# 28 Rasa di Antara Baris
Sesi 2025/2026, Semester 1, Minggu 5
20251104, Selasa
Assalamualaikum dan hai! Selamat Sejahtera!
Hari ini aku ada kelas pagi. Semalam sampai rumah pun agak lewat ditambah dengan puasa tanpa sahur. Ya, tanpa sahur. Bukan sengaja, cuma dah bangun lewat serta tidak sempat sarapan dan juga memang dah niat. Teruskan saja. Hari ini kuliah Sastera Hikayat sebagai pembuka medan ilmu.
Hal 1 - Kuliah Sastera Hikayat
Pensyarah banyak menerangkan tentang perkembangan sastera hikayat itu sendiri. Aku fikir tiada apa lagi yang boleh dikongsikan kerana aku tiada juga mampu melihat disebalik apa yang terlindung.
Pensyarah kali ini mengajarkan tentang proses pengahsilan hikayat itu sendiri. Sesuai dengan permulaan zaman hikayat dengan pengenalan tulisan Jawi dan penyebaran agama Islam, tidak boleh tidak kita melupakan proses pengasilan karya yang bertitik tolak dengan konsep tauhid.
Pensyarah, Dr. Ben menerangkan tentang konsep yang digagskan dan diperkenalkan oleh Profesor Diraja Syed Muhamad Naquib Al-Attas. Bagaimana konsep hubungan dengan Tuhan dan hubunhgan dengan manusia sangat berkait rapat bagi sebuah penyampaian hasil sastera yang ada nilai dan bermutu tinggi.
Bagaimana proses daripada ilmu, kepada pengarang dan seterusnya kepada khalayak pembaca didasari dengan kebijaksanaan. Dr. Ben memetik pelbagai sandaran bagi menggambarkan korpus kebijaksanaan yang tinggi dalam penyampain ilmu. Pendapat al-Ghazali sudah semestinya menjadi perkara yang paling masyhur dalam menempati konsep kebijakasanaan berteraskan Islam.
Perbincangan hari ini memang membuka minda aku. Ternyata sastera bukan sekdar cerita tetapi medium penyampain pemikiran yang boleh mempengaruhi pembaca. Bagaimana kebijaksanaan menjadi asas dala sebuah penghasilan bermutu.
Hal 2 - Sebuah Renungan
Selepas kuliah selesai, aku sedang terfikir ingin buat apa walaupun sebenarnya masih banyak perkara yang perlu aku lakukan. Aku rasa ralat gila ! Masa tak banyak tapi kerja masih bertimbun, tugasan. kerja luar dan sebagainya. Aku fikir, "Allah, banyak lagi kerja ni. Bila nak selesai ?"
Terdetik dalam hati aku. Daripada semester 1 lagi...
"Adakah hanya aku yang berkerja kuat ? Kenapa aku macam nampak hanya aku yang sibuk ? Aku kena belajar, aku kena masuk program, aku kena uruskan ? Aku kena tanya pelbagai soalan ? Aku kena jadi pemudahcara. Kenapa ya ? Aku lihat ramai yang bersenang-lenang ? Buat tugasan pun ala kadar, rujuk buku pun tidak ? Buat kerja asbol (asal boleh) saja. Kenapa mereka boleh kata mereka tak sibuk ? Kenapa aku rasa aku sibuk ? Wajarkah seseorang kata dia tidak sibuk ? Tugasan banyak lagi !!!"
Aku jadi merenung dan mula cari satu bentuk escapism. Kadang-kadang aku saja mengusik rakan perempuan. Namun begitu, tugasan tidak akan selesai dengan hanya bersembang. Aku bersoal lagi...
"Kenapa aku ? Kenapa pelajar yang aktif seringkali terus dibebani dengan pelbagai perkara yang mencabar ? Sebegitu percayakah para pensyarah pada aku ? Kenapa setiap kali ada tugasan berkumpulan aku yang perlu jadi ketua ? Kenapa bukan orang lain ? Aku hanya menggerakkan, kenapa automatik aku jadi ketua ? "
Kenapa dan kenapa ? Itulah frasa yang sering bermain di fikiran aku dan aku akan selalu terfikir. Tambah-tambah lagi apabila segalanya mula menjengah secara mendadak...
Hal 3 - Tugasan Gema Semarak Puisi
Selesai kuliah Sastera Hikayat. Ada kuliah dalam talian. Perjumpaan selama beberapa minit saja untuk penerangan. Kemudian, perjumpaan ditamatkan dan pelajar diberi waktu untuk buat penilaian yang menyumbang 20% markah keseluruhan kursus.
Aku bersyukur sebab dapat daftarkan diri dalam kursus ini. Semuanya berkat rakan sekelas aku yang beritahu. Bagi aku kursus ini seronok kerana aku sudah ada asas sastera. Setakat ini aku dah belajar beberapa jenis puisi. Antaranya puisi berbentuk Saduka, Sonian, Haiku dan juga Tanka.
Di sini aku kongsikan hasil puisi yang aku karang. Ada dua buah puisi tapi aku nak kongsi satu je dulu.
Tajuk:
Juang Ilmu
Gapai Mulia
Aku datang sini
Untuk bercinta
Dengan ilmu
Asyiknya
Siang malam cari
Dibalik buku
Hasil fikir
Sarjana
Aku sering tanya
Bagaimana ya?
Jadi cerdik
Kagumnya!
Cuba cari lagi
Dimana letak
Terang akal
Berilmu
Mencari tahu
Sungguh banyak
Kurangku
Tidak mahu hina
Tiada tahu
Walau satu
Ilmu-Nya
Tuntut ilmu itu
Walaupun payah
Juang Ini
Berbaloi
Kemuliaanku
Bicara ilmu
Sungguh lelah
Menggapai
Perjuangan ini
Kerana Tuhan
Agar nanti
Selamat
Tiadalah henti
Selagi nyawa
Kandung jasad
Iltizam



Ulasan
Catat Ulasan