Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2026

#59: Laci Ku Tarik, Kosong dan Bersawang

Imej
  20260128, Isnin Assalamualaikum dan hai. Selamat Sejahtera?  Bagaimana keadaan semua? Mudah-mudahan semuanya sihat belaka.  Semalam aku memilih untuk hadir ke TamanTasik Titiwangsa pada sebelah malam. Aku sudah terlalu tepu dan sudah lama berada di dalam rumah. Aku hanya ingin meredakan suhu tubuh yang kehangatan kerana terlebih minum minuman manis. Aku kurang periksa rupanya susu sejat mengandungi kandungan gula yang amat tinggi.  Sepanjang aku berjalan di situ. Pelbagai ragam manusia yang dapat aku cerap. Ada yang bersantai, ada yang bersembang, ada yang merakam video dan banyak lagi.  Aku banyak pasangan. Namun pasangan yang paling menarik hati aku ialah pasangan yang ada anak kecil bersama mereka kerana aku yakin mereka sudah bernikah. Ada pelbagai ras juga di situ. Ramai juga yang berjoging dan berlari.  Semalam aku fikir boleh berjalan dengan tenang, bahkan sambil berjalan tangan aku masih asyik membalas segala mesej yanng masuk. Soalan-soalan yang ...

#58: Ada Di Atas Atau Terpaksa Di Bawah

Imej
  20260125, Ahad Assalamualaikum dan selamat sejahtera.  Bagaimana keadaan semua?  Hari ini aku fikir banyak perkara yang perlu diimbas kembali. Sudah menuju pengakhiran bagi semester ini. Aku fikir ini juga satu perkara yang perlu untuk aku lihat dengan lebih saksama. Banyak perkara yang sudah berlaku dan semakin banyak perkara yang perlu diuruskan. Bermula daripada diri sendiri dan juga orang lain. Kehidupan umpama roda. Roda bukankah terbuat daripada kayu? Macam kereta zaman Rom dulu? Jika aku katakan umpama tayar, tidak tepat kerana tayar jika tidak dipasangkan kepada rim tetap dipanggil tayar. Benarlah, roda lebih tepat.  Hidup umpama roda, kadang di atas kadang di bawah. Cuma yang menjadi persoalannya ketika di bawah kita menyentuh tanah yang keras, padang rumput atau mungkin tahi binatang yang melata? Bagaimana seseorang dengan mudah boleh mengatakan kehidupan ini sekejap di atas sekejap di bawah sedangkan ketika di bawah mungkin apa yang kita hadapi tidak sam...

#57: Seorang Muda Yang Cuba Melakar Peta Hidup

Imej
  20260122, Khamis Assalamualaikum dan hai, selamat sejahtera. Kalau ada yang bertanya kepada aku, apa yang aku mahu capai dalam tahun ini. Mungkin aku akan cakap yang aku mahukan sebuah kepastian. Sebuah pengiktirafan dan juga sebuah pencarian yang pasti ada jalan dan tujuan yang jelas dalam menempuh sebuah pengembaraan kecil ini. Belajar, menuntut ilmu dan juga mencari tahu.  Dimanakah ada sebuah peta atau pelan yang pasti untuk aku rujuk? Pelan dan rancangan tindakan yang jelas untuk aku tampal di dinding dan tatap setiap hari? Menilai sejauh mana perkembangan diri aku seiring dengan segala perkara yang perlu aku jalani?  Seringkali aku melihat anak muda. Pemuda dan pemudi, remaja dan belia seperti aku mencari-cari identiti. Mencari-cari petunjuk, mentor atau satu panduan tentang harus bagaimana lagi untuk menjalani sebuah kehidupan yang asing ini?  Ada orang, mula menceburi bidang perniagaan sejak kecil. Faktornya? Minat, tradisi keluarga, tekanan kewangan, mahuk...

#56: Glow Up, Dendam Sihat atau Sekadar Pelarian?

Imej
  20260121, Rabu Assalamualaikum dan hai! Selamat, sejahtera? Hari ini aku tertarik dengan satu ayat di Tiktok sebenarnya dan aku suka untuk membincangkannya.  "When a couple break up, don't listen to both sides. Just watch who gets a glow up and who jumps fast into a new relationship" Kenyataan itu, macam betul bukan?  Selalu juga aku berhadapan dengan situasi begini terutamanya dalam kalangan rakan sebaya. Biasalah, budak-budak dalam proses mahu mengenal dunia. Aku secara peribadi tidaklah begitu kisah sangat, cuma setakat pemerhatian aku benda ini sah.  Namun begitu, benarkah semua yang glow up itu adalah mangsa dan mereka bertindak untuk menebus kembali? Kalau soalan itu dituju kepada aku, aku akan jawab ya. Ya, bukan sebab percintaan semata-mata tetapi sebab kekecewaan terhadap diri sendiri, patah hati kerana harapan yang terlalu tinggi atau ejekan daripada orang yang dihormati.  Perkara ini pun kita dapat perhatikan dalam banyak siri Anime Jepun. Kebanyak...

#55: Antara Keserabutan, Tanggungjawab, dan Luahan

Imej
  20260119, Isnin Assalamualaikum. Hai? Apa khabar semua? Semua sihat?  Aku? Aku tak pasti sangat. Hari ini, hari pertama minggu ulang kaji. Aku rasa itu satu perkara yang aneh. Meskipun, ini merupakan semester 3 aku dalam pengajian di Bumi Watan ini. Aku rasa sebuah keterasingan.  Hari ini aku bermula dengan sebuah sesi bersama mentor aku. Ya, sistem mentor-mentee yang telah ditetapkan oleh jabatan kami. Jabatan Kajian Bahasa, Sastera dan Kebudayaan. Mentor aku seorang yang sibuk. Jika diikutkan apa yang dikhabarkan pada minggu lepas, aku boleh berjumpa dengan beliau jam 10 pagi. Kebetulan aku sampai awal, dan berselisih dengan beliau, sempat aku meminta sedikit masa beliau untuk berbincang dan melaporkan apa yang aku jalani semester ini.  "Dr., semester ini. Saya, rasa serabut Dr...." Begitulah kira-kira. Dr. Y banyak memberikan nasihat dan juga tunjuk ajar. Kata beliau disiplin, waktu fokus dan tugas khas dalam sehari jadual harian. Beliau pernah bercerita tentang...

#54: Dia Yang Pernah Dipanggil Sayang

Imej
  2026018, Ahad Assalamualaikum dan selamat sejahtera.  Bagaimana mungkin sebuah kenangan dan memori rasa lalu buat kita merrasakan sebuah kebersamaan. Aku selalu fikir yang tiada guna untuk kita terus rasa gembira kerana kesedihan pasti akan menjelma juga. Namun begitu, ramai juga yang rasa aku ini aneh, pelik dan asing. Aku rasa aku hanya seorang tua dalam kalangan orang muda. Tua yang memandang semua perkara secara serius dan tidak berbelah bahagi. Aku hanyalah seorang tua yang duduk di depan serambi rumah sambil memerhati budak-budak yang sibuk ke hulu ke hilir mencari kenikmatan fatamorgana yang bersifat utopia khayalan. Mungkin, aku sebenarnya yang salah dalam setiap tindakan aku. Mungkin akulah yang paling teruk. Aku pun tak tahu nak cerita fasal apa. Sejak 8 Disember 2025, aku rasa tiada apa-apa pun yang menarik yang perlu aku kongsikan. Semuanya terasa hambar. Bahkan, bila fikir-fikir semuala; bila kali terkahir aku menghadiri sebuah keramaian atau sebuah majlis bersu...

#53: 14 Minggu Telah Tamat

Imej
  20260117, Sabtu Mungkin.... Aku lah masalah yang sebenar.  Mungkin... Aku lah yang paling kejam. Mungkin... Aku lah yang paling liberal. Mungkin... Aku lah paling khianat. Mungkin... Aku lah yang paling teruk. Mungkin... Aku lah punca segala kelemahan. Mungkin... Aku lah sebuah harapan yang tidak pernah tercapai. Mungkin... Aku hanya berlagak berguna. Mungkin... Aku lah yang paling hina. Mungkin... Kehadiran aku yang merosakkan segala. Mungkin... Hari-hari yang berlalu akan lebih indah tanpa aku. Mungkin... Hari-hari yang akan datang bukan untuk aku. Mungkin... Aku ini hanya sebatang kayu yang hanyut. Mungkin... Aku bukanlah seorang yang penting.  Mungkin... Segalanya akan lebih baik kalau aku tiada Mungkin... Kelamnya malam dan terangnya siang tidak ada ruang untuk aku. Mungkin... Masa depan belum tentu. Mungkin... Masa lalu terus mengejar. Mungkin... Aku seorang saja yang masih berdiri. Mungkin... Aku hanya batang kayu yang mereka ikatkan segala tali harapan. Mungkin....

#52 Persahabatan Itu Bagaimana Sebenarnya?

Imej
  Semester 1, 2025/2026 20260107, Rabu Assalamualaikum, selamat sejahtera, hai? Ya, kedengarannya aneh, bukan? Itulah yang aku persoalkan. Bagaimana ya? Persahabatan itu bagaiamana, sebenarnya? Aku selalu terfikir, adakah aku ini tiada langsung persahabatan. Aku lihat ada juga orang-orang yang mereka itu ada saja perkara, orang dan tempat yang mereka salurkan segala cerita sehari-harinya. Aku merenung watak Boboiboy dan Gopal, Ying dan Yaya. Sebenarnya, bagaimana persahabatan tu berlaku? Bagaimana sifat setiakawan disemaikan? Aku sekali lagi keliru. Mungkin sebab aku tak pernah sebegitu. Mungkin, ya sekali dulu. Namun bukan atas dasar saling memerlukan. Semuanya berubah sejak masing-masing ingin menjaga diri sendiri. Aku fikir bagaimana orang yang sentiasa berbual-bual dan bercerita? Belum lagi kita bahaskan orang-orang yang bersahabat berlainan jantina. Katanya kawan baik, lelaki dan perempuan. Ada yang berkwan sejak keciul, sejak sekolah rendah, sejak sekolah menengah, dan mungki...

#51: Di Tepi Gigi Air

Imej
  Jadi, begini ke rasanya? Tidak adil kalau mahu katakan yang kita ini miliki kekurangan dan yang paling patah antara semua. Kadang-kadang, satu detik kejatuhan membuatkan kita merasa sentiasa berada di bawah mendung dan guruh yang sabung menyabung. Ada hari mendung dan hujan renyai. Ada hari awan kelabu tapi hanya kilat sabung-menyabung. Ada juga ketika tiba-tiba saja hujan turun sederasnya tanpa amaran. Aku pun tidak boleh menafikan. Ada hari mentari bersinar riang. Ada hari hangat yang mesra dan senyuman gembira.  Ada kala juga aku sentiasa berasa bahawa cerah itu akan berkekalan sepanjang hari.  Ada juga ribut dan kemarau yang silih berganti. Cuma, apabila sunyi memenuhi diri. Aku jadi lebih peka untuk memerhati. Dimanakah letak semua janji dan rintih kasih yang pernah ada dulu? Membina sebuah institusi keluarga, atau membina kehidupan bersama.  Adakah semua keseronokan perlu dikongsikan atau kekal dalam simpanan sendiri? Adakah semua orang pernah berada di tempa...

#50: Sebenarnya, Aku Salah Jalan?

Imej
  Sesi 2025/2026, Semester 1, Minggu 12 20250102, Jumaat Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.  Kau rasa aku salah jalan? Kau rasa aku tersilap arah? Hari ini hari kedua tahun 2026, sejak semalam setiap detik yang berlalu terbayang-bayang semua perkara yang telah berlalu pada tahun-tahun yang lepas. Aku masih terbayang detik-detik ketika setiap hari aku dipenuhi dengan kerja dan tugasan. Mungkin waktu itu, waktu yang terbaik? Sepanjang jalan aku menunggang motosikal, cuaca, rasa, suasana, memori, semuanya mengarahkan kotak pemikiran aku pada satu halaman lalu yang aku sangat suka? Satu waktu di mana hari-hari aku sentiasa dipenuhi dengan perkara-perkara yang bermanfaat. 7 pagi sehingga 7 malam di sekolah. Di meja, menyalin segala perkara, menyalin segala tugas dan kerja. Masa aku terpenuhi dengan tugas dan tiada langsung waktu untuk bermain-main, leka dan lalai. Salah satu lembaran itu, aku sebagai orang yang amat cintakan buku, kertas, pen, kopi dan malam. Tiada tidur, hanya...

#49: Refleksi 2025

Imej
    Hai, Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ? Sejahtera kah? Kalau ikutkan ini ialah entri pertama untuk tahun 2026. Aku mengambil satu tempoh untuk melihat kembali segala catatan, gambar, dan jurnal harian aku pada tahun 2025. Ada bahagian yang buat aku gembira, ada yang buatkan aku rasa kosong, ada yang buat aku sedih, ada yang buat aku keliru. Cuma, hari ini 1 Januari 2026. Aku sudah mula rasa kepadatan untuk melaksanakan semua kerja. Berbaki 2 minggu lagi sebelum semester ini habis. Ada yang tanya aku kenapa memilih untuk menulis. Aku pun kurang periksa, mungkin itu medium paling selamat. Aku cuma terfikir mengapa aku rasa lebih lemah...  Baru hari pertama tahun ini. Mengapa semua terasa kosong? Mengapa aku rasa aku ada peluang untuk mula daripada awal sebagai permulaan yang lebih segar tapi aku rasa macam ada benda yang kurang.  Aku tak pasti di mana letaknya sekeping hati yang boleh dihamparkan, dilukis, diwarnakan tetapi akhirnya digulung sebelum sempat ker...