Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2026

#77: Sesejuk Air Paip di Rembang Ramadan

Imej
  20260221, Sabtu Assalamualaikum dan hai. Apa khabar semuanya? Hari ini Ramadan ke-3. Ramadan yang aku kira Ramadan keempat setelah aku mendapat pencerahan.  Aku tidak tahu apa yang aku ingin kongsikan untuk penulisan kali ini, cuma di sebalik terik dan redup bulan Ramadan kali ini, membuat aku terimbas kembali memori lama Ramadan yang lepas-lepas.  Air Paip Penyejuk Di Kantin Sewaktu aku berseklah agama. Seingat aku ketika berada di darjah 5. Aku dan rakan sekelas selalu bertadarus. Kami bebas duduk di mana-mana. Murid perempuan telah meguasai kelas jadi kami yang lelaki memilih kantin.  Bulan Ramadan 2015, panas dan bahang! Aku dan rakan-rakan bergilir basahkan kepala di aliran air paip di singki. Nyaman! Air sejuk yang mengalir kontras dengan bahang persekitaran yang mencengkam. Ada yang sampai basah baju macam mandi. Bila ustaz ustazah tahu, mendapatlah kami....  Memahami Alunan Itu Setiap kali terawih sudah pasti imam-imam akan membacakan surah-surah yang ...

#76: Yang Dirindukan Menjelang Ramadan

Imej
  20260220, Jumaat Assalamualaikum dan hai. Selamat Sejahtera! Bagaimana Ramadan kalian setakat ini? Pasti sudah banyak perkara yang berlaku. Setelah aku beroleh kesedaran beberapa tahun yang lalu, setiap kali menjelang Ramadan sudah pasti memori lama akan merangsang perkara-perkara yang telah aku lakukan pada Ramadan yang lepas-lepas. Pada hari ini, aku telah teringat beberapa perkara yang aku fikir boleh untuk aku kongsikan bersama.  Solat Terawih Jika aku hendak imbas kembali pada tahun-tahun yang lalu lebih khusus bermula tahun 2022 setelah tamat peperiksaan SPM dan aku sedang bekerja. Aku bekerja pada waktu malam bermula jam 0200 sehingga 1000. Terkadang aku dan rakan sekerja bersahur di kedai mamak yang berdekatan. Disebabkan waktu kerja yang begitu, aku tidak begitu menekankan kepentingan terawih. Mungkin sebab penat dan sebagainya namun mungkin juga sebab aku masih belum benar-benar mendapat pencerahan? Aku mula untuk lebih tekun dengan solat terawih pada tahun 2023 ke...

#75: Gadis di Bazar, Ramadan Yang Lalu dan Laila Yang Dirindui

Imej
  20260219, Khamis Assalamualaikum dan hai. Hari Pertama Ramadan 1447H.  Alhamdulillah semuanya terasa baik, setidaknya masih dikurniakan pelbagai perkara dan ruang yang masih boleh dirasakan hidup.  Aku rasa penulisan kali ini aku akan berbincang dan bersembang tentang beberapa perkara. Mungkin ada yang menarik. Mungkin ada yang menolak.  Sarkastik.... Dulu Aku Pernah Di Situ Ya, dahulu aku pernah di situ. Berdiri dan menunggu. Setiap detik dan setiap saat yang berlalu aku rasa seeprti sebuah penantian yang panjang. Sebuah keadaan yang tidak mungkin aku fikir bahawa aku akan kehilangan rasa itu.  Duduk di serambi surau kampungyang sedikit demi sedikit ditambah baik. Hari demi hari makin luas untuk menampung keperluan jemaah yang bertambah. Aku duduk di situ. Siang hari aku penuhi dengan belajar, belajar, menulis, menyalin, berbincang dan berkongsi.  Aku tidak pandai membuat nota lantas aku menyalin satu buku teks. Baris demi baris. Titik demi titik. Bebera...

#73: Satu Bab Dalam Kamar Fikir

Imej
20260217, Selasa Assalamualaikum dan selamat sejahtera.  Bagaimana keadaaan semua orang? Mudah-mudahan semuanya dalam 'afiyat sentiasa.  Dalam dunia ini, semua orang berhadapan dengan cabaran masing-masing. Cabaran yang telah ditentukan oleh Tuhan mengikut kemampuan diri masing-masing. Kalau kita katakan hidup ini satu perlumbaan sudah pasti akan timbul persoalan.  "Dimanakah garis penamatnya?" Setiap orang berjalan di atas garisan yang sudah ditentukan. Setiap orang mempunyai jangka hayat yang mungkin berbeza. Setiap orang mungkin akan menjadi lebih baik sekiranya diberikan peluang.  Hidup Orang Berada Sejak beberapa hari ini aku melihat paparan media sosial khusunya di Tik Tok. Bagaimana sebenarnya kehidupan orang yang 'kaya' itu? Makna kata, bagaimana mereka melihat sesuatu perkara itu seperti amat mudah untuk mereka capai. Ada yang memandu kereta mewah,  ada yang berbelanja tanpa perlu hiraukan jumlah yang perlu dibayar, ada yang makan dan minum sesuka hati ...

#72: Penjaga Taman Larangan dan Pemuda Penjual Ubat

Imej
  20260214, Sabtu Assalamualaikum, hai dan selamat sejahtera.  Aku fikir ini bukanlah satu perkara yang aku perlu besarkan, namun aku fikir perkara ini menarik untuk aku lakarkan.  Ada yang bertanya pada aku beberapa soalan yang mungkin menimbulkan inkuiri pada penglihatan mereka. "Mengapa kau selalu lebihkan perempuan?" "Mengapa kau tidak bergaul dengan lelaki?"  "Mengapa kau selalu ambil gambar dengan perempuan?" "Kau tak pernah pos gambar dengan lelaki pun, asyik gambar dengan perempuan je? Ada banyak lagi persoalan yang lebih kurang sama atau menjurus perkara yang sama. Aku fikir adalah baik untuk aku bincangkan.  Satu, aku lelaki dan keperibadian aku secara amnya banyak berfikir secara logik dan penyelesaian masalah. Aku tidak gemar jika aku berhadapan dengan seorang lelaki namun main-main lebih banyak berbanding perempuan. Jika perempuan, main-main untuk mereka itu satu benda yang biasa, namun untuk lelaki? Apakah tidak ada cara lain? Dua, ada y...

#71: Masa Merak Bukan Untuk Gagak Yang Hingar

Imej
  20260213, Jumaat Assalamualaikum dan selamat sejatera. Pernahkah kita terfikir bagaimana ya kehidupan kita jika orang-orang yang sentiasa ada di sekeliling kita tiada? Mungkin ada kerja, mungkin ada hal, mungkin perlu ke luar daerah, mungkin bercuti atau segala yang mungkin?  Setakat pemerhatian aku, aku dapat kenalpasti 3 perwatakan yang secara asasnya mesti ada dalam mana-mana ruang, mana-mana organisasi, mana-mana kelas, mana-mana kelab dan yang seumpamanya. Contoh situasinya begini, kau ialah seorang budak baharu yang datang untuk belajar di sebuah firma atau pejabat. Kau terpilih dan dilantik kerana portfolio dan keadaan diri kau yang dapat menyakinkan. Dalam situasi sukar begini pasti akan ada orang yang suka dan akan bantu kau untuk tolong faham sistem, orang yang jaga hal sendiri, dan orang yang tidak suka kau ada peningkatan kerana tergugat.  Golongan pertama akan sentiasa mengalu-alukan persoalan dan bantu apabila kau perlu. Mereka tidak lokek dalam berkongsi ...

#70: Di Sebalik Buku Yang Terselak

Imej
 20260210, Selasa Assalamualaikum dan hai! Hari ini aku seperti biasa. Tiada apa yang begitu menarik untuk dikongsikan selain daripada hilang arah yang masih tidak menentu, pandangan yang makin kabur, balairung yang masih berselak, dan mungkin keadaan pantai yang masih kacau bilau pasca pertempuran.  Aku teringat satu buku yang aku pernah baca tahun lepas. Buku terbitan Iman Publication, Lebih Baik Pendam Saja tulisan Mimie Rahman & Syahira Rohami. Bak angin menerpa tepung yang dijemur, semuanya terasa berhamburan dan tidak pernah dijangka. Sebelum fajar sadiq menerangi alam, motokar sudah dipandu merentasi segala merahnya lampu isyarat yang terpapar, jalan-jalan lengang namun fikiran dan tangki rasa kian bergolak. Laluan sedikit jauh dipilih agar mudah nanti untuk parkir pacuan empat roda yang sudah banyak berjasa.  Aku juga menyeru pada langit yang terbentang luas. Pada setiap detik yang masih kelam, menyelimuti alam sebelum sinar mentari mula menjadi lampu kehidupa...

#69: Kacamata Hitam Itu Mangsa, Seri Maharaja Titah Bunuh Semuanya!

Imej
  20260209, Isnin Assalamualaikum dan salam sejahtera. Catatan hari ini dimulakan dengan petikan lirik lagu Cinta Tak Harus Memiliki nyanyain kumpulan ST12. Maafkan aku Setulus hatimu Kepergian diriku itu bukan keinginanku Terima saja dengan pilihan yang lain dari orang tuamu Jangan bersedih dengan keadaan ini Jika kamu menangis Aku juga ikut menangis Terima saja semua ini kulakukan Untukmu Sebuah kacamata hitam menghiasi wajah pemuda yang berkumis tipis. Tiada senyuman kecuali segaris. Tiada bicara selain tunggu saja. Tiada refleks selain anggukan. Tiada respons kecuali pandangan dingin. Apakah dia melihat bahawa suasana kamar yang ditengahnya duduk seorang yang memegang tukul kayu itu satu yang perlu diraikan? Apakah sekalian yang hadir untuk menyokong dia atau sekadar menanti ketukan tukul penentu segala keabsahan hujah dan juga kekuatan sandaran zahir? Bagaimana jika beberapa halaman yang telah didaftarkan sebagai sebuah yang sah itu akhirnya bukan tercarik tetapi diracik? Apa...

#68: Rebah Lagi Kerna Tusukan Kesekian Kali

Imej
  20260208, Ahad Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Jika aku katakan bahawa setiap perkara yang berlaku itu sudah ditetapkan pasti akan ada yang mengangguk dan pasti juga ada yang berdiam. Ada satu kisah, kisah tentang seorang pemuda.  Pemuda itu sekali lagi mendapat pertanyaan. Pertanyaan yang membuatkan dia tersentak, kakinya lemah longlai, matanya berpinar, kolam mata berair, fikirnya serabut, tangannya terketar, suaranya sedu-sedan, nafas putus-putus, hidung hingus-hingusan, semangatnya tercabut, terduduk.  "Bagimana jika sebenarnya apa yang kau rasakan selama ini hanyalah satu ilusi fatamorgana dan bersifat kau sendiri sedang delusi? Apakah kau bersedia jika ada nanti yang datang ingin mengerakkan kau untuk bangun daripada lena selama ini?" Setiap patah yang menjengah gegendang telinga terasa seperti desingan paluan gong keramat, anak panah yang tepat pada sasaran, tikaman yang terkena jantung, luka yang disiram limau, kuku yang dicabut terus, rambut yang dic...

#66: Tunggu Kepulangan Dari Bumi Salju

Imej
20260209, Sabtu Assalamualaikum.  Hari ini sungguh hawa yang berhembus terasa berbeza. Seolah-olah benar-benar angin telah menyampaikan balasan rindu dan kepastian yang tiada ragu. Sebuah puisi terlakar sebagai balasan untuk puisi yang dahulu aku baca. Sajak Jarak Yang Tak Terucap telah dibalas dengan Tunggu Kepulangan Dari Bumi Salju.  Tunggu Kepulangan Dari Bumi Salju Buat dia yang berada di Bumi Watan Sampai hari ini Aku tidak pernah lupa Ya, ketenangan Sungai Han mungkin Tak sesibuk Kota Raya Namun, apabila aku berada di sini Aku masih rindu kesibukan kota raya Jalan-jalannya tidak pernah luput Daripada jentera-jentera beroda Warna-warni kota raya yang menyinari hidup aku Kau tukarkan jawapan Daripada mungkin kepada ya Wah, ternyata aku tidak pernah salah arah Ternyata semua doa-doa aku Tuhan dengarkan dan kabulkan Ketenangan Sungai Han Aku abadikan dalam doa Sebagaimana kau menyeru Di sepertiga malam akhir Aku juga merintih dan merayu...

#65: Panggilan Yang Mengubah Hari Rencam

Imej
20260206, Jumaat Assalamualaikum, hai dan selamat sejahtera. Lewat Malam Fikiran Aku Berulang Pada setiap detik yang berlalu, pada setiap getar yang terasa, pada setiap baris yang ditulis, pada setiap lukis yang tergambar, pada setiap langkah yang menjauh, pada setiap lambai yang tertinggal, pada setiap hati yang terluka, pada setiap halaman yang terbuka, pada setiap tubuh yang tertunduk, pada setiap mata yang terlihat, pada setiap pedang yang terasah, pada setiap sungai yang mengalir, pada setiap lautan yang bergelombang, pada setiap tanah yang ditimpa hujan dan pada setiap wajah yang terhias... Bagaimanakah sebuah perjalanan dapat ditempuh jika segala alatan yang ada tidak dapat digunakan? Bagaimanakah mungkin seorang musafir yang kesesatan ingin mencari tempat berteduh di dalam hutan yang tebal atau padang pasir yang luas?  Dalam Perjalanan Aku Berperang  Terkadang aku sentiasa berfikir dan bercakap sendirian seperti akulah semua watak dalam drama lisan itu. Aku juga tidak ...

#64: Di Sebalik Segala Yang Aku Kata Tidak Mengapa

Imej
  20260205, Khamis Assalamualaikum, hai dan selamat sejahtera. Memori dan Kenangan, atau ada orang sebut Masa Silam. Ada juga yang sebut Episod Lama atau Kisah Silam yang ingin dilupakan. Namun begitu sejauh manakah kebenaran bagi setiap istilah yang dipegaang oleh sesorang bersifat benar atau menghampiri kebenaran ?  Aku mengambil senaskah tebal yang terletak kemas di rak buku. Sebuah naskah yang jarang dibuka dan tidak pernah terniat untuk mengkhatamkannya melainkan hanya mencedok-cedok jika perlu. Kamus Dewan Edisi Keempat (2015) mendefinisikan: Memori (205:1016) - kenangan, ingatan, bahagian di dalam komputer yang menyimpan maklumat Kenangan (2015:738) - apa yang dikenangkan atau yang timbul (terbayang) dalam ingatan, hal (daya atau kemampuan) mengenangkan atau mengingati sesuatu Aku menilai lagi rangkai kata yang lain. Aku berpendapat sebegini: Episod Lama - Suatu bahagian hidup atau peristiwa yang telah berlaku pada masa lalu Kisah Silam - Kejadian atau perkara yang ...