#55: Antara Keserabutan, Tanggungjawab, dan Luahan
20260119, Isnin
Assalamualaikum. Hai?
Apa khabar semua? Semua sihat?
Aku? Aku tak pasti sangat. Hari ini, hari pertama minggu ulang kaji. Aku rasa itu satu perkara yang aneh. Meskipun, ini merupakan semester 3 aku dalam pengajian di Bumi Watan ini. Aku rasa sebuah keterasingan.
Hari ini aku bermula dengan sebuah sesi bersama mentor aku. Ya, sistem mentor-mentee yang telah ditetapkan oleh jabatan kami. Jabatan Kajian Bahasa, Sastera dan Kebudayaan. Mentor aku seorang yang sibuk. Jika diikutkan apa yang dikhabarkan pada minggu lepas, aku boleh berjumpa dengan beliau jam 10 pagi. Kebetulan aku sampai awal, dan berselisih dengan beliau, sempat aku meminta sedikit masa beliau untuk berbincang dan melaporkan apa yang aku jalani semester ini.
"Dr., semester ini. Saya, rasa serabut Dr...."
Begitulah kira-kira. Dr. Y banyak memberikan nasihat dan juga tunjuk ajar. Kata beliau disiplin, waktu fokus dan tugas khas dalam sehari jadual harian. Beliau pernah bercerita tentang perkara yang beliau jalani setiap hari. Rutin yang beliau pegang sejak zaman belajar. 5 pagi hingga 7 malam. Selain itu, peruntukan masa untuk beliau berehat.
Beliau ada juga cerita dan ajar aku tentang cara membaca. Beliau kata, bila membaca ada beberapa peringkat. Bacaaan pertama, bacaan kedua.
"Oh, macam tu. Itu yang cara baca scanning dan skimming tu?" Spontan aku mencelah.
Selesai di sana, aku pergi pula ke Fakulti sebelah. Aku mahu tuntut bayaran hadiah untuk pertandingan yang kami dapat Johan pada 18 Disember lepas. Bolehlah, jam 1110 semuanya selesai. Aku bergerak lagi ke Fakulti seterusya untuk berjumpa pensyarah pembimbing kami. Sengaja aku tidak memberitahu dahulu. Namun, bila aku tiba di pejabatnya. Kosong. Mungkin beliau sibuk. Maklumlah hujung semester banyak mesyuarat.
Aku mula bergerak ke lokasi seterusnya. Sebuah kolej kediaman. Sebuah janji temu pada jam 12 bersama dua orang gadis. Ya, dua orang gadis yang cerdik.
Hari ini aku meluangkan masa bersama mereka. Bermula jam 1200 hingga kira-kira jam 1500. Aku bersyukur kerana aku dapat tunaikan apa yang aku pernah janji pada salah seorang mereka. Kehadiran mereka berdua lebih selamat bagi aku, kerana aku juga tiada mahu nama aku dicangkan sekali lagi sebagai pengganggu hubungan orang. Apa yang aku buat hanyalah menunaikan janji aku dalam kontrak yang pernah kami tandatangani.
Tidak banyak perkara menarik yang berlaku. Cuma, aku rasa baru kali ini selepas sebuah tempoh aku rasa hidup? Rasa yang ternyata masih ada pihak yang menghargai kehadiran aku. Perkara yang manis aku fikir dalam pertemuan itu ialah kecerdikan mereka dalam berbahas. EQ mereka seolah-olah berjaya diseimbangkan dengan IQ aku.
Mungkin ada yang bertanya mengapa aku suka berbual dengan perempuan dan gadis-gadis. Aku ini bukannya orang pandai sangat. Aku suka sebab apabila aku bersembang dengan mereka, gadis-gadis ini akan selalu sembahkan aku dengan satu perspektif yang aku selalu anggap remeh dan biasa.
Ya, perspektif emosi. Bagi aku objektif dan fakta yang lebih utama. Memahami sebuah kes memerlukan penelitian yang mendalam dan sebuah semakan latarbelakang yang terperinci bagi mendapatkan sebuah hipotesis yang tepat.
Banyak waktu mereka cuba untuk cari tahu fasal aku. Begitu juga aku, mungkin itu sebenarnya yang semua orang patut buat. Mungkin?
Setelah semuanya selesai. Aku sekali lagi diserang oleh segala suara-suara persoalan dan kritikan. Apa yang aku buat sebenarnya hari ini? Mengapa aku dedahkan sisi rapuh aku kepada mereka? Kenapa mereka terlalu baik sehingga cuba untuk mendengarkan apa yang aku katakan. Aku tidak rasa yang aku sedang berceramah, tapi aku rasa perbulan itu hidup. Bukan bermakna sebuah perdebatan. Lebih kepada sebuah perbincangan yang seimbang antara kebenaran dan perasaan.
Mereka berdua gadis yang cerdik. Gadis yang penuh dengan imaginasi dan rasa ingin tahu yang tinggi. Setiap pandangan dan renungan mereka seolah-olah menyimpan seribu satu persoalan yang perlu dirungkaikan dengan sabar dan tekun. Bak kata pepatah, seperti menarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus, tepung tak berselerak.
Aku berdoa mudah-mudahan kehidupan mereka terus diberkati. Dimudahkan urusan mereka duia dan akhirat. Dikurniakan sebuah kebahagian yang berkekalan dari dunia sehingga akhirat. Ya, sebuah keadaan yang mereka mampu untuk berjalan dengan tenang dan gembira. Setiap langkah kecil yang membawa kepada sebuah destinasi impian yang mereka impikan. Insya-Allah.
Aku rasa sampai di sini dulu untuk kali ini. Mudah-mudahn kita berjumpa di lain waktu.
Sampai jumpa lagi!
Assalamualaikum.
Ulasan
Catat Ulasan