#27 14 Hari Menuju Cuti Semester



Sesi 2025/2026, Semester 1, Minggu 5

20251103, Isnin

Assalamualaikum dan hai! Selamat Sejahtera!

Hari ini aku tak tahu sangat. Harap setinggi gunung, hempas sedalam lautan. Jarak Timur ke Barat, henti di tengah jalan.

Perjalanan hari ini dimulakan dengan memandu motokar jenama Honda jenis SM4 diimport dari Jepun. Dahulu dibeli daripada seorang pesara polis. Aku tidak membawa kereta pada kebiasaanya kerana kos yang tinggi dan masa yang banyak terbuang jika tersekat dalam kesesakan jalan raya. Mungkin sekadar berkongsi sekadar yang terjadi hari ini ?


Hal 1 - Lakonan Bahasa Arab

Aku bersama rakan-rakan di bawah bimbingan seorang pensyarah berbincang dan mengadakan pertemuan bagi persediaan untuk pertandingan bakat bersempena Karnival Bahasa Asing yang akan diadakan pada 12 dan 13 November nanti.

Tema yang cuba ditampilkan ialah perjuangan dan ketabahan rakyat Palestin dalam menghadapi kezaliman zionis. Kami semua bersama -sama menyumbang idea dalam menghasilkan skrip dan juga membuat persediaan yang utuh bagi memeberikan persembahan yang dpaat memukau penonton.


Hal 2 - Program Telaah 

Aku singgah di fakulti. Harap ada tempat berteduh sementara menunggu kelas. Aku terlihat satu program yang sedang berlangsung di Dewan Perdana, program Telaah. Nampak gaya seperti Siri 2. Buku yang dibincangkan ialah Pentadbiran Kewangan Kolonial Johor. Perbincangan yang menarik tapi aku hanya sempat mendengar selama 30 minit. 

Banyak juga perkara baharu yang aku dapat. Antaranya aku baru mengetahui yang buku yang dibincangkan merupakan hasil kajian seorang ahli akademik berbangsa Jepun. 

Prof. Dr. Sugimoto Ichiro. Buku Pentadbiran Kewangan Kolonial Johor merupakan hasil kajian beliau ketika menyelesaikan pengajian di peringkat Doktor Falsaafah. Beliau juga yang berlatar belakang ekonomi sangat berminat dalam menghasilkan penulisan tersebut. 

Moderator sesi tersebut, Dr. Mohd Ikbal Mohd Huda menarik perhatian aku apabila bertanyakan soalan kepada Prof. Ichiro tentang bagaimana terbentuknya kefasihan beliau berbahasa Melayu. Beliau berkisah tentang penyelia beliau ketika di Universiti Malaya dahulu.  

Beliau menyatakan bahawa beliau dipaksa untuk menulis dalam bahasa Melayu dan tidak dapat melupakan perkara tersebut. Pada awalnnya beliau berasa sukar, namun beliau berpegang pada satu pepatah Melayu;

"Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"


Dalam pada itu Naib Canselor UKM, yang juga panel pada program itu banyak menghuraikan tentang pengisian buku yang secara jelas menunjukkan kekayaan Johor pada ketika itu hanya sebatas permainan pihak kolonial. Banyak daripada hasil kekayaan di Johor digunakan dan disalurkan kepada kawasan Koloni British yang lain seperti Jamaica.

Ketika era ini, kepakaran profesional terlalu bergantung kepada pihak luar. Tiada rakyat tempatan yang mampu untuk menguruskan perbendaharaan dan pengurusan kewangan sendiri. Walhasil, mereka yang dianggap penjadi penasihat, menjadi "punahsihat".


(Buku yang dibincangkan)


(Maklumat ringkas tentang buku yang dibincangkan)

Hal 3 - Pinjaman Pelajaran

Aku hadir ke pejabat PTPTN di Bukit Kajang. Ada urusan sikit yang perlu diuruskan fasal pinjaman pelajaran. Kita ini pelajar, mana ada duit sangat. Jadi, kena berjimatlah. Alhamdullillah, semuanya dimudahkan. Aku siap parkir apa semua dalam jam 1524. Aku masuk ke dalam pejabat PTPTN cawangan Kajang itu, ambil nombor giliran, nombor dipanggil, isi borang dan urusan selesai pada jam 1534. 

Wah, pantas sungguh ! Aku siapkan semua dalam masa 10 minit sahaja. Alhamdulillah, sebenarnya aku puasa waktu itu. Apabila melintas di kaki lima kedai-kedai aku terpikat sebab ada terbau aroma kopi. Bila aku mencari, sebenarnya aku sedang berjalan di hadapan ZUS Coffee. 

Aku dulu pun pernah berkerja di salah satu cawangan ZUS Coffee. Aku memang suka berkerja sebagai barista. Buat air dan bersembang dengan pelanggan. Mungkin terispirasi dengan pekerjaan bartender. Pekerja barista pun ada "bar" tersendiri. Tak perlulah aku meletakkan diri dalam ruangan yag syubhah pula.

Hal 4 - Melepas Lelah

Sebelum aku pulang ke rumah. Aku singgah di masjid berdekatan rumah aku. Memandangkan waktu Asar sudah masuk dan alang-alang sudah berhampiran. Aku sempat bersantai di dalam kereta sambil melayan halwa telinga dengan muzik era 90-an. Soft-rock, lagu jiwang...

Aku sampai di perkarangan rumah dalam jam 1700. Namun begitu, sekali lagi; aku sengaja untuk kekal di dalam kereta. Berlama-lama, menikmati hawa dingin yang tidak wujud di dalam rumah aku. Rumah aku beratapkan zink, justeru mustahil hawa dingin daripada kompresor akan wujud.

Aku sengaja melayan lagu Hindustan, dangdut dan juga beberapa lagi lagu jiwang...

Menunggu waktu berbuka, aku melayari dan hanya menonton video menarik melalui aplikasi TikTok. Ada yang buat aku tergelak, tersenyum sendiri, insaf dan pelbagai rekasi lain. Tiktok kini, lebih banyak menapilkan manfaat di samping hiburan, Ramai yang menjadikan pelanatar itu sebagai tempat mencari rezeki dan juga berkongsi penegtahuan. 

Aduhai, masih banyak lagi yang perlu aku lakukan. Minggu 5 memang sangat padat!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

#3 Satu Wawasan dan Tujuan

# 28 Rasa di Antara Baris

#24: Sedikit Catatan untuk Dikongsi

#5 Pelbagai Kisah

#7 Catat yang Kecil