#51: Di Tepi Gigi Air

 

Jadi, begini ke rasanya?

Tidak adil kalau mahu katakan yang kita ini miliki kekurangan dan yang paling patah antara semua. Kadang-kadang, satu detik kejatuhan membuatkan kita merasa sentiasa berada di bawah mendung dan guruh yang sabung menyabung.

Ada hari mendung dan hujan renyai.

Ada hari awan kelabu tapi hanya kilat sabung-menyabung.

Ada juga ketika tiba-tiba saja hujan turun sederasnya tanpa amaran.

Aku pun tidak boleh menafikan.

Ada hari mentari bersinar riang.

Ada hari hangat yang mesra dan senyuman gembira. 

Ada kala juga aku sentiasa berasa bahawa cerah itu akan berkekalan sepanjang hari. 

Ada juga ribut dan kemarau yang silih berganti.

Cuma, apabila sunyi memenuhi diri. Aku jadi lebih peka untuk memerhati. Dimanakah letak semua janji dan rintih kasih yang pernah ada dulu?

Membina sebuah institusi keluarga, atau membina kehidupan bersama. 

Adakah semua keseronokan perlu dikongsikan atau kekal dalam simpanan sendiri?

Adakah semua orang pernah berada di tempat aku?

Mengapa jika aku tawarkan tempat dan tugas aku pada rakan-rakan lain, semuanya akan menidakkan?

Aku rasa seperti seorang yang tidak tahu jalan?

Oh, ya! Mengapa aku menulis di sini? 

Mungkin sebab aku tahu, tiada sesiapa yang akan menjengah ke sini. Menelaah segala tulisan dan ketikan sepi yang aku abadikan di sini.

Mungkin juga ada yang cuba mencari, namun sejauh mana?

Mungkin sebenarnya aku yang masih dibaluti keinginan yang tidak bertepi?

Aku dilihat sebagai seorang yang serius, dengan pembacaan yang orang kata tidak padan dengan usia. 

Kalau aku boleh katakan, di mana letaknya sebuah kebenaran, pasti ramai yang akan katakan aku ini hanya menjadi tempat orang menyimpan segala perkara gembira.

Aku tidak pasti mengapa? Mungkin kurang merenung diri? Mungkin juga hanya berada di tepi gigi air sehingga tidak mampu lagi untuk terus berseni?

Kata-kata aku sering terlihat tegas, garang dan seolah-olah menghakimi. Walaupun sebenarnya, aku pun tidak mahu sebegitu. 

Ada orang berkata-kata dengan emosi. Ada juga yang berkata-kata dengan memori. Ada juga yang berkata-kata dengan hati. 

Jadi, adakah salah jika aku berkata-kata dengan akal?

Bagi aku itu yang paling selamat. Tiada siapa boleh menyoal kembali kerana semua keputusan jelas dan bersifat objektif. Tiada sesiapa yang boleh merempuh tembok hakiki itu.

Adaka aku ini teruk?

Ya, mungkin bahkan sangat teruk kerana tidak mampu untuk menjadi yang terbaik. Aku tidak mampu untuk jadi sesiapa yang boleh dibanggakan.

Aku hanya dengan buku. Mengapa dahulu orang-orang sering menyuruh aku untuk menjadi nombor satu. 

Aku perlu buat begini,begini. Aku perlu capai satu tahap yang begini.

Bagaimana ya jika aku hidup di zaman dahulu. Adakah semua ini akan berubah? Adakah aku akan jadi orang yang tidak punya masa depan?

Apa yang akan berlaku sebenarnya?

Banyak tangan-tangan yang mahu menyambut, tapi aku sendiri tidak mahu untuk menjadi yang ditarik. 

Entahlah, itu saja dulu rasanya...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

#62: Perbincangan Yang Menjengah Minda

#87: Pecahnya Empangan Rasa

#3 Satu Wawasan dan Tujuan

#61: Manis Di Mulut, Singgah di Paroi

# 28 Rasa di Antara Baris