#66: Tunggu Kepulangan Dari Bumi Salju

20260209, Sabtu

Assalamualaikum. 

Hari ini sungguh hawa yang berhembus terasa berbeza. Seolah-olah benar-benar angin telah menyampaikan balasan rindu dan kepastian yang tiada ragu. Sebuah puisi terlakar sebagai balasan untuk puisi yang dahulu aku baca. Sajak Jarak Yang Tak Terucap telah dibalas dengan Tunggu Kepulangan Dari Bumi Salju. 


Tunggu Kepulangan Dari Bumi Salju

Buat dia yang berada di Bumi Watan

Sampai hari ini

Aku tidak pernah lupa

Ya, ketenangan Sungai Han mungkin

Tak sesibuk Kota Raya


Namun, apabila aku berada di sini

Aku masih rindu kesibukan kota raya

Jalan-jalannya tidak pernah luput

Daripada jentera-jentera beroda

Warna-warni kota raya yang menyinari hidup aku


Kau tukarkan jawapan

Daripada mungkin kepada ya

Wah, ternyata aku tidak pernah salah arah

Ternyata semua doa-doa aku

Tuhan dengarkan dan kabulkan


Ketenangan Sungai Han

Aku abadikan dalam doa

Sebagaimana kau menyeru

Di sepertiga malam akhir

Aku juga merintih dan merayu

Mudah-mudahan niat kita yang suci

Akan tercapai


Sehingga kini

Keyakinan aku semakin bertambah

Dan semakin menguat

Buat dia yang berada di Bumi Watan

Aku yang ditemani Kimchi 

dan juga Kek beras

Tidak pernah melupakan kau

Dan akan sentiasa menunggu

 

Bak kata orang

Hujan Emas di negeri orang

Hujan batu di negeri sendiri

Bagaimana tenang pun di negeri ini

Sudah pasti aku akan Kembali

 

Jangan bimbang

Salju di sini cukup

Api yang dulu marak

Kian beku kerana salju

Mungkin juga melembut

Kerna bakal menjadi ibu


***

Sungguh balasan ini bukan satu perkara yang besar bagi sesetangah pihak. Namun begitu, apabila panah yang dilepaskan terkena buruan rebahnya juga sudah cukup untuk bersorak keriangan. Mudah-mudahan segala urusan dimudahkan. Insya-Allah, Amin.

Itu sahaja dulu untuk kali ini. Sampai jumpa lagi.

Assalamualaikum

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

#62: Perbincangan Yang Menjengah Minda

#87: Pecahnya Empangan Rasa

#3 Satu Wawasan dan Tujuan

#61: Manis Di Mulut, Singgah di Paroi

# 28 Rasa di Antara Baris