#81: Ketukan Pintu Di Bilik Yang Hingar
20260401, Rabu
Semester 4, 2025/2026
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar semua? Aku fikir sudah lama tidak menulis. Mungkin juga kerana aku aka lebih kerap menulis apabila aku mula buntu dan tiada ruang untuk menzahirkan sebuah rasa. Aku selalu tertanya sendirian, apa yang aku buat selama ini adakah tiada berbaloi? Apakah selama ini kelalaian demi kelalaian aku telah membuat aku terbenam lebih jauh dalam kegelapan?
Aku juga tidak tahu...
Tidak wajar salahkan pokok tumbang menimpa kereta kita yang diparkir di bawahnya. Namun begitu, timbul juga persoalan bagaimana sebuah pokok yang sudah mampu menimpa sebuah kereta sehingga remuk sekaliannya tidak mempunyai akar yang kuat?
Hari demi hari yang berlalu, adakalanya cerah sepanjang hari. Terik, panas dan kering. Ada juga kadang-kadang mendung dan kelam tidak terasa walau sekali bahang mentari. Ada juga yang aku sangkakan cerah hingga ke petang, rupanya gerimis di tengah hari.
Apalah nasib. Aku melihat orang lain lebih mudah gayanya. Bersantai, bersuka-duka dan menzahirkan keceriaan yang tiada terzirah. Aku tidak juga menafikan betapa aku pasti mereka juga ada satu benteng yang kuat untuk menlindungi istana hati yan kian dimamah usia.
Mungkin aku perlu lebih berfikir jauh. Fikir saja tak guna, aku perlu bertindak juga. Aku mula merenung setiap keputusan yang aku buat hari ini. Berbaloikah? Adakah hanya membuang masa dan tenaga? Adakah sebenanrnya aku ini tidak mampu untuk menjadi lebih baik? Lihatlah, pelbagai persoalan aku lemparkan kepada dinding diri. Tidak ubah seperti suara yang bergema di gunung dan bola yang melantun di lantai dan juga kail yang dilempar ke lautan.
Aku yakin Tuhan sentiasa murah dengan kasih sayangNya. Bahkan bukankah hadis kekasih SAW, 'Sungguh menakjubkan keadaan seorang mukmin, sesungguhnya semua urusannya baik baginya..."
Aku selalu terfikir adakah apa yang aku alami ini bukan satu perkara yang ada keuntungan? Namun begitu, jika aku berharap keuntungan apa pula yang aku mahu buat?
Layar yang aku kait mungkin tidak sebesar yang lain, namun aku berusaha menggunakan benang dan jahitan yang terbaik. Kapal aku mungkin tidak besar, namun gelombang lautan juga bukan semuanya jinak. Aku berfikir lagi dan lagi, apakah kail aku terlalu pendek atau lautan terlalu dalam?
Aku terlalu murah atau aku ini terlalu jauh? Apakah segalanya yang terjadi merupakan sebuah perkara yang tidak mampu aku hadapi? Mustahil, bahkan Tuhan berfirman tidaklah Dia menimpakan sesuatu kecuali mampu jua.
Pemuda itu tersenyum dan menangis dn tersenyum dan menangis...
Ulasan
Catat Ulasan