#80: Waktu Itu Aku Cuma Mampu Tersenyum
20260322, Ahad 2 Syawal 1447 Assalamualaikum dan hai. Kali ini aku mahu bercerita tentang sesuatu. Aku tidak pasti mengapa atau bagaimana, cuma aku terasa mahu menzahirkan sebuah rasa yang mungkin lebih ringan untuk dilakarkan di sini. Aku melihat gadis itu di pojok stesen kereta api. Wajahnya jernih, berkacamata, baju kurung yang ringkas dan tudung bawal yang kemas menutup segala perhiasan sesuai aturan Tuhan. Sebuah bagasi, beg galas dan beg tangan masih setia di sisinya. Kelihatan dia mencari-cari sesuatu. Pandangannya melilau ke kiri dan ke kanan. Jam tangan aku menujukkan 15 minit lagi genap jam 5 petang. Bagaimana tidak? Aku juga bimbang melihat dia seperti seorang yang tidak tahu arah. Namun, aku tetap bertahan. Kalau-kalau sebentar lagi gadis itu hilang dari pandangan aku. Tekak terasa kering. Aku berjalan menghampiri sebuah mesin jualan layan diri di si sebelah pintu masuk ke platform stesen kereta api. Meskipun, ramai yang sudah mampu untuk memiliki kereta p...