#3 Satu Wawasan dan Tujuan

 Assalamualaikum dan Selamat sejahtera Geng,

Hari ini hari Isnin, minggu ke-5 pengajian semester 2 sesi 2024/2025. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Pagi ini ada kuliah Teori dan Kritikan Sastera. Banyak perkara baharu yang dapat kami pelajari dan baru tahu. Semakin banyak belajar, semakin sedar bahawa memang banyak lagi perkara yang kami belum tahu. Masya-Allah betul sungguh, ilmu itu tersangatlah luas.

    Sementera menunggu kuliah bermula, ada juga kami berbincang dengan rakan-rakan. Pelbagai perkara yang akan menjadikan kita semakin tertanya-tanya. Dahulu, jika saya tak salah saya kurang untuk aktif di kelas dan lebih bersifat pasif. Kami tidak suka dipandang "bodoh", "tak pandai", "acah-acah pandai". Itu cerita di sekolah rendah. Kami cuba cari punca, dan bila mula mencari jalan kami sedar yang sebenarnya segala jawapan akan hadir hanya bila ada persoalan. Jawapan tidak wujud jika tiada persoalan.

    Salah seorang pensyarah kami ada berkata, "Hidup kita ini, apa-apa soalan mesti ada jawapan". Jelaslah jawapan hanya akan zahir apabila timbulnya persoalan. Jika tiada persoalan, maka tiadalah didapatkan jawapan. Jika tiada jawapan, tiadalah jua kefungsian pemikiran untuk direnungkan. 

    Kami mula tetapkan di hati untuk melatih diri agar sentiasa bangkitkan persoalan dan bertanya untuk mengetahui lebih lanjuta berkaitan sesuatu perkara, topik dan juga berita. Kadang-kadang, persoalan yang kami bangkitkan mungkin agak berat dan tidak begitu popular dalam kalangan perkumpulan santai. Kami masih belajar dan kami juga masih bereksperimentasi dengan segala kudrat dan peluang yang ada untuk mengasah bakat yang dikurniakan Tuhan. Bila melangkah masuk ke menara gading, pandangan kami mula terbuka dan lebih luas memandang dunia kecil ini. Dunia amat kecil sehingga perkenalan kita dengan seseorang yang terpisah dek jarak dan masa juga boleh terjalin kembali dengan kemudahan teknologi dan jaringan yang luas.

    Semuanya bukan sebab kami tidak berminat, kami lebih cenderung untuk mencari jawapan dan mengaplikasikan segala perkara yang kami sedai maklum. Mungkin segala yang terzahir pada diri kami ialah ragam yang kami terjemahkan daripada pembacaan, pemerhatian, persoalan, dan perlakuan kami. Kami pernah menulis blog dahulu. Namun kami memilih untuk berhenti dalam tempoh yang agak lama. Kami kurang periksa. Faktor masa, minat dan kritikan daripada masyarakat sekeliling juga yang membentuk refleks kami. 

    Penulisan ini agak tidak berfokus sebenarnya, namun kami ambil pendekatan yang lebih ramah. "Cuba dulu, kaji hasilnya". Jika hendak menunggu kami sempurna sepenuhnya, alamatnya memang kami tidak akan menulis. Kami cuba nak tampilkan pelbagai genre yang merentas zaman dan fikir sebagai satu ekepresi terhadap input yang kami terima. 


Aiman Nazaruddin 

20250416, 2345

Ampang, Selangor


<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js?client=ca-pub-1353037178420714"

     crossorigin="anonymous"></script>


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

# 28 Rasa di Antara Baris

#24: Sedikit Catatan untuk Dikongsi

#5 Pelbagai Kisah

#7 Catat yang Kecil