#32 Catatan Pawagam: Kelip-Kelip, Surat, dan Persoalan Tentang Persahabatan Dalam Filem Your Letter (2025)
20251108, Sabtu
Hai, Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera !
Apa khabar semua! Harap semua sihat. Hari ini aku pergi menonton filem. Aku dapat tahu tentang filem ni masa iklan ketika aku menonton filem Sore sebulan lalu.
Sengaja aku memilih untuk menonton filem ini memandangkan aku amat tertarik dengan iklan acah yang dimuat naik di internet. Satu lagi aku tertarik juga kerana filem ini dari Korea Selatan.
- Bagaimanakah sebuah perhubungan antara lelaki dan perempuan boleh wujud sebagai kawan ?
- Bagaimanakah seorang kawan masih boleh dipercayai hanya kerana sebuah perkara kecil ?
- Sejauhmanakah hubungan kawan antara lelaki dan perempuan akan kekal sebagai kawan ?
- Mengapakah aku melihat amat mudah untuk mereka lelaki dan perempua berkawan ? Lebih jelas dalam perkumpulan tanpa ada apa-apa perasaan ?
- Watak perempuan So Ri bersungguh mengikuti arahan dan permainan dalam surat yang dijumpai meskipun tidak pernah berjumpa penulis sebenar.
- Mengapakah begitu mudah untuk mereka gelak ketawa dengan seseorang yang mereka baru kenal?
- Adakah menjadi biasa untuk kawan-kawan memberi sokongan kepada kawan yang lain siap buat sepanduk dan kain rentang ?
- Adakah aku terlalu pelik kerana berfikir sebegini ?
"Kelip-kelip bawa awak cari orang yang awak ingin jumpa"
Ayat itu juga yang mengingatkan So Ri kepada kenangan masa kecilnya bersama Ho Yeon di hospital kanak-kanak. Suatu nostalgia yang akhirnya dapat menjadi sebuah ingtan kepada pertemuan kembali.
Ada satu lagi adegan ketika So Ri berasa gelisah ketika dalam perjalanan menaiki kereta api dan rakan kawan lelakinya mengenggam tanggannya untuk menenangkannya. Aku fikir itu agak bertentangan dengan budaya Melayu-Islam. Aku cuba melihat dalam konteks yang sedikit luas, adakah normal seorang kawan lelaki bertindak begitu kepada seorang kawan perempuan ? Aku masih kurang periksa.
Walau bagaimanapun, tidak mengapalah. Secara keseluruhan aku seronok untuk menonton filem ini. Sedikit kecindanan, ketika tayangan hanya ada aku dan seorang lelaki sahaja di dalam pawagam itu.
Aku rasa itu sahaja dulu, tidak layak juga digelar ulasan filem kerana aku hanya bercerita pengalaman. Sampai jumpa lagi nanti! Insya-Allah!

Ulasan
Catat Ulasan