#92: Kerusi dan Meja Yang Tersungkur

 


20260429, Rabu

Assalamualaikum. Hai. Selamat Sejahtera. Marhaban. An-Nyeong?

Aku terfikir apakah catatan ini akan menjadi satu catatan akhir yang aku akan lemparkan ke muara pada masa hadapan. Aku bimbang sekiranya apa yang aku alami ini. Bukanlah satu perkara yang wajar untuk diabanggakan. Aku fikir mungkin satu hari nanti aku akan menyesali setiap perbuatan ini. 

Membuka pekung di dada. Mungkin ya. Mungkin tidak. Intinya, bukan daging, coklat atau kaya. Mungkin intinya hanya oksigen. 

Pokonya? Boleh jadi mawar, melati, anggerik, bakawali, cempaka atau setidaknya aku sentiasa berharap kemboja akan tetap mewangi di hari itu nanti. 

Aku bayangkan, bagaimana hujan turun dengan renyai. Sayup-sayup kedengaran suara orang bercakap-cakap. Entah menghina, entah berduka. Aku fikir itu bukan lagi apa yang aku hiraukan. Ketika aku dipindahkan dan tidak mampu untuk bergerak sendiri. Sama ada kau menyahut dengan gembira atau meraung sekuatnya. 

Aku melihat di sana, ramai yang hadir. Mungkin? Bukankah ini hanya satu cereka?

Aku kemabali semula. Beberapa bulan sebelumnya. Tidak! Mungkin beberapa tahun sebelumnya. 

Orang kata kita perlu melupakan perkara yang lepas. Jangan terikat dan jangan berasa terlalu bimbang dengan perkara yang akan datang. Jika aku katakan aku seorang pelukis yang melukis di tepi kaki lima. Perkara yang palaing menggembirakan aku adalah apabila ada orang yang dapat memahami lukisan aku. Meski mereka tidak membelinya, namun jika mereka terbuka dan sungguh berminat untuk berbual dan menafsirkan bersama, aku fikir itu sudah pasti aku abadikan dalam catatan aku. 

Ironinya, aku melukis menggunakan pena. Aku bukan melukis menggunakan berus lukis. Indahnya? Pada setiap baris yang terakam tidak terus menarik perhatian orang yang lalu lalang. Hanya mereka yang ada rasa ingin tahu yang tinggi akan berhenti, perhati dan membelek satu demi satu halaman lukisan pena aku itu. 

Menjadi seorang yang menyelimutkan nada dalam bicara yang rendah, bukanlah satu perkara yang asing.

Aku mendengar di sana ada sebuha pohon yang teramat besar. Jarak dari satu hujung daun ke hujung daun yang lain dikatakan memakan masa 500 tahun perjalanan meski pun kau berkuda untuk menempuhnya. Aku melihat apakah itu satu perkara yang baik? Aku melihat satu demi satu daun gugur. Mungkin secara mantiknya, daun yang kering akan lebih mudah gugur namun aku lihat banyak saja daun hijau yang gugur. Bukanlah syarat kering untuk daun itu gugur. 

Jam 1725

Mungkin kali ini aku akan menulis dengan lebih panjang. 

Aku melihat sekaliannya berbuat hingar. Aku tertanya, apakah ini sebuah perkara biasa? Aku melihat keluar melalui pintu yang terbuka. Suara riang gembira dalam kelam kabut yang ada makna, ada hasil dan ada sebab yang baik. Aku sekali lagi merenung dan melihat ke dalam istana. Mengapakah mereka begitu riang?

Aku melangkah keluar. Masih sama dengan wajah yang tampak resah. Aku tidak suka dilihat begitu. Mungkin saja aku ini orang yang rapuh. Mungkin juga aku hanya orang yang tidak mengenal erti. 

Aku sekali lagi hadir dan melihat kepada mereka semua. Aku lihat wajah-wajah yang tersenyum lebar. Gigi yang tersusun dan sungguh segar. Jika orang-orang mengatakan mereka itu orang yang sedang berduka, pasti orang-orang tidak percaya. Bagaimana mungkin nanti aku ini ya?

Jam terus berdetik, saat saat yang berlalu aku rasa seperti menunggu daun kehidupan mengering. Aku melihat ke luar sekali lagi. Bagaimana keadaan langit. Bagimana keadaan bumi. 

Bumi masih hijau dengan rerumput. Langit masih biru terbentang luas dengan beberpa tompokan awan putih yang terlihat seperti gula-gula kapas.

Ya, gula-gula kapas.

Aku berfikir hendal bertamu ke ruang itu. Namun tiada jua kesempatan yang ada pada masa yang singkat ini. Aku selalu merasakan yang waktu aku tidak terlalu banyak. Aku selalu merasakan yang waktu aku semakin singkat. Aku selalu merasakan yang aku ini tidak laak untuk diberikan peluang dalam satu apa pun. 

Aku tidak tahu. Apakah aku ini layak untuk dibanggakan? Apakah aku ini layak untuk dijadikan satu teladan?

Sedar dalam perjalanan aku kian terbuai layu dengan biduan yang menyanyi. Pergi Tidak Kembali, Menanti di Barzakh, Pemergianmu, Pelita Hidup, Nun Jauh Di Sana. Mungkin itu semua adalah sebuah genre nasyid. Namun, setiap baris itu pada umumnya akan meningkatakan keriauan dan kebimbangan. Entah mengapa, pada waktu itu dengan deruan angin yang kuat aku tersenyum sambil mendengar biduan itu terus bersenandung lirih pada tiap-tiap bait lirik. 

Aku sendirii mengulang-ulang senikata pada lagu Pemergianu

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua 
Bahawa manusia kan mati akhirnya

Lagu itu meneceritakan tentang pemergian agung, kekasih Allah SWT. Aku tidak pasti mengapa. Cuma rasa dekat? Aku tidak pasti dekat pada baris pertama atau dekat pada Insan Kamil itu.

Aku tidak tahu, mengapa, dimana, siapa dan apa. Aku cuma berharap yang masih ada hari esok untuk aku. Jika ada yang mengatakan hari mereka berat. Sudah pasti aku akan percaya dan aku akan terus memberikan mereka ruang. Jika ada yang mengatakan mereka lapar, aku akan berikan merkea ruang untuk makan dan berehat. 

Anehnya, sampai kini aku masih tidak mengerti mengapa mereka begitu. Mengapa mereka teralalu mudah untuk mengatakan sesuatu yang aku fikir tidak perlu diberitahu. Aku menyangkal konsep orang-orang yang mengatakan sesuatu itu deria umum (common sense) sedangkan keadaan diri seseorang itu boleh jadi berbeza. Setiap kuih datang daripada acuan yang berbeza.

Orang-orang mungkin melihat aku sebagai seorang petah berkata-kata, menyimpul hasrat dan menutup hajat melalui tingkah dan adat. Aku tidak tahu, sekali lagi aku tidak tahu. 

Aku fikir elok aku sampaikan satu kisah. Kisah seorang pemuda dan dua orang gadis.

Pemuda terlihat serabut, keadaan yang tidak terurus, rambut kusut masai, pakaian yang compang camping dan tindakan yang tidak muingkin menjadi satu teladan untuk siapa pun yang memandang. Duduknya di lorong-lorong. Duduknya di tepian longkang, rezekinya ihsan orang, minumnya bekas minuman. Jika Tuhan ingin melimpahkan kekayaan-Nya. Minumlah dia akan air hujan. 

Cuma, pemuda itu ada satu yang luar biasa. Pada tiap-tiap tangan yang menghulurkan bantuan. Dia balas dengan satu ayat. 

"Allah Maha Melihat"

Ramai yang gentar, fikir pemuda yang layak digelar pengemis itu bukan malaikat yang menyamar. Mungkin seorang pempengaruh yang sedang membuat eksperiman sosial. 

Pada satu ketika, ada dua orang gadis yang mungkin pada pandang mereka pemuda hina-dina itu seperti tiadalah upaya dia. 

Pemuda itu menyatakan ayat yang sama. 

"Allah Maha Melihat"

Anehnya, kedua gadis itu saling berpandangan dan tertawa. Kehairanan melanda hari pemuda. 

Salah seorang daripadanya membalas.

"Allah Maha Kaya"

Seorang lagi pula menyambut dengan berkata, " Alllah tidak pernah lupa"

Baru kali ini pemuda mendengarkan ayat yang sebegitu dalam dan menusuk. Meskipun ayat itu hanya hadir daripada dua orang gadis remaja. 

Keduanya berlalu pergi. Sekali lagi mereka berlalu pergi, dan hilang jejak oleh pemuda akan mereka berdua itu dalam kerumunan ramai. 

Aku fikir itu satu kisah yang mungkin tidak memberi apa-apa manfaat pun. 

Aku ini layaknya seekor burung merpati putih. Mungkin juga seperti timbunan kertas yang terbang dibawa angin entah ke mana. 

Setiap hari yang berlalu, aku pasti akan berasa semakin lemah dan lemah. Entah mungkin hanya sebuah rasa atau tidak. Aku tidak tahu, apakah mungkin nanti sebuah perkara yang akan berlaku?

Mahu menulis pun aku tidak tahu apa lagi.

Mungkin sekadar merapu apa saja. Lesen puitis? Entahlah...

Aku tidak mungkin atau aku yang menjadi penghalang kepada diri sendiri?

Aku ini siapa sebenarnya?

Kau rasa aku ini gila? Kau rasa aku ini tidak waras? Mungkin ya. Mungkin tidak.

Aku tidak tahu bagaimana mahu menamatkan tulisan ini. 

Aku berfikir, jika kau fikirkan kau boleh. Kau pasti akan berjaya. Jika kau fikirkan kejayaan mungkin kau akan mampu. Jadi siapa yan salah?

Aku atau aku? 

Setidaknya merpati putih itu telah terbang bebas meskipun pelepah tamar yang nanti akan ditancapkan ke satu timbunan tanah dengan tinggi sejengkal itu. 

Mungkinkah pepohonan akan terus bertasbih atau keringnya timbunan tanah kerana hangatnya rasa kasih yang tidak tertumpah di dimensi ini?

"Senyuman yang paling lebar mungkin senyuman yang paling palsu"

Jam 1810
Surau
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Univeristi Kebangsaan Malaysia

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

#62: Perbincangan Yang Menjengah Minda

#87: Pecahnya Empangan Rasa

#3 Satu Wawasan dan Tujuan

#61: Manis Di Mulut, Singgah di Paroi

# 28 Rasa di Antara Baris