaklah seteruk apa yang ramai orang lain lalui. Ada yang masih kebuluran, ada yang masih tiada tempat tinggal. Ada yang masih merempat dan tiada keluarga. 

Aku kira apa yang aku rasa tidak dapat menandingi walau sedikikit pun apa yang orang lain deritakan. Mungkin, kapal lain-lain tapi ombak tetap sama. Mungkin, ribut tetap melanda cuma kapal siapa lebih kuat untuk tidak karam. Mungkin bukan siapa yang sampai dulu, tapi siapa yang paling kuat dilambung ombak. Mungkin juga bukan salah nahkoda jika yang menjaga air laut ialah Dia Yang Maha Esa.

Akhir kata, mudah-mudahan Ramadan kali ini menjadi satu wadah untuk kita semua lebih kuat beribadah dan terus bersemangat mengejar kebaikan. Insya-Allah Amin.

Aku rasa sampai sini saja dulu. Sampai jumpa lagi!

Assalamualaikum.


Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

#62: Perbincangan Yang Menjengah Minda

#87: Pecahnya Empangan Rasa

#3 Satu Wawasan dan Tujuan

#61: Manis Di Mulut, Singgah di Paroi

# 28 Rasa di Antara Baris