#83: Pemuda Gila Memanggil Ahmad
20260415. Rabu
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan sebenanrnya, aku sudah cuba buat banyak usaha yang aku tahu dan cuba buat segala yang aku tahu, aku kurang periksa bagaimana....
Mungkin ada yang mengatakan bahawasanya aku ini pandai mengarah, tidak kurang juga yang mengatakan aku ini hanya tin kosong yang berbunyi kuat, lantang, nyaring dan segala peri yang sesuai pada menyatakan bahawasanya aku ini tiada berguna. Aku tidak tahu dan aku juga tidak pasti, dan aku kurang periksa.
Sedalamnya hati yang aku cuba berikan, sedalamnya aku cuma selami. Mungkin benar kata orang tua-tua bahawa tiada juga benar akan suatu yang terhijab daripada segala yang zahir.
Begini kisahnya,
Alkisah maka di suatu negeri yang bernama Lembah Mewangi, ada seorang pemuda yang amat dekat hatinya dengan bercengkerama di rumpun bambu. Saban hari, asyiknya semakin rawan, laparnya tiada terasa, hausnya juga sekadar hujan yang melata.
Banyak orang yang mengatakannya gila. Tidak kurang juga yang menjadikannya bahan umpatan dan adu domba. Pemuda itu semakin hari semakin ceria. Senyuman yang semakin lebar, gelak tawa yang semakin teruja dan ilai yang menjadi-jadi.
Di sebalik itu semua, masih ada seorang jelita yang terpikat hatinya. Kata orang sabit tersampuk kerana teralalu asyik memandang pemuda itu. Kata jelita, "Aku pernah melihat dia bersenandung panjang di malam bulan purnama menghampiri tanggal 15 hari. Aku melihat dia seakan bersedih dan terisak-isak tangisnya. Tiada dia melalak dan meraung hanya suara yang halus dan rintihan yang memanggil nama seseorang."
Jelita menyambung lagi, "Dia menyebut nama yang aneh bagi masyarakat ini. Aku dengar dia memanggil. Ahmad, Ahmad! Semakin lama, tangisnya semakin menjadi-jadi."
Itulah kata seorang jelita yang sudah jatuh asyik pada pemuda meskipun dia juga terpalit dikatakan gila.
Aneh juga perkara yang sama berulang-ulang setiap tahun. Mungkin saja kerana pemuda itu sejak kecil sebatang kara. Tiada juga dia bergantung dengan yang ada-ada. Peri sakit dia, ihsan orang jua dia makan. Peri dia lapar, hasil hutan jua dia kutip. Peri kehausan, tiadalah hujan sungai juga dihirup sedikit.
Satu ketika raja hendak membuka negeri baharu. Gong dipalu, canai dititir dan tetuang ditiup isyarat memanggil jelatanb berkumpul. Penuh seperti lautan manusia memenuhi laman istana. Raja bertitah dengan keagunagn dan kebesarannya.
"Wahai sekalian jelata, adalah beta ini ingin membuka kawasan baharu. Haraplah beta akan segala jelata turut bersama agar nanti beta beri anugerah. Beta kurnia tiap-tiap seorang atas kadar yang diberikan"
Titah raja dijunjung, sembah diangkat dan segala yang hadir mula berkemas segala. Ada yang membawa sediki harta. Ada yang membawa sebilah senjata. Ada juga yang hanya berkain kemban.
Harap jelata daripada yang ada-ada. Bukanlah seperti harap dewa pada bawahannya.
Maka, sekalian memanda bersama perajurit istana menghadap ke balairung seri. Mengangkat sembah dan berdiri sebaik sahaja Raja bersemayam di atas singgahsana.
"Wahai memanda sekalian, apakah tiada satu pun daripada kita yang mampu untuk melepaskan badi pada negeri kita ini? Sungguh telah sampai pada beta khabar pemuda yang kian terpaut di rumpun bulug di hujug negeri ini"
Sekalian memanda saling memandang. Tiada juga berani menyembah hingga seorang memanda yang muda mula membuka bicara.
"Ampun Tuanku, sembah patik harap diampun. Janganlah hamba ini dimurkan tuanku akan sembah ini kerna sungguh hamba yang paling muda di sini. Adapun pada penglihatan patik, gerangan pemuda itu sebatang kara, tuanku. Tiada juga dia berumah kecuali sebuah teduh di tepi sungai."
Raja mula merubah duduk, kata memanda muda mengusik hati baginda.
"Tuanku, hamba ini tiadalah arif. Janggut juga baru mula tumbuh. Perihal permuda itu, bukanlah badi pada negeri ini, bahkan dia yang menjadi paku negeri ini daripada segala marabahaya. Ampun Tuanku."
Bangkit pula memanda penjaga turus negara.
"Ampun Tuanku, sembah patik harapa diampun. Apakah mungkin seorang gila dianggap pasak negeri ini, Tuanku? Bukankah sekaalian angkatan dan perajurit berada di bawah patih dan bertindak dibawah titah Tuanku? Bagaimana mungkin seorang muda yang dianggap gila boleh menjadi benteng negeri ini? Patik fikir ini hanya helah memanda yang muda agar badi itu kekal di dalam negeri. Ampun Tuanku"
Raja berdiam diri, memandang pada tiap-tiap yang hadir. Raja tiadalah berbuat keputusan kecuali setelah bersepakat dengan para pembesar.
"Bagaimana kata memanda yang lain? Datuk Mangku Bumi? Datuk Raja Lela? Datuk Paduka?"
"Ampun Tuanku, pada bicara patik sekalian, adalah lebih baik sekiranya dipanggil pemuda itu membela dirinya. Ampun Tuanku." Sembah memanda yang paling tua, Datuk Paduka setelah berbisik-bisik sesama Datuk Mangku Bumi dan Datuk Raja Lela.
Adapaun apalah pula nasib pemuda itu kelak.
Ulasan
Catat Ulasan