#48: Bagaimana Melukis Pelangi Senja?
Sesi 2025/2026, Semester 1, Minggu 12 20251230, Selasa Aku terfikir lagi. Biasan di balik hujan yang turun membasahi bumi. Bukanlah hakikat sebuah cerita yang pasti. Seringkali kanak-kanak dimomokkan dengan pelbagai cerita rakyat di seluruh belahan dunia. Kata orang-orang, ada tempayan emas di hujung pelangi, lengkung pelangi sebenarnya seekor naga yang turun minum air di tasik, jangan menunjuk pelangi jika tidak mahu jari kudung. Pelangi. Satu fenomena alam yang hanya muncul apabila adanya titisan air dan juga cahaya matahari. Aneh juga, mengapa hujan malam hari tidak dapat menzahirkan pelangi sedangkan biasan cahaya bulan ada? Oh, benar! Cahaya bulan hanya biasan cahaya mentari. Bukan cahayanya sendiri. Begitu juga pelangi, satu fatamorgana indah yang hadir sebagai bentuk suci manifestasi sebuah pengharapan yang sepi. Indah, cantik dan menawan. Setiap warna tidak mendahului yang lain. Mengikut turutan dan juga aturan Tuhan. Hadir sekali-sekali sebagai bukti ada dan tidak p...