#91: Buku Itu Aku atau Aku Hanya Sayap Yang Lemah
20260428,Selasa
Assalamualaikum dan hai.
Mentari menyengat setinggi awan. Langit terbentang luas seperti hamparan biru yang tidak berpenghujung, meneyelimuti semua jagat raya.
Jika aku katakan yang kelam itu hati aku, mengapa masih ada harapan yang terbenam jauh dalam dasar yang tidak ada sesiapa mampu capai itu? Aku melihat lebih dalam, jauh ke dalam. Mungkin apa yang aku alami tidak seteruk beban orang-orang yang kehilangan segalanya dalam hidup mereka. Mungkin juga apa yang au kesali bukanlah sesuatu yang paling bermakna jua.
Telefon pintar aku bergetar, ada beberapa mesej yang menjengah peti masuk. Selain daripada grup-grup pemberitahuan umum. Aku melihat dan sentiasa menanti satu nama untuk menghiasi skrin itu. Nama yang biasa sahaja, namun cukup utuk menghadirkan setiap nafas tertahan dalam sebuah penantian rasa,
Keadaan semalam berbeza, jika aku khabarkan kepada rakan-rakan bahawa tindakan pensyarah meghubungi aku itu membuatkan aku berasa kaget. Mungkin ada antara mereka yang merasakan perkara itu biasa. Bagaimana tidak?
Seorang pelajar yang kerjanya tidak habis-habis memberi masa dan buah fikirannya kepada segala jelata. Hubungan dengan pensyarah itu mungkin dirasakan sebuah nikmat yang bukan semua orang boleh dapatkan.
Mungkin mereka benar, mungkin mereka salah?
Aku mengelek buku ke hulu dan ke hilir. Seolah-olah ke semua tempat buku-buku itu seperti pengiring.
Aku keliru. Aku tidak tahu. Aku....
Benar saja, mungkin kehidupan yang mementingkan diri sendiri itu lebih baik, bukan?
Tidak perlu hiraukan fasal orang lain, tidak perlu bantu orang lain, tidak perlu memantau orang lain, tidak perlu mengejar orang lain, tidak perlu untuk menjadikan diri sebagai tonggak utama dalam sebuah perkenalan yang bersifat kerja semata-mata.
Aku seorang pelajar, bukankah tugas aku belajar? Bukankah tugas aku belajar? Mengapa aku melakukan kerja-kerja pengurusan sumber manusia ini?
Mungkin aku memang tidak sesuai untuk menjadi orang yang sering diharapkan. Mungkin aku ini hanya kuat bermain retorik semata-mata. Mungkin juga aku ini bukanlah tahu apa-apa pun.
Aku tertawa besar. Mungkin...
Cemburu? Entah, aku selalu teguhkan hati bahawa mungkin kesenangan yang mereka alami, memori yang mereka lakukan bersama rakan-rakan ialah sebuah harga yang mereka sendiri perlu untuk dapatkan sementara berada di sini.
Aku fikir mungkin merekalah orang-orang yang benar.
Aku kurang periksa lagi, dan lagi.
Kata orang Indonesia, "lagi-lagi kamu, kamu ini ngak ada kerjaan ya?"
Bicaranya ringkas, ketajaman entah. Mungkin hati itu terlalu nipis, mungkin kata itu hanya sebatas kata saja. Mungkin, sistem pertahanan yang sudah rapuh sebenanrnya. Mungkin dan mungkin...
Aku mendengarkan lagu nyanyian Armada, Hargai Aku.
Seringkali kau merendahkankuMelihat dengan sebelah matamuAku bukan siapa-siapaSelalu sajaKau anggapku lemahMerasa hebat dengan yang kau punyaKau sombongkan itu semuaCoba kau lihat dirimu dahuluSebelum kau nilai kurangnya dirikuApa salahnya hargai dirikuSebelum kau nilai siapa diriku
Aku kurang periksa namun pada setiap baris lagu itu mungkin ada terkandung pelbagai tafsiran mengikut perspektif orang yang mendegar. Hargai Aku, entah itu satu jeritan atau satu rintihan.
Betapa ramai orang yang sudah dipanggil pulang barukah diberikan penghargaan. Mungkin juga sebab tradisi keluarga kami, sambutan untuk perkara-perkara kecil itu tidak biasa dilakukan.
Apabila aku melihat dia, bahkan apabila dia selesai menjawab peperiksaan pertama saja pun. Dia tersenyum puas, dia dipeluk oleh ramai orang, dia merasakan bahawa telah diangkat satu beban dari ats bahunya.
Mungkin kerana dia perempuan. Mungkin kerana dia anak yang paling disayangi. Mungkin kerana dia hanyalah satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. Mungkin dia anak bongsu yang menjadi kesayangan oleh abang dan kakak. Mungkin juga, kerana dia seorang manusia...
Kebanyakan waktu aku akan diluangkan untuk orang yang datang kepada aku. Mungkin aku yang tidak pandai menguruskan masa sebenarnya. Mungkin...
Aku memegang pena, tubuh yang tidak lepas daripada pakaian berkolar. Berlengan pendek atau panjang, asalkan berkolar meski sehelai kemeja atau kemeja-T. Aku lemah? Mungkin juga...
Aku tidak menafikan orang lain yang berpura-pura dengan senyuman di hadapan aku. Aku tidak menyangkal mana-mana dakwaan yang mengatakan bahawa mereka penat.
Kadangkala, aku akan berasa sedikit kecewa? Apalah yang dilakukan mereka sehingga mereka terlalu mudah mengatakan mereka penat. Mungkin juga kerana keluarga aku sendiri yang tidak pernah untuk mengakui kepenatan masing-masing. Kami, hanya melihat dengan mata dan menilai apa yang membuatkan sesorang itu mungkin berasa penat.
Rutin yang menjadi kebiasaan aku kini mula hilang arah. Aku tidak lagi datang ke pejabat seeawal jam 8 pagi. Aku lebih kerap masuk tengah hari. Aku lebih kerap masuk hanya untuk dilihat hadir. Aku hanya datang untuk menyemak fail-fail yang ada. Bukankah aku pelajar?
Mungkin aku yang terlalu tinggi harapnya, sedangkan kedua sayap juga baru tumbuh.
Aku fikir aku ini mungkin satu kegagalan. Aku fikir aku mungkin satu kekecewaan buat semua orang. Aku fikir mungkin aku ini tidak akan menjadi seperti apa yang aku sentiasa ingin jadi.
Jam 1826
Aku melihat mereka barisan adik-adik sepengajian yang menyembah yang mufrad secara kolektif. Mungkin ada yang tertanya mengapa tidak digunakan sahaja istilah arab? Salahkan mengunakan istilah orang 'ajam?
Aku fikir itu bukan satu perkara yang perlu dijadikan perbahasan. Intinya, segala perkara yang mungkin berlaku itu bukanlah di bawah kekuasaan aku melainkan Yang Mufrad jua.
Semalam aku membaca buku itu dan hari ini aku berjaya mengkhatamkan pembacaannya. Suka untuk aku petik wacana itu.
"Tujuan penciptaan itu adalah beriman dan menyembah Allah s.w.t, Pencipta segala-galanya. Malangnya orang yang tidak melaksanakan ibadahnya tidak dapat atau tidak melihat ibadah makhluk lain kepada Allah s.w.t. Ibadah dan solat memberi kesedaran kepada manusia tentang kewujudan dan keesaan Allah s.w.t"
(Mirza Inak, 2024:130)
Buku itu selesai baca pada jam 1318. Buku itu Melihat Si Sebalik Epal aku beli ketika berada di IIUM Bookfest 2025 pada Disember tahun yang lalu. Aku ada letakkan nota habis baca di bahagian akhir buku itu. Buku itu aku beli pada 20251011, namun baru hari ini aku ada luang dan waktu untuk selesaikan pembacaannya.
Jam 1905
Aku bersahaja hadir laman salah satu kolej kediaman di sini. Mungkin untuk beri sokongan kepada penganjur dan para peniaga. Semalam aku sudah hadir, namun begitu dengan rakan-rakan pasca mesyuarat. Ramai juga yang ada semalam. Mereka gelar Pasar Karat namun yang menjual semuanya gerai makanan. Bukankah pada kebiasaanya istilah itu merujuk kepada pasar yang menjual barangan terpakai? Aku fikir begitulah...
Aku membeli sebuh hidagan, Char Kuetiau. Masakan ini juga menerima pelbagai pandangan dan menghadapi polemik sejak dulu. Istilah Char dalam bahasa Hokkien merujuk kepada goreng an kering. Makna kata jika pergi ke kedai Cina dan menyebut Char Kuetiau jangan pelik jika anda dihidangkan dengan hidangan yang kering bukan berkuah seperti istilah Char Kuetiau yang difahami orang Melayu.
Dan mungkin aku hanya bermimpi dan terus berkhayal bahawa nanti aku akan menjadi seseorang yang diingati.
Ulasan
Catat Ulasan