#48: Bagaimana Melukis Pelangi Senja?

Sesi 2025/2026, Semester 1, Minggu 12

20251230, Selasa

Aku terfikir lagi. Biasan di balik hujan yang turun membasahi bumi. Bukanlah hakikat sebuah cerita yang pasti. 

Seringkali kanak-kanak dimomokkan dengan pelbagai cerita rakyat di seluruh belahan dunia. Kata orang-orang, ada tempayan emas di hujung pelangi, lengkung pelangi sebenarnya seekor naga yang turun minum air di tasik, jangan menunjuk pelangi jika tidak mahu jari kudung. 

Pelangi.

Satu fenomena alam yang hanya muncul apabila adanya titisan air dan juga cahaya matahari. Aneh juga, mengapa hujan malam hari tidak dapat menzahirkan pelangi sedangkan biasan cahaya bulan ada?

Oh, benar! Cahaya bulan hanya biasan cahaya mentari. Bukan cahayanya sendiri. Begitu juga pelangi, satu fatamorgana indah yang hadir sebagai bentuk suci manifestasi sebuah pengharapan yang sepi.

Indah, cantik dan menawan. Setiap warna tidak mendahului yang lain. Mengikut turutan dan juga aturan Tuhan. Hadir sekali-sekali sebagai bukti ada dan tidak pernah pergi. 

Senja pula sebuah yang janggal....

Bagaimana sebuah tempoh getir dapat dinikmati oleh mereka yang masih lalai dengan pelangi?

Senja itu bukan satu permainan tetapi hakikat kehidupan. 

Awan jingga yang bergerak perlahan. Angin sepoi menyentuh hati yang rawan. Dakwat merah yang manghiasi bumi Tuhan. 

Oh, jika nanti sebuah pelangi senja itu datang. Hadir. Zahir. Muncul.

Bagaimana keduanya dapat menyatu, membentuk sebuah lukisan indah yang dapat dinikmati?

Senja yang dibalut dengn hempasan ombak, taburan pasir putih dan jeritan peniaga yang bertebaran di sepanjang jalan. 

Pelangi dan Senja.

Adakah itu satu ketaksaan?

Satu perbandingan?

Satu keterujaan?

Satu jeritan? 

Jeritan senyap....

Senja dan payung alam tidak dapat menidakkan kehadiran tirai hari yang berlabuh. Dermaga juga terhenti tugas. Menghormati hadir hilal dan badar. 

Sesekali qamar juga timbul setelah seharian sembunyi di balik zolam.

Fikir aku ini mungkin merpapu, namun aku masih tidak tahu. Bagaimana aku dapat melukis?

Melukis itu Sang Pelangi Senja.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

#62: Perbincangan Yang Menjengah Minda

#87: Pecahnya Empangan Rasa

#3 Satu Wawasan dan Tujuan

#61: Manis Di Mulut, Singgah di Paroi

# 28 Rasa di Antara Baris