#90: Pemuda dan Senarai Main Lagu di Tepi Jendela Yang Menangis


 20260427. Isnin

Jam 17:23

Apa yang pemuda itu lakukan ya hari ini? Oh, pemuda itu meringkuk di tepian. Berfikir untuk terjun dari jambatan dan pergi ke ruang damai. Pasti ada yang tertanya apakah itu ruang damai?

Aku juga tidak tahu. Pemuda itu berfikir mungkin saja jika dia tidak menjadi orang yang sesibuk itu; dia akan lebih santai berbanding rakan-rakannya lain. Pemuda itu melirik ke sisi. Pemuda itu berjalan dan menuju ke jendela. 

Pandangan bebas namun jasad tersekat. Pandang yang tinggi namun yang hadir hanya separas kaki. Pemuda menilai lagi, lagi dan lagi. Apakah selama ini dia, terlalu keras? Atau mungkin dia terlalu lembut?

Apakah semuanya akan menjadi baik-baik saja sekiranya dia hilang? Mungkin lenyap? Mungkin, tidak berupaya menjadi sebuah seni yang semua orang harapkan...

Dia seorang pemuda. Pemuda yang duduk di sebuah kamar kecil yang dia gelarkan dengan gembira kepada segala taulannya bahawa itulah sebuah ruang kerja. Dia memberitahu, bahawa di situlah tempat dia bersinggah sementara menanti hari berlalu untuk pergi menadah lagi dan lagi dengan segala sarjana yang ulung. 

Pemuda itu duduk dia atas sofa empuk. Warnanya yang kehijauan seringkali mengingatkan dirinya tentang balasan Tuhan Rabbul Jalil tentang hamparan hijau yang luas terbentang, bangunan daripada emas dan perak dan bekas minuman yang tidak pernah kosong daripada buah-buahan.

Dia memandang sebuah buku di atas meja kopi itu. Melihat Di Sebalik Epal tulisan seorang sasterawan Turkiye, Mirza Inak. Bagaimana garapan buku itu sedikit demi sedikit menjadi wadah dakwah kepada pembaca untuk sentiasa bersama Allah. Tidak melihat kecuali dengan Allah. Tidak merasa kecuali dengan Allah. 

Pemuda mendekati meja kerja yang dipenuhi dengan timbunan kertas dan fail yang sudah hampir tarikh akhir untuk disiapkan. Komputer riba dibuka dan laman sesawang dijengah. Satu demi satu huruf ditaip perlahan-lahan. B-i-a-r-s-a-m-p-a-i-b-i-n-t-a-n-g. Butang carian ditekan, skrin ditatal lagi dan lagi. Lagu itu dicari untuk memenuhi tuntutan halwa telinga dan mungkin mengisi sedikit ruang kamar dalam istana hatinya yang telah mula kosong. 

Daripada satu lagu, beralih ke satu lagu. Daripada Biar Sampai Bintang kepada Menjaga Jodoh Orang Lain kepada Bila Cinta kepada Untuk Cinta kepada Hujan Tangis dan kepada Perayaan Mati Rasa.... Pada setiap bait lagu yang didengarkan, bukanlah lebih baik malah lebih pilu seiring dengan runtunan jiwa yang semakin terbelah dek badai yang sedari tadi melanda. 

Jika pemuda berada di negeri Uncle Sam, mungkin ribut dan puting beliung ialah suasana yang paling hampir untuk menggambarkan keadaan hatinya. Jika berada di Negara Matahari Terbit, mungkin tsunami yang yang membasahi wajah? Jika pemuda berada di gugusan Indochina mungkin gegaran gunung berapi yang mana sedang meletus?

Nasib pemuda baik, itu hanyalah sebuah retorik. Pemuda dengan lebih tekun mula menaip satu demi satu. Pernah dia berfikir sendirian, jika apa yang dia lukiskan dengan kata-kata ini satu perkara yang telah ditetapkan Tuhan ke atasnya, adakah dia sedang menulis takdirnya sendiri atau dia sedang menjalankan interteks kepada dirinya?

Sebentar tadi, jendela kaca yang mengahalang hawa dingin daripada berkecamuk dengan hawa liar di luar mula menangis. Bukanlah tangisan asli, namun air mata gelas kaca itu juga bukan sebuah penipuan. 

Pemuda menghela nafas perlahan. Sikunya menahan kepala, berteleku di sofa sambil memandang ke luar jendela. Teringatlah dia akan pesan ayahandanya. 

"Mengapa tongkat kepala? Bukankah Tuhan sudah berikan leher?"

Ya, ayahanda benar. Tangisan awan kian gemuruh, mungkin langit turut berduka. Apakah mungkin yang akan berlaku jika nanti pemuda itu lenyap seperti hilangya sekalian orang-orang yang diapnggil pulang?

Apakah mungkin dia juga akan dilupakan? Pemuda teringat perbualan dia bersama gurunya dahulu. 

"Jangan hanya ingat saya. Doakan saya. Doakan saya, ya"

Wajah gurunya terimbas sekilas. Guru yang mengajarkan dia erti bertahan di sebalik ujian .

Nabi Yunus lari daripada tugas dan akhirnya ditegur lalu memohon ampun dengan lafaz yang belum pernah dilafazkan oleh sesiapa. 

"Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku telah berbuat zalim ke atas diri aku"

Nabi Yunus AS diampunkan. Begitu juga bapa manusia yang dikeluarkan daripada syurga kerana termakan buah larangan. Bermohonlah ampun keduanya kepada Tuhan dengan menyebutkan satu nama.

"Wahai Tuhan kami, telah kami berlaku zalim ke atas atas diri kami; dan sekiranya Engkau tidak mengampunkan kami termasuklah kami dalam kalangan orang yang rugi"

Jam 17:56

Lagu yang berputar membawa kepada tangisan yang lebih pilu, lagu Lara Lagi. Lagu yang pernah menjadi fenomena dengan tayangan filem Ombak Rindu. 

Seni kata yang menusuk kalbu pemuda,

Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah, walau dipisah laut biru

Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah tak pernah jauh
Takkan terpadam dalam hatiku yang milikmu
Percayalah...

Lagu terus berputar. Kini, Selamat Ulang Tahun Sayang...

Di baris awal sungguh pemuda terasa dekat dan tersentuh. 

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali-sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali-sekala
Jadi penerima
Cukupdengan salam
Dan manis doa...

Pemuda terus merenung dan merenung. Telah terdetik di hatinya sejak awal tadi. Dia mungkin akan ke ruang itu. Satu ruang pelarian yang dingin, dengan muzik rentak perlahan dan bau espresso yang menjadi aroma pemikat. Tidak asing lagi setiap tulisan cerita-cerita pendek pemuda selalu bertitik tolak kepada suasana itu.

Pemuda pernah dahulu berasa seolah-olah di atas rakit di tengah samudera yang luas. Berada di punca gunung yang tinggi. Terbang di balik awanan putih dan menyelam ke laut dalam. Namun di sebalik semua kepuasan itu. Dia sendiri... Dia lakukan semua itu sendiri. 

Pemuda pernah berfikir

"Apakah kerana perkara itu sukar maka hanya aku yang tersisa sendiri? Apakah kerana hanya aku yang ada keinginan untuk menjadi yang terbaik? Aku berada di tempat yang terbaik, anehnya tiada sorakan, tiada tepukan dan tiada pelukan. Aku dapat melihat dari puncak gunung, mereka yang tidak sampai separuh pun pendakian dipapah, berbaring dan diangkat ramai. Bukankah ketika itu, kaki aku juga berdarah?"

Pemuda sekali lagi... 

Jam 1813

Lagu yang sedang bermain, Rapuh. Nyanyian Agnes Monica. 

Jikalau memang harus ku alami duka
Kuatkan hati ini menerimanya...

Salahkah menjadi lampu jalan di persimpangan kelam? Apakah menjadi satu kesalahan untuk membantu menyuluh jalan ketika ada yang hilang arah?  

Lagu lain pula, Ketika Cinta Bertasbih. Apalah yang sebenarnya pemuda itu ingin lakarkan? 

Bisikan doakau dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku pada-Mu Maha Cinta
Sudah diubun-ubun, cinta mengusik rasa
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Cinta apa yang pemuda harapkan sebenarnya? Cinta yang bagaimana pemuda inginkan sebenanrnya? Cinta yang seperti wajah apa yang pemuda sangat hauskan itu?  

Jam 18:25

Pemuda layaknya nakhkoda, tekah terlihat di pandangan sebuha kota yang sibuk. Lagu terakhir yang pemuda itu pilih untuk dengarkan. 

Terlalu Cinta, lagu nyanyian Rossa.

Tuhan maafkan diri ini
Yang tak pernah bisa menjauh
Dari angan tentangnya
Namun apalah daya ini


Bila ternyata sesungguhnya aku 
Terlalu cinta dia...

Pemuda itu melihat orang-orang melambai ke arah armadanya. Panji-panji dikibar setinggi mungkin. Nyanyian oleh orang ramai. Lagu terakhir itu membuatkan pemuda seolah-olah kembali bertemu kekasih lama. Cinta yang mungkin dia cari? 

Tuhan, maafakan diri ini, lagu itu berbunyi. Lubuknya hatinya yang paling dalam seolah-olah berbisik. 

"Tuhan ampunkan dikau, namun adakah dikau mengampunkan dikau sendiri?"

Aras 5, Blok C 
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan 
Universiti Kebangsaan Malaysia


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

#62: Perbincangan Yang Menjengah Minda

#87: Pecahnya Empangan Rasa

#3 Satu Wawasan dan Tujuan

#61: Manis Di Mulut, Singgah di Paroi

# 28 Rasa di Antara Baris