#50: Sebenarnya, Aku Salah Jalan?
Sesi 2025/2026, Semester 1, Minggu 12
20250102, Jumaat
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Kau rasa aku salah jalan? Kau rasa aku tersilap arah?
Hari ini hari kedua tahun 2026, sejak semalam setiap detik yang berlalu terbayang-bayang semua perkara yang telah berlalu pada tahun-tahun yang lepas. Aku masih terbayang detik-detik ketika setiap hari aku dipenuhi dengan kerja dan tugasan. Mungkin waktu itu, waktu yang terbaik?
Sepanjang jalan aku menunggang motosikal, cuaca, rasa, suasana, memori, semuanya mengarahkan kotak pemikiran aku pada satu halaman lalu yang aku sangat suka?
Satu waktu di mana hari-hari aku sentiasa dipenuhi dengan perkara-perkara yang bermanfaat.
7 pagi sehingga 7 malam di sekolah. Di meja, menyalin segala perkara, menyalin segala tugas dan kerja. Masa aku terpenuhi dengan tugas dan tiada langsung waktu untuk bermain-main, leka dan lalai.
Salah satu lembaran itu, aku sebagai orang yang amat cintakan buku, kertas, pen, kopi dan malam. Tiada tidur, hanya hidup pada waktu malam yang indah. Aku penat ketika itu, tapi aku suka. Aku rasa semua orang tidak setaraf dengan aku kerana pada waktu itu hanya aku nombor satu.
Aku jadi lesu, tubuh kian menyusut, wajah cekung, dan sebagainya.
Cuma, adakah aku perlu lalui semua itu lagi untuk rasa hidup? Adakah aku ini seorang yang tidak mampu untuk berdiri dengan sendiri?
Aku pun tak tahu arah mana. Mungkin tahun ini akan berlaku sekali lagi?
Kisah itu akan berlaku sekali lagi? Aku berharap perkara itu akan berlaku lagi.
Walaupun aku sibuk tapi aku ada tujuan. Walaupun waktu aku sering dihabsikan dengan buku, itu satu peningkatan ilmu.
Aku sebenarnya tak tahu apa yang aku buat sekarang. Kenapa aku tiada tujuan? Kenapa aku seperti pohon yang ditiup angin?
Kenapa aku rasa aku macam tiada arah? Atau adakah aku sebenarnya sudah salah arah?
Mungkin betul apa yang cikgu-cikgu cakap dulu.
Sejak aku masuk universiti, mungkin aku dilihat sebagai pelajar yang paling menonjol. Duduk di barisan paling depan. Baju kemeja hampir dengan tali leher setiap hari. Beg sandang dan buku-buku tebal yang dikelek dan dibawa ke mana-mana.
Kampus itu...
UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia
Siapa je tak kenal. Satu nama yang yang gah dalam dunia pendidikan tertier. Salah satu universiti penyelidikan yang ternama dalama negara.
Aku mula masuk mendaftar sebagai pelajar pada Oktober 2024. Maknanya sudah setahun 3 bulan aku bergelar mahasiswa. Namun begitu, mengapa aku tiada arah lagi?
Kenapa aku masuk universiti? Kenapa aku belajar bidang ini? Kenapa aku terus dibuang daripada terus untuk menerima diri dan keadaan sendiri.
Aku akui bukan semua perkara yang aku buat itu betul. Sekarang aku rasa aku tiada sesiapa di sini.
Di sini tiada kelas yang tetap. Aku tidak dapat duduk seharian dalam satu tempat saja.
Di sini semua orang bergerak sendiri. Aku cuba untuk menjalin repo tapi seperti biasa, aku akan tarik diri lebih awal.
Di sini aku berjalan sendiri, makan sendiri, dan segalanya sendiri.
Aku pun tak pasti mengapa?
Jika aku nak bandingkan dengan dulu, mungkin aku semakin baik? Mungkin juga aku sebaliknya?
Dulu setiap semester aku akan masuk bilik kaunseling dan aku suka. Sekarang, aku tidak ada rasa dekat dengan mana-mana.
Zaman Kampus? Maksud kau kehidupan kampus?
Sama macam dulu, aku tak pasti. Aku rasa aku tak tahu pun macam mana aku nak cerita fasal zaman kampus.
Oh, mungkin sebab itu semua orang mula jaga diri sendiri. Semua orang hanya fokus diri sendiri. Aku tak tahu kenapa?
Kau rasa aku teruk? Tidaklah.
Aku belum cakap apa-apa lagi kan?
Aku rasa itu dulu. Aku masih tertanya.
Adakah aku, salah arah sebenarnya?

Ulasan
Catat Ulasan