Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2026

#92: Kerusi dan Meja Yang Tersungkur

Imej
  20260429, Rabu Assalamualaikum. Hai. Selamat Sejahtera. Marhaban. An-Nyeong? Aku terfikir apakah catatan ini akan menjadi satu catatan akhir yang aku akan lemparkan ke muara pada masa hadapan. Aku bimbang sekiranya apa yang aku alami ini. Bukanlah satu perkara yang wajar untuk diabanggakan. Aku fikir mungkin satu hari nanti aku akan menyesali setiap perbuatan ini.  Membuka pekung di dada. Mungkin ya. Mungkin tidak. Intinya, bukan daging, coklat atau kaya. Mungkin intinya hanya oksigen.  Pokonya? Boleh jadi mawar, melati, anggerik, bakawali, cempaka atau setidaknya aku sentiasa berharap kemboja akan tetap mewangi di hari itu nanti.  Aku bayangkan, bagaimana hujan turun dengan renyai. Sayup-sayup kedengaran suara orang bercakap-cakap. Entah menghina, entah berduka. Aku fikir itu bukan lagi apa yang aku hiraukan. Ketika aku dipindahkan dan tidak mampu untuk bergerak sendiri. Sama ada kau menyahut dengan gembira atau meraung sekuatnya.  Aku melihat di sana, ramai ...

#91: Buku Itu Aku atau Aku Hanya Sayap Yang Lemah

Imej
  20260428,Selasa Assalamualaikum dan hai.  Mentari menyengat setinggi awan. Langit terbentang luas seperti hamparan biru yang tidak berpenghujung, meneyelimuti semua jagat raya. Jika aku katakan yang kelam itu hati aku, mengapa masih ada harapan yang terbenam jauh dalam dasar yang tidak ada sesiapa mampu capai itu? Aku melihat lebih dalam, jauh ke dalam. Mungkin apa yang aku alami tidak seteruk beban orang-orang yang kehilangan segalanya dalam hidup mereka. Mungkin juga apa yang au kesali bukanlah sesuatu yang paling bermakna jua.  Telefon pintar aku bergetar, ada beberapa mesej yang menjengah peti masuk. Selain daripada grup-grup pemberitahuan umum. Aku melihat dan sentiasa menanti satu nama untuk menghiasi skrin itu. Nama yang biasa sahaja, namun cukup utuk menghadirkan setiap nafas tertahan dalam sebuah penantian rasa,  Keadaan semalam berbeza, jika aku khabarkan kepada rakan-rakan bahawa tindakan pensyarah meghubungi aku itu membuatkan aku berasa kaget. Mungkin ...

#90: Pemuda dan Senarai Main Lagu di Tepi Jendela Yang Menangis

Imej
 20260427. Isnin Jam 17:23 Apa yang pemuda itu lakukan ya hari ini? Oh, pemuda itu meringkuk di tepian. Berfikir untuk terjun dari jambatan dan pergi ke ruang damai. Pasti ada yang tertanya apakah itu ruang damai? Aku juga tidak tahu. Pemuda itu berfikir mungkin saja jika dia tidak menjadi orang yang sesibuk itu; dia akan lebih santai berbanding rakan-rakannya lain. Pemuda itu melirik ke sisi. Pemuda itu berjalan dan menuju ke jendela.  Pandangan bebas namun jasad tersekat. Pandang yang tinggi namun yang hadir hanya separas kaki. Pemuda menilai lagi, lagi dan lagi. Apakah selama ini dia, terlalu keras? Atau mungkin dia terlalu lembut? Apakah semuanya akan menjadi baik-baik saja sekiranya dia hilang? Mungkin lenyap? Mungkin, tidak berupaya menjadi sebuah seni yang semua orang harapkan... Dia seorang pemuda. Pemuda yang duduk di sebuah kamar kecil yang dia gelarkan dengan gembira kepada segala taulannya bahawa itulah sebuah ruang kerja. Dia memberitahu, bahawa di sit...

#89: Tiga Keping Poskad

Imej
20260426, Ahad  Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Mungkinkah mentari hari ini akan menjadi satu gerhana? Apakah tiada bertemu dua garis asing seperti kedekatan antara rembulan dan mentari itu? Mungkin juga dedaunan yang berterbangan mula bersyukur kerana angin juga yang membawanya pergi untuk melihat dunia. Mungkin juga benih yang baik itu sementelah tersebar menjadi ingatan bagi sekalian yang nanti berteduh di bawah rimbunnya daun dan teguhnya pohon. Itu dia, seorang yang dahulu pernah berkata bahawa dia hanya menginginkan dirinya difahami. Dialah yang meminta untuk didengari dan senantiasa ada untuk menemani. Aku berjalan di tepi tasik itu. Jika dapat dibuat perbandingan, aku berjalan mengelilingi tasik buatan yang menjadi nadi pusat pentadbiran. Dia pula berjalan di sepanjang sungai nun di sana yang menjadi nadi kesibukan ibu kota dan juga mercu tanda dalam setiap penghasilan media kreatif yang ditayangkan di kaca televisyen. Aku bertanya sejenak, berteleku dan terus memand...

#88: Roti Bakar dan Kopi Hitam

Imej
20260425, Sabtu  Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ada khabar kalian? Insya-Allah mudah-mudahan semuanya dalam afiyat. Pemuda itu menelaah, meneliti, mencari, menyelami setiap helaian yang terbuku. Ruang kecil itu menjadi saksi pada malam sunyi bahawa sehingga kini tiadalah pernah dia temui dimanakah letaknya rasa itu.  Pemuda kembali hanyut dalam detik itu.  "Kenapa, kau seperti tidak cemburu?" Gadis menjeling tajam. Muncungnya sudah ke depan. Hatinya yang berombak bukan lagi satu yang asing. "Mengapa kau bertanya begitu?" Pemuda masih mengacau kopi hitam di dalam cawan. Sepotong roti bakar dicicah dan disuap ke mulut. Lemak antara mentega dan sapuan kaya seperti irama dan lagu yang saling menjadi nadi dalam hidangan ringkas itu. "Apakah kau tidak punya perasaan? Apakah kau akan hanya melihat aku dipinang oleh orang lain? Apakah kau tidak akan pertahankan aku?"  Terasa getaran pada suaranya yang tersekat-sekat. Takungan itu hampir melimpa...

#87: Pecahnya Empangan Rasa

Imej
  20260424, Jumaat Assalamualaikum dan hai. Bagaimana keadaan semua? Apakah masih baik-baik saja? Langit terus menangis semahu-mahunya. Bumi kian meringkuk sehabisnya. Angin berterusan pergi tanpa kenal erti berhenti. Begitu juga, tawa yang terus menerus menghiasi wajah pemuda yang duduk di hujung binaan seni. Aku tertanya lagi, apakah terdapat satu kepuasan yang sungguh hebat apabila tidak pula sesorang itu berterusan dalam sebuah harapan? Apakah tidak ada sebarang manfaat atau kelebihan apabila seseorang itu mula untuk melukis dengan menggunakan pena?  Di sebalik berus-berus bewarna, masih ada kanvas putih yang sedia menanti pelbagai garis, lorek dan coret yang entah bila akan terhasil sebuah seni yang mungkin sentiasa berbeza pandang akan tarafnya nanti.  Gadis itu lebih tenang. Kali ini pertemuan di bawah pohon ceri itu terasa lebih dalam. Lebih, sunyi; atau mungkin lebih kenal. Gadis itu terlihat manis dengan senyumnya yang indah. Meski dia sering berada dalam keragu...

#86: Gadis Kecil Yang Sentiasa Terlihat

Imej
  20260423, Khamis Assalamualaikum dan hai. Mudah-mudahan para pembaca terus diberikan kesihatan dan kelancaran dalam setiap perkara yang dilakukan. Pemuda itu tertanya sendiri. Mengapa dirinya kian berubah? Mengapa dirinya kian jauh daripada apa yang sepatutnya dia lakukan. Selangkah demi selangkah seolah-olah apa yang diinginkan semakin jauh.  Hari ini pemuda terfikir sendirian. "Mengapalah aku ambil 24 kredit semester ini? Aku lihat rakan-rakan yang lain ada dua hari kosong dalam seminggu. Aku setiap hari ada kelas, petang pula. Apalah yang aku buat ini..." Pemuda duduk di kerusi pejabat dengan bangga, tempat yang dia gelarkan sebagai pejabatnya; sedangkan itu hanyalah sebuah bilik kelab untuk kegunaan secara kolektif. Dia merenung ke atas, ke depan. Atas dan depan.  Kedua kelopak mata mula layu, terkatup dengan lemah. Pemuda tenggelam dalam proses melelapkan diri. Sengaja pintu dibiar terbuka tanda mengalu-alukan sesiapa yang ingin hadir.  "Apalah yang harus aku ...

#85: Keluh Pemuda Tuhan Balas Dengan Ubi Rebus

Imej
  20260419, Ahad Entah bila, kali terkahir aku rasa yang aku ini berguna.  Entah bila, kali terakhir aku rasa yang aku ini berharga. Entah bila, kali terakhir aku mampu untuk melafazkan yang aku juga ingin untuk ditanya, "Hei, adakah kau baik-baik saja?" Aku dilihat seperti mentari yang menjadi sinar Aku dianggap seperti lampu jalan di persimpangan Hadirnya membantu semua yang ada  Entah bila aku rasa, kehadiran aku ini satu perkara yang perlu disyukuri Tidak patut begitu... Tidak patut begitu, bukan ? Kau benar, kau sangat benar! Boleh jadi, segala yang aku lakukan hanya kerana ingin mendabik sebuah nama yang tersergam di fikir sekalian orang Aku mungkin terlupa, nama aku bukan terpahat di atas batu Nama aku hanya dilukis pada pasir putih yang akan hilang sebaik sahaja air laut pasang Rawan.... Tidak sepatutnya pohon getah itu rawan  Meski tubuhnya luka, tangis likatnya yang memberi tawa  Pada sebuah keluarga yang hanya mampu untuk bercerita Lara... Ada juga ya...

#84: Tua Itu Nampak Rupanya...

Imej
  20260418, Sabtu Boleh jadi dalam kebanyakan perkara yang kita alami, bukan semuanya akan menjadi pembela. Kadang, perkara itu lebih dekat untuk menjadi sebuah asyik yang menunggu bah. Entah bah air mata atau bah yang menghambur memusnahkan segala binaan harapan dan impian yang telah separuh jalan terbina.  Pemuda dan segala kisah pengembaraannya. Ada ketika pemuda berhenti di tepian pantai. Di akhir harinya dia melihat ke arah senja yang kian melabuh. Melepaskan segala lelah yang telah terpikul sejak pertama mula berkelana. Ada beberapa orang bermain wau, ada juga beberapa orang pemuda dan pemudi berkuda di gigi pantai. Layaknya pendekar yang perlu bergegas menyampaikan titah raja dari kerajaan pusat ke kerajaan naungannya.  Pemuda mengambil sebatang ranting, lebih tepat pelepah kelapa yang telah hampir reput. Melihat kepada pasir putih di tepi pantai seolah-olah lembaran kertas yang meraung-raung ingin dilumuri dakwat pena bagi merakamkan citra fikir yang datang dalam ...

#83: Pemuda Gila Memanggil Ahmad

Imej
20260415. Rabu Assalamualaikum dan salam sejahtera, Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan sebenanrnya, aku sudah cuba buat banyak usaha yang aku tahu dan cuba buat segala yang aku tahu, aku kurang periksa bagaimana.... Mungkin ada yang mengatakan bahawasanya aku ini pandai mengarah, tidak kurang juga yang mengatakan aku ini hanya tin kosong yang berbunyi kuat, lantang, nyaring dan segala peri yang sesuai pada menyatakan bahawasanya aku ini tiada berguna. Aku tidak tahu dan aku juga tidak pasti, dan aku kurang periksa.  Sedalamnya hati yang aku cuba berikan, sedalamnya aku cuma selami. Mungkin benar kata orang tua-tua bahawa tiada juga benar akan suatu yang terhijab daripada segala yang zahir.  Begini kisahnya,  Alkisah maka di suatu negeri yang bernama Lembah Mewangi, ada seorang pemuda yang amat dekat hatinya dengan bercengkerama di rumpun bambu. Saban hari, asyiknya semakin rawan, laparnya tiada terasa, hausnya juga sekadar hujan yang melata.  Banyak orang yang...

#82: Jangan Bimbang, Allah Kan Ada?

Imej
  20260403, Jumaat Assalamulaikum dan selamat sejahtera.  Tersebut kisah seorang pemuda yang tersangat penuh hatinya dengan rasa kasih yang melimpah. Sejak dahulu bukan tiada juga dedaunan di pohon yang letaknya di taman larangan itu gugur; bahkan pernah juga kering sehingga hanya mampu bertahan dengan beberapa keadaan yang dahulu lebih baik sedikit.  Pemuda itu sejak kecil dibesarkan dalam kalangan mereka yang mulia. Mulia pada akhlak dan juga manis muka. Pernah dahulu ketika kanak-kanak, sekembali dari tempat dia belajar menulis dan mengira, berkata dengan penuh lirih. "Wahai bondaku, mengapalah saya ini seringkali dipinggir? Apakah anakanda ini tiada putih seperti mereka yang sebaya? Adakah anak ini tiada bersih muka seperti mereka?" Kanak-kanak itu hanya mampu menangis, menangis dan menangis lagi. Tiada yang lebih selamat berbanding dapat berbaring di pangkuan bonda. Tiada yang lebih asyik berbanding mendengarkan perkataan bonda. Tiada yang lebih menenangkan jika diba...

#81: Ketukan Pintu Di Bilik Yang Hingar

Imej
  20260401, Rabu Semester 4, 2025/2026 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.  Apa khabar semua? Aku fikir sudah lama tidak menulis. Mungkin juga kerana aku aka lebih kerap menulis apabila aku mula buntu dan tiada ruang untuk menzahirkan sebuah rasa. Aku selalu tertanya sendirian, apa yang aku buat selama ini adakah tiada berbaloi? Apakah selama ini kelalaian demi kelalaian aku telah membuat aku terbenam lebih jauh dalam kegelapan?  Aku juga tidak tahu... Tidak wajar salahkan pokok tumbang menimpa kereta kita yang diparkir di bawahnya. Namun begitu, timbul juga persoalan bagaimana sebuah pokok yang sudah mampu menimpa sebuah kereta sehingga remuk sekaliannya tidak mempunyai akar yang kuat? Hari demi hari yang berlalu, adakalanya cerah sepanjang hari. Terik, panas dan kering. Ada juga kadang-kadang mendung dan kelam tidak terasa walau sekali bahang mentari. Ada juga yang aku sangkakan cerah hingga ke petang, rupanya gerimis di tengah hari.  Apalah nasib. Aku melihat o...