#26 Catatan Lama Cuti Semester
20250903, 2142
Hai, Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar semua ? Harapnya semua dalam keadaan yang sihat walafiat belaka. Insya-Allah.
Pernah tak kalian terfikir yang apa yang kalian punya sekarang ini tidak seindah orang lain ? Ya, orang lain boleh bercuti. Melancong dan juga berjalan-jalan jauh. Kau hanya duduk di rumah dan mengulang rutin yang sama. Kalau boleh sudah pasti kau juga akan berbuat perkara yang sama. Aku ? Tidak pasti.
Namun, kita kadang kala terlepas pandang. Diri kita juga sering dicemburui oleh pihak lain. Baiklah sekarang cuba kalian diam sejenak dan fikirkan semula apa yang kalian buat dalam tempoh seminggu ini. Pastinya, kalian akan berasa lelah bahkan terluoa kerana perkara-perkara hebat yang kalian lakukan terasa biasa.
20250904, 2326
Hai, Assalamualaikum dan selamat sejahtera !
Hari ini sudah masuk 4 September. Maknanya, banyak sudah hari-hari yang berlalu dalam cuti semester kali ini. Aku masih ada banyak buku yang aku perlu baca. Aku masih ada banyak tempat yang aku perlu lawati. Aku masih mahu untuk menjadi yang terbaik daripada diri aku yang semalam. Boleh jadi apa yang aku cuba buat selama ini masih banyak yang kurang, tapi aku cuba untuk buat sebaik yang mungkin.
20250905, 0031
Hai, Assalamualaikum dan selamat sejahtera !!!
Sebenarnya aku cuba nak cari sebab kenapa aku jadi macam ni. maksudnya kenapa tiba-tiba aku jadi macam kecundang ? Lagi satu aku cuba nak jadi lebih baik untuk jadi lebih baik ? Berniaga ? Aku cuba untuk jadi apa yang mungkin berlaku nanti ya ?
Ulasan
Catat Ulasan