#25 Ulasan Filem, Sore: Isteri Dari Masa Depan (2025)

 


Filem Sore: Isteri Dari Masa Depan (2025)

Assalamualaikum dan hai, selamat sejahtera!

Bersama aku lagi, kali ini aku pergi menonton filem Sore. Bukan apa sebab iklan di kaca televisyen bukan main menggalakkan. Aku sebenarnya saja melihat di dalam aplikasi kalau-kalau ada filem yang menarik dengan bajet yang murah. Memandangkan ini minggu pertama mula pengajian dan aku juga masih mencari hala tuju dan motivasi. Aku pergi pada 20251008.


🎬 Tajuk: Sore: Isteri Dari Masa Depan (2025) 📅 Tarikh Tonton: 8 Oktober 2025 🏢 Lokasi: TGV Ampang Point , harga ahli RM10


Alhamdulillah, dapatlah tiket untuk filem yang bagus memang sungguh menarik. Aku beli tiket melalui aplikasi TGV dengan harga ahli dapat tonton dengan harga RM10 sahaja.


Cerita ini mengisahkan tentang watak utama, Jonathan yang berjumpa dengan isterinya dari masa depan yang bernama Sore. 

“Hei, aku Sore. Isteri kamu dari masa depan”


Aku mengikuti filem dari awal hingga akhir, yang menariknya bagi aku ada permainan waktu di situ. Bahkan, dalam bahagian kredit. Salah satu watak yang dinytakan ialah Waktu.


Dalam filem ini, ada beberapa perkara yang aku suka untuk notakan.

  1. Masa yang berlalu tidak akan berulang lagi

  2. Kita perlu sentiasa ambil peluang yang ada untuk melakukan lebih baik. Pilihan kita hari ini yang akan menentukan masa keadaan di masa depan.

  3. Minat kita mungkin berbeza namun apa yang kita buat dengan minat dan usaha yang jitu tidak akan pernah sia-sia


Ada satu babak ketika Sore diambil bekerja oleh seorang pemilik butik. Kemahiran dia berbahasa Croatia. Ada satu ayat yang pemilik butik tu cakap, 


“Ada tiga perkara yang tidak boleh ubah. Masa lalu, sakit dan kematian.”


Sore yang datang dari masa depan ingin mengubah Jonathan untuk hidup dengan gaya hidup yang lebih sihat dan meninggalkan tabiat  merokok serta minum arak. Namun begitu, Jonathan tidak juga berubah dan sering merokok secara senyap dengan memberi pelbagai alasan. 


“Perubahan mesti datang dari diri sendiri”

Bagi aku ayat itu memang ada kebenarannya, dan bertepatan dengan al-Quran. Allah berfirman dalam surah Ar-Ra’d ayat 11;


“Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.”


Jonathan setelah mengalami beberapa siri pengulangan waktu mula mencapai kesedaran yang lepas. Konsep di sini lebih kepada permainan dimensi dan juga teori relativiti masa. Ditambah pula dengan latar Artik yang dikatakan tidak mempunyai zon masa. Hal ini seterusnya membuatkan jalan cerita lebih masuk akal. Apabila minda bawah sedar Jonathan mula mencapai kebenaran dalam ingatan. Perkara yang berulang dengan latar dan masa yang sama. Cuma, watak yang biasanya ada menyatakan kekosongan yang memandu kebiasaan. 


Secara keseluruhan aku rasa perkara ini menarik dan dapat menjadi suatu bentuk didaktik terhadap banyak perkara dalam kehidupan. Walau bagaimanapun, mesej utama yang aku dapat tampilkan ialah peranan waktu yang sangat berharga.


Setakat itu dahulu untuk kali ini. Semoga kita berjumpa lagi dalam entri seterusnya.

Assalamualaikum dan sampai jumpa!


Aiman Nazaruddin

20251102, 1426



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

#3 Satu Wawasan dan Tujuan

# 28 Rasa di Antara Baris

#24: Sedikit Catatan untuk Dikongsi

#5 Pelbagai Kisah

#7 Catat yang Kecil