#77: Sesejuk Air Paip di Rembang Ramadan
20260221, Sabtu
Assalamualaikum dan hai. Apa khabar semuanya? Hari ini Ramadan ke-3. Ramadan yang aku kira Ramadan keempat setelah aku mendapat pencerahan.
Aku tidak tahu apa yang aku ingin kongsikan untuk penulisan kali ini, cuma di sebalik terik dan redup bulan Ramadan kali ini, membuat aku terimbas kembali memori lama Ramadan yang lepas-lepas.
Air Paip Penyejuk Di Kantin
Sewaktu aku berseklah agama. Seingat aku ketika berada di darjah 5. Aku dan rakan sekelas selalu bertadarus. Kami bebas duduk di mana-mana. Murid perempuan telah meguasai kelas jadi kami yang lelaki memilih kantin.
Bulan Ramadan 2015, panas dan bahang! Aku dan rakan-rakan bergilir basahkan kepala di aliran air paip di singki. Nyaman!
Air sejuk yang mengalir kontras dengan bahang persekitaran yang mencengkam. Ada yang sampai basah baju macam mandi. Bila ustaz ustazah tahu, mendapatlah kami....
Memahami Alunan Itu
Setiap kali terawih sudah pasti imam-imam akan membacakan surah-surah yang panjang. Ada yang membawa dengan lagu-lagu yang beragam. Hijjaz, Nahawand. Bayyati, dan banyaka lagi.
Aku? Aku tidak tahulah. Aku beruntung sebab memahami bahasa Arab serba sedikit. Apabila imam membaca ayat Al-Quran aku dapat memahami dan menghayati serta mengikuti cerita dalam ayat. Kadang ada cerita fasal nabi-nabi, ada cerita fasal nikmat. Ada juga yang fasal azab. Aku tidakla mahir sekadar faham kosakata biasa sahaja.
Hawa Sejuk
Mungkin sejak kecil. Rumah aku tiada pendingin hawa. Oleh hal yang demikian, aku dari kecil sampai sekarang jika cucaca terllau panas, aku akan pergi ke pusat beli belah atau pasar raya. Aku selalu kata di situ pasti sejuk!
Impian kanak-kanak, apalah yang akan berlaku setidak-tidaknya. Aku akan melaluilorong-lorong peti ais yang bercahaya dengan deretan minuman sejuk yang pelbagai. Sampai sekarang aku lebih suka untuk berjalan di sana sekiranya mahukan hawa dingin.
Sejakan menginjak dewasa aku mula memandu kereta, jadi aku hanya bergantung kepada hawa dingin dalam kereta. Tambah-tambah lagi apabila ada perjalanan jauh!
Jaket Di Perpustakaan Negara
Sejak Tingkatan 6, aku sudah mula terbiasa untuk hadir ke Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Dahulu aku dan kawan-kawan selalu juga hadir ketika mencari bahan untuk kerja kursus Pengajian Am.
Aku selalu datang tanpa terikat dengan kawan-kawan pun. Aku memang suka datang situ. Satu kerana perpustakaan negara bukan? Sudah pastila banyak bahan dan sumber. Dua, suhu yang sejuk. Lagi-lagi kalau hujan. Kalau tidak pakai jaket memang boleh menggigil.
Aku tahu tidak ramai yang akan datang ke PNM. Bahkan pada waktu itu, hampir setiap hujung minggu aku akan ke sana. Duduk sambil mendengar muzik, menyiapkan latihan, mengambil video selang masa aku membuat kerja dan banyak lagi!
Jika hendak mengimbas Ramadan lepas, aku turut hadir ke PNM juga untuk baca buku. 3 hari datang setiap hari habis baca satu novel! Seronok!!! Bermula dari detik itulah aku berjinak dengan pembacaaan novel dengan lebih tekun. Aku leboh tertarik dengan novel-novel terbitan Iman Publication kerana tahun lepas memang boleh dikatakan novel jualan terbaik.
Entahlah, bila mengenang semula setahun yang lalu. Pelarian aku ke PNM tercetus kerana konflik perhubungan. Tidaklah serius. Mungkin waktu itu aku masih lagi terikat dengan memori tingkatan 6.
Orang-orang pasti akan persoalkan tindakan aku. Aku fikir semua orang ada tempoh perdana masing-maing. Aku sedar perkara tidak mungkin berulang, cuma aku terkilan kerana aku tidak dapat kekalkan moomentum yang sama.
Tidak mengapalah....
Ada pula kawan aku yang aku fikir ingin mengusik. Dia ada bertanya.
"Kau rindu zaman tingkatan 6 atau rindu orang-orang di tingakatan 6?"
Aku fikir itu saja untuk kali ini. Mudah-mudahan Ramadan kali in lebih baik daripada sebelum-sebelumya. Insya-Allah. Amin!
Sampai jumpa lagi.
Assalamualaikum.
Ulasan
Catat Ulasan