#52 Persahabatan Itu Bagaimana Sebenarnya?
Ya, kedengarannya aneh, bukan? Itulah yang aku persoalkan. Bagaimana ya?
Persahabatan itu bagaiamana, sebenarnya?
Aku selalu terfikir, adakah aku ini tiada langsung persahabatan. Aku lihat ada juga orang-orang yang mereka itu ada saja perkara, orang dan tempat yang mereka salurkan segala cerita sehari-harinya.
Aku merenung watak Boboiboy dan Gopal, Ying dan Yaya. Sebenarnya, bagaimana persahabatan tu berlaku? Bagaimana sifat setiakawan disemaikan? Aku sekali lagi keliru.
Mungkin sebab aku tak pernah sebegitu. Mungkin, ya sekali dulu. Namun bukan atas dasar saling memerlukan. Semuanya berubah sejak masing-masing ingin menjaga diri sendiri. Aku fikir bagaimana orang yang sentiasa berbual-bual dan bercerita?
Belum lagi kita bahaskan orang-orang yang bersahabat berlainan jantina. Katanya kawan baik, lelaki dan perempuan. Ada yang berkwan sejak keciul, sejak sekolah rendah, sejak sekolah menengah, dan mungkin sejak lama dulu....
Ada juga orang-orang yang menutup rasa masing-masing dengan label kawan.
Orang kata kawan baik mungkin tak sentiasa ada, namun mereka akan ada di saat kita paling memerlukan.
Ada juga yang kata dia ada kawan baik. Ceritanya selalu bersama, namun terasa juga selalu di hatinya kawan yang dianggap baik itu seringkali melukakan hatinya.
Aku tak tahu bagaimana sebenarnya....
Jadi, bagaimana cara berkawan? Bagaimana cara bersahabat? Aku pun tak tahu!
Janganlah ditanya perkara begitu pada budak buku....
Banyak juga misalnya.
Bagaimana Boboiboy sering berusaha sehabis kudrat untuk membela kawan-kawannya. Pasukan TAPOPS!
Bagaimana jiwa budak 5 tahun, Shin Chan yang sering kuat dengan semangat empati dengan kawan-kawannya. Pasukan Pertahanan Kasukabe!
Bagaimana Upin dan Ipin bersama kawan-kawan dalam suka, dalam duka. Menyelami segala rintangan bersama-sama. Sahabat Selamanya!
Oh, ya! Awang Khenint dan Badang? Mungkin, Nobita dan Doraemon. Walapun Giant selalu membuli dan Suneo selalu berlagak, mereka tetap... Berkawan?
Jadi, berkawan ni bagaimana sebenarnya?
Terus kekal dalam sakit hati dan terasa hanya kerana sebuah ikatan kawan-kawan? Terus menerima kekurangan orang lain walaupun sudah banyak kali ditegur.
Kalau oranng kata pipit sama pipit, enggang sama enggang. Hidung tak mancung, pipi sorong-sorong. Bagai langit dengan bumi.
Mungkin begitu keadaan budak buku ini.
Kalau kita menyelam lebih dalam, kita akan jumpa pula dengan hubungan antara lelaki dan perempuan. Katanya, jika terlalu rapat salah seorang mungkin menyimpan perasaan. Jadi, adakah baik atau tidak?
Sampai bila hanya mahu dipertahankan sebagai kawan?
Ada pula timbul polemik.
Lelaki gunakan label kawan untuk memulakan hubungan, manakala perempuan melabelkan kawan untuk menyekat perkembangan hubungan.
Aku fikir lagi. Jadi, bagaimana? Ada lelaki yang suka berkawan dengan perempuan. Ada juga perempuan yang suka berkawan dengan lelaki. Jadi, di mana silapnya sebenarnya?
Mungkin, aku yang silap sebenarnya...
Kalau mungkin persahabatan itu kekal, adakah aku seorang saja yang kekal begini?

Ulasan
Catat Ulasan