#58: Ada Di Atas Atau Terpaksa Di Bawah

 



20260125, Ahad

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Bagaimana keadaan semua? 

Hari ini aku fikir banyak perkara yang perlu diimbas kembali. Sudah menuju pengakhiran bagi semester ini. Aku fikir ini juga satu perkara yang perlu untuk aku lihat dengan lebih saksama. Banyak perkara yang sudah berlaku dan semakin banyak perkara yang perlu diuruskan. Bermula daripada diri sendiri dan juga orang lain.

Kehidupan umpama roda. Roda bukankah terbuat daripada kayu? Macam kereta zaman Rom dulu? Jika aku katakan umpama tayar, tidak tepat kerana tayar jika tidak dipasangkan kepada rim tetap dipanggil tayar. Benarlah, roda lebih tepat. 

Hidup umpama roda, kadang di atas kadang di bawah. Cuma yang menjadi persoalannya ketika di bawah kita menyentuh tanah yang keras, padang rumput atau mungkin tahi binatang yang melata? Bagaimana seseorang dengan mudah boleh mengatakan kehidupan ini sekejap di atas sekejap di bawah sedangkan ketika di bawah mungkin apa yang kita hadapi tidak sama pun. 

Aku masih lagi memikirkan apa yang kawan aku cakap beberapa hari lepas. 

"Kau tak rasa kau sebenarnya buang masa?" 

Dia melihat aku sebagai seorang yang asyik memberi tanpa meminta. Bagi aku balasan bukan semata-mata dengan barangan atau bayaran. Aku memang suka berkongsi, jadi aku bagi semua yang aku mampu. Aku tidak gemar dengan golongan yang simpan sesuatu hanya untuk diri mereka saja. Aku tak tahu adakah apa yang aku buat ini betul atau tidak. Sekurang-kurangnya aku rasa gembira bila lihat mereka terseyum apabila dapat memahami setelah aku terangkan.

Jika mahu bicara perihal hidup, aku pun tidak tahu sangat. Jika aku perlu pilih kiri atau kanan, aku akan pilih tengah. Makna kata aku tidak terikat dengan pilihan yang ada selagi mana aku boeh berikan pilihan yang lebih menguntungkan kedua-dua belah pihak? Betul tak? 

Kalau mahu merenung dengan lebih jitu, aku fikir aku tidak mampu untuk menyingkap rahsia Tuhan. Jika mahu lukis sendiri pula, aku juga tidak begitu faham apakah yang aku lakukan itu karya yang terbaik atau selayaknya dilempar ke tong sampah?

Ulasan

  1. saya sudah baca semua tulisan anda. Mengapa saya terlihat bahawa anda makin hilang arah ni?

    BalasPadam
  2. Mungkin kerana cahaya makin suram?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

#62: Perbincangan Yang Menjengah Minda

#87: Pecahnya Empangan Rasa

#3 Satu Wawasan dan Tujuan

#61: Manis Di Mulut, Singgah di Paroi

# 28 Rasa di Antara Baris