#42 Lakon Yang Kaku

 


Sesi 2025/2026, Semester 1, Minggu 8

20251201, Isnin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ini kisah aku sebagai slaah seorang pelakon pementasan teater. 

Itu aku, berlakon sebagai watak Si Bongkok. Satu pementasan untuk kursus pelajar tahun 3. Aku gembira dapat membantu. Aku gembira dapat menimba sedikit pengalaman yang mungkin tidak ada pada rakan-rakan aku yang lain. 

Bermula terima tawaran sehingga pementasan, sudah pasti tidaklah semudah yang dilihat oleh orang-orang. Aku juga pasti bukan semua cerita dan kisah perlu dibahaskan. Jika tidak, sudah pasti segalanya akan menjadi sukar kerana emosi tidak dapat dizahirkan melalui tulisan semata-mata. 

Aku fikir untuk beberapa masa ini, tulisan aku jadi semakin ringkas berbanding sebelum ini. Aku minta maaf sekiranya tindakan aku ini akan membuatkan ada pihak yang kecewa.

Aku fikir lakonan aku tidak mantap, banyak kekurangan dan tidak mungkin akan mencapai tahap baik  dalam tempoh yang singkat. 

Tidak mengapalah, aku fikir itu sahaja untuk kali ini ya? 

Sampai jumpa lagi!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

#62: Perbincangan Yang Menjengah Minda

#87: Pecahnya Empangan Rasa

#3 Satu Wawasan dan Tujuan

#61: Manis Di Mulut, Singgah di Paroi

# 28 Rasa di Antara Baris