Catatan

Tunjukkan catatan dari 2025

#48: Bagaimana Melukis Pelangi Senja?

Imej
Sesi 2025/2026, Semester 1, Minggu 12 20251230, Selasa Aku terfikir lagi. Biasan di balik hujan yang turun membasahi bumi. Bukanlah hakikat sebuah cerita yang pasti.  Seringkali kanak-kanak dimomokkan dengan pelbagai cerita rakyat di seluruh belahan dunia. Kata orang-orang, ada tempayan emas di hujung pelangi, lengkung pelangi sebenarnya seekor naga yang turun minum air di tasik, jangan menunjuk pelangi jika tidak mahu jari kudung.  Pelangi. Satu fenomena alam yang hanya muncul apabila adanya titisan air dan juga cahaya matahari. Aneh juga, mengapa hujan malam hari tidak dapat menzahirkan pelangi sedangkan biasan cahaya bulan ada? Oh, benar! Cahaya bulan hanya biasan cahaya mentari. Bukan cahayanya sendiri. Begitu juga pelangi, satu fatamorgana indah yang hadir sebagai bentuk suci manifestasi sebuah pengharapan yang sepi. Indah, cantik dan menawan. Setiap warna tidak mendahului yang lain. Mengikut turutan dan juga aturan Tuhan. Hadir sekali-sekali sebagai bukti ada dan tidak p...

#47: Serpihan Kaca dalam Permata 4.00

Imej
  Sesi 2025/2026, Semester 1, Minggu 12 20251229, Isnin Kalau orang tanya apa memori waktu sekolah dulu, mungkin aku akan jawab.  "Aku pun tak tahu...." Aku tak tahu apa yang mereka katakan cipta memori, cipta kenangan, bina hubungan. Aku, tak tahu apa benda semua itu.  Aku hanya datang ke sekolah seawal mungkin, dan pulang selewat mungkin. Mahu kata aku ini pelajar cemerlang, tidak juga. Aku hanya memanfaatkan masa untuk bergaul dan mungkin membantu rakan-rakan yang lain.  Bahkan, kalau orang tanya apa yang aku buat selama ini berlama-lama di sekolah? Aku mungkin akan jawab.  "Aku pun tak tahu" Dahulu ketika sekolah menengah, mungkin aku sempat merasakan aktiviti lepak setiap habis sekolah di hentian bas. Bersembang dan bercerita pelbagai perkara bersama dengan kawan-kawan aku. Ironinya, tiada satu pun yang aku fikir layak untuk dikenangkan.  Ketika berada di menengah atas, satu dunia dilanda keributan apabila virus COVID-19 melanda dunia. Kebanyakan waktu...

#45: Pemuda itu...

Imej
  Mengapa? Mengapa semuanya terasa, pudar? Tiada rasa, tawar dan tak bermaya? Hari ini hari Jumaat terakhir untuk tahun 2025. Jam menunjukkan pukul 5:35 petang. Waktu asar yang sangat berharga bagi aku. Semalam aku berjumpa kawan-kawan aku. Perkara pokok yang menjadi perbincangan ialah tempoh perkenalan dan cara untuk berkenalan dengan lawan jenis. Salah seorang daripada kami sudah memperlihatkan perkembangan yang positif dan membuatkan kami semua terkesima dengan pencapaiannya. Tindakannya yang berani merentas segala lebuhraya untuk satu jarak dari utara ke selatan. Satu perkara yang amat memeranjatkan kami semua. Lebih mengejutkan, pemilik bunga itu membenarkan dia masuk ke halaman rumah. Meski belum diterima sebagai tetamu rasmi, namun tindakan sejauh itu pun cukup menjadi satu perkara yang sungguh baik. Setiap bait yang meniti di bibirnya, kami dengar dengan tekun. Timbul seribu satu persoalan yang ingin kami lontarkan. Tidak kurang banyak percubaan kami untuk mencelah da...

#44 Certot: Orang Lidi Tidak Naik Pentas

Imej
  " KENAPA tak datang Majlis Anugerah Dekan semalam?" Gadis itu bertanya. Di tangannya masih memegang dua lembar sijil. Jelas tertera nama penuh pemuda. "Aku tak nak datang. Itu saja." Pemuda tidak memandang. Hanya melafaz seperti tiada perasaan. "Salahkah, kalau kita raikan kejayaan?" Gadis itu menyoal kembali. Lembaran sijil itu diletakkan di atas meja bulat di depan mereka. Gadis mencari-cari sesuatu dalam beg tangannya. Logo salah satu universiti dalam negara kekal sebagai pin enamel yang menghiasi beg itu. Pemuda masih berdiam. Beberapa saat kemudian baru mula berbicara. "Aku tak pernah halang orang untuk raikan kejayaan mereka. Walau sekecil apa pun. Kalau mereka rasa hadir ke kelas itu satu kejayaan, terpulanglah. Bagi aku, satu sijil tidak bermakna apa-apa...." Pemuda memejam mata, dadanya berombak. Wajah gadis layaknya samudera bergelombang. Sebuah kad dihulurkan kepada pemuda. Tiada kata. Mereka hanya bertukar pandangan dan gadis mengan...

#43 Aku Runtuh Lalu Pulang Ke Tempat Itu Semula

Imej
  20251214, Ahad Aku datang lagi di sini. Sebenarnya ini bukan kali pertama aku datang ke sini, daripada beberapa hari lepas aku sudah berniat untuk datang ke sini.  Sekali lagi Aku Datang Penjaga Itu Bertanya "Bagaimanakah keadaan kau kali ini?" Wajah Aku Tidak Seperti Begitu Lagi

#42 Lakon Yang Kaku

Imej
  Sesi 2025/2026, Semester 1, Minggu 8 20251201, Isnin Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ini kisah aku sebagai slaah seorang pelakon pementasan teater.  Itu aku, berlakon sebagai watak Si Bongkok. Satu pementasan untuk kursus pelajar tahun 3. Aku gembira dapat membantu. Aku gembira dapat menimba sedikit pengalaman yang mungkin tidak ada pada rakan-rakan aku yang lain.  Bermula terima tawaran sehingga pementasan, sudah pasti tidaklah semudah yang dilihat oleh orang-orang. Aku juga pasti bukan semua cerita dan kisah perlu dibahaskan. Jika tidak, sudah pasti segalanya akan menjadi sukar kerana emosi tidak dapat dizahirkan melalui tulisan semata-mata.  Aku fikir untuk beberapa masa ini, tulisan aku jadi semakin ringkas berbanding sebelum ini. Aku minta maaf sekiranya tindakan aku ini akan membuatkan ada pihak yang kecewa. Aku fikir lakonan aku tidak mantap, banyak kekurangan dan tidak mungkin akan mencapai tahap baik  dalam tempoh yang singkat.  Tidak meng...

#41 Cerpen: Sebelum Ayah Naik ke Atas

Imej
Cerpen: Sebelum Ayah Naik ke Atas Jun 2022 “Seramai 20,093 orang calon SPM seluruh negara memperoleh keputusan cemerlang dengan mendapat A bagi semua pelajaran” Suara dari corong radio malam itu mengisi segenap isi dapur. Ruang malam yang sepatutnya menjadi sebuah ruang perkongsian aktiviti harian.       “Bagaimana keputusan kamu ?” suara ayah memecah lamunan aku.     Aku masih berdiam diri. Bagaimana tidak, sudah pasti aku akan dibandingkan dengan saudara-mara yang lain. Ada beberapa orang sepupu yang sebaya. Salah seorang belajar di MRSM terkemuka. Petang tadi sudah mendapat khabar dia termasuk dalam kalangan pelajar terbaik di negeri penyu bertelur.      “Tidak sebaik Fakhri, ayah…” aku menjawab perlahan. Tangan masih menguis-guis nasi di dalam pinggan.       Ayah berdiam diri. Hampir satu minit keadaan senyap. Ayah hanya menyendukkan ikan keli berlada ke pinggan aku.      “Ayah tanya keputusan kam...

#40 Tulisan Kecil untuk Penuntut Ilmu di Seberang Lautan

Imej
  20251116, Ahad Assalamualaikum dan hai! Selamat Sejahtera semua. Hari ini hujung minggu aku tidak buat apa sangat cuma hari ini hari terakhir sebelum aku letak kerja selama seminggu. Tidak banyak yang berlaku. Kali ini aku cuma mahu kongsikan sedikit tulisan aku. Mudah-mudahan ada manfaat. Syuruk di ufuk Timur Jika dikatakan sembah, maka sungguh sanggah lebih banyak. Jika dikatakan akur, lentur lebih kuat. Darah yang mengalir dalam cerita, tidak mungkin mulia hanya kerana darjah. Jika tiada tahu bagaimana bertitah, cukup saja terima arah. Raja negeri Timur, bermula dengan bahasa dan tulisan yang dipinjam. Seiiring sedar akan identiti bangsanya sendiri, dicipta huruf-huruf untuk menjadi warisan dan sesuai penyebutan. Disembah pada bonda, mungkinkah menghantar barang sedulang ke sana. Sahut bonda jangan lekas berbuat susah, di sini juga masih ada. Pacal kembali sembah, bukan orang di sana. Melainkan saudara kita juga, yang menuntut di sana itu. Diamlah bonda berfikir barang beberap...

#32 Catatan Pawagam: Kelip-Kelip, Surat, dan Persoalan Tentang Persahabatan Dalam Filem Your Letter (2025)

Imej
  20251108, Sabtu Hai, Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ! Apa khabar semua! Harap semua sihat. Hari ini aku pergi menonton filem. Aku dapat tahu tentang filem ni masa iklan ketika aku menonton filem Sore sebulan lalu.  Sengaja aku memilih untuk menonton filem ini memandangkan aku amat tertarik dengan iklan acah yang dimuat naik di internet. Satu lagi aku tertarik juga kerana filem ini dari Korea Selatan. 🎬 Tajuk: Sore: Your Letter (2025) 📅 Tarikh Tonton: 8 November 2025 🏢 Lokasi: TGV Ampang Point , harga ahli RM10 Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Lee So Ri yang baru sahaja berpindah ke sebuah sekolah di daerah pedalaman. Sebelumnya dia bersekolah di Seoul, lebih tepatnya dia berpindah kembali ke kawasan dia membesar dahulu. Dia pernah bersekolah di situ sebelum berpindah ke Seoul, bahkan rumah neneknya juga di situ. Sebagai seorang pelajar murid baharu, dia mengahadapi trauma apabila kes buli masih terdapat di sekolah itu. Pada awalnya dia hany...

# 29 Pembentang Terbaik !

Imej
Sesi 2025/2026, Semester 1, Minggu 5 20251105, Rabu Assalamualaikum dan hai! Selamat Sejahtera! Hari ini tiada kuliah tapi aku kena naik kampus juga sebab ada program Insan Budiman. Mungkin ada yang tak tahu fasal program Insan Budiman. Program Insan Budiman merupakan program wajib bagi seluruh pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM.  Hal 1 - Menjengah ke Sudut Profesional Semester ini aku mengambil Modul 2 (Pengetahuan dan Kemahiran Profesional). Aku tertarik kerana perkataan profesional. Satu istilah yang gah dan cukup untuk menyekat segala perkara yang di luar daripada cakupan tugas dan kerja. Aku sertai dengan hadir seawal jam 0830 pagi, kebiasaannya memang semua pelajar yang mengikuti program akan disediakan makanan. Satu hidangan pagi dan juga satu hidangan tengah hari. Aku rasa aku memilih modul ini kerana tempoh pelaksanaanya hanya separuh hari berbanding modul lain yang mengambil masa 1 hari penuh. Menariknya modul kali ini dimulakan dengan aktiviti latih...

# 28 Rasa di Antara Baris

Imej
Sesi 2025/2026, Semester 1, Minggu 5 20251104, Selasa Assalamualaikum dan hai! Selamat Sejahtera! Hari ini aku ada kelas pagi. Semalam sampai rumah pun agak lewat ditambah dengan puasa tanpa sahur. Ya, tanpa sahur. Bukan sengaja, cuma dah bangun lewat serta tidak sempat sarapan dan juga memang dah niat. Teruskan saja. Hari ini kuliah Sastera Hikayat sebagai pembuka medan ilmu.  Hal 1 - Kuliah Sastera Hikayat  Pensyarah banyak menerangkan tentang perkembangan sastera hikayat itu sendiri. Aku fikir tiada apa lagi yang boleh dikongsikan kerana aku tiada juga mampu melihat disebalik apa yang terlindung.  Pensyarah kali ini  mengajarkan tentang proses pengahsilan hikayat itu sendiri. Sesuai dengan permulaan zaman hikayat dengan pengenalan tulisan Jawi dan penyebaran agama Islam, tidak boleh tidak kita melupakan proses pengasilan karya yang bertitik tolak dengan konsep tauhid. Pensyarah, Dr. Ben menerangkan tentang konsep yang digagskan dan diperkenalkan oleh Profesor Dira...

#27 14 Hari Menuju Cuti Semester

Imej
Sesi 2025/2026, Semester 1, Minggu 5 20251103, Isnin Assalamualaikum dan hai! Selamat Sejahtera! Hari ini aku tak tahu sangat. Harap setinggi gunung, hempas sedalam lautan. Jarak Timur ke Barat, henti di tengah jalan. Perjalanan hari ini dimulakan dengan memandu motokar jenama Honda jenis SM4 diimport dari Jepun. Dahulu dibeli daripada seorang pesara polis. Aku tidak membawa kereta pada kebiasaanya kerana kos yang tinggi dan masa yang banyak terbuang jika tersekat dalam kesesakan jalan raya. Mungkin sekadar berkongsi sekadar yang terjadi hari ini ? Hal 1 - Lakonan Bahasa Arab Aku bersama rakan-rakan di bawah bimbingan seorang pensyarah berbincang dan mengadakan pertemuan bagi persediaan untuk pertandingan bakat bersempena Karnival Bahasa Asing yang akan diadakan pada 12 dan 13 November nanti. Tema yang cuba ditampilkan ialah perjuangan dan ketabahan rakyat Palestin dalam menghadapi kezaliman zionis. Kami semua bersama -sama menyumbang idea dalam menghasilkan skrip dan juga membuat per...