#19: Universiti dan Pendidikan

 14 Ogos 2025


Assalamualaikum dan hai !!! Selamat Sejahtera !

Bagaimana dengan keadaan semua orang ? Alhamdulillah, insya-Allah semuanya dalam afiah dan sihat sejahtera. Penulisan kali ini mungkin aku nak bercerita tentang pengalaman aku di universiti mungkin ? Atau aku nak buat ulasan buku ? Menarik juga ya ?!


Universiti

Semua orang ambil maklum yang aku dah satu tahun masuk universiti. Insya-Allah jika tiada aral melintang aku akan kembali ke kampus dalam suku keempat tahun ini untuk meneruskan pengajian yang  masih berbaki 2 tahun. Sekejap je kan ? Tinggal dua tahun sahaja lagi, dah nak konvokesyen dah!


Aku belajar apa ? Oh, ya! Aku pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia dalam program Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Persuratan Melayu). Kadangkala, orang tak faham aku ni belajar apa. Jadi, aku akan terangkan sebagai sastera dan budaya Melayu. Mungkin ada yang pandang sebelah mata dengan apa yang aku belajar. 


Awalnya aku pun rasa begitu, namun selepas setahun di sini dan belajar aku rasa seronok. Bidang ni memang terasa dekat dengan aku. Ramai kawan-kawan aku yang memilih untuk sambung bidang yang dapat high demand dan sering menjadi buah mulut masyarakat kini. Jurusan macam IT selalu jadi pilihan utama. Aku juga hairan bagaimana mereka boleh tahu dan aku tidak tahu.


Aku perasan juga biasanya mereka dapat pendedahan daripada ibu bapa, saudara-mara dan mungkin hasil penelitian kendiri. Aku terfikir mengapa orang yang dalam kesusahan tak dapat maklumat macam tu ? Maksudnya, kenapa mereka tak pernah dimaklumkan ? Akhirnya, aku sedar. Pendidikan memang langkah terbaik untuk menambah baik taraf hidup. 


Bila kita ada pendidikan, kita ada ilmu. Kita akan mudah untuk mendapatkan maklumat dan ringan untuk mencari tahu segala perkara dengan baik. Orang lain tak boleh nak tipu kita. Macam zaman dulu, golongan yang berpendidikan inilah yang mengorak langkah untuk memperjuangkan sesuatu kemaslahatan umat. Di dunia Barat, dunia Islam bahkan dunia Timur.


Pendidikan di seluruh belahan dunia

Di Timur, negara China sejak awal sudah ada sistem pendidikan dan peperiksaan yang bersifat pusat untuk memastikan kecerdikan dan membezakan taraf. Setiap menteri atau pembesar di istana dulu ketika zaman pemerintahan dinasti-dinasti mesti lulus dalam ujian peringkat kebangsaan.


Dunia Islam melihatkan bagaimana setiap ilmu itu mestilah berguru dan memiliki sanad. Setiap juz’ ilmu pasti ada orang yang mahir dan kemudian dikembangkkan lagi pengetahuan mengikut masa dan ‘uruf setempat. Pembinaan perpustakaan agung Baitul hikmah menjadi bukti nyata tentang pentingnya ilmu dalam kehidupan. Islam tidak terhad pada ilmu agama sahaja, Bahkan segala ilmu yang boleh memberi manfaat kepada umat seperti ilmu astronomi, algebra, matematik, perubatan, bahkan sehingga ilmu yang berkaitan dengan metafizik.


Dunia Barat pula sejak zaman Plato, beralih kepada zaman gelap (Dark Ages), zaman Pemberontakan (Renaissance) dan juga zaman Pencerahan (Enlightenment). Perkembangan ilmu itu berlangsung dengan pesat dalam pelbagai bidang. Selepas kejatuhan Kerajaan Abbasiyah, dunia Barat seperti England, Perancis dan Rusia mula untuk mengambil alih peranan keilmuan sejagat dan mendakwa merekalah pemula kepada segala bentuk pemodenan. 


Ilmu atau dalam bahasa Inggeris knowledge amat penting untuk kita kecapi dan dapatkan sebaiknya. Mungkin, ada sesetengah keluarga yang tidak berpeluang untuk mendapatkan kemudahan untuk belajar. Oleh hal yang demikian, itu tanggungjawab bersama untuk memastikan semua orang ada akses kepada pendidikan. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW, “Sampaikan daripadaku walau satu ayat”


Hidup di Universiti


Di universiti, semua itu akan tercapai. Aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menyambung pendidikan di peringkat tertier di kala ramai dari kawan, rakan dan kenalan aku terpaksa melupakan hasrat itu. Aku pernah terfikir juga dulu, kenapa aku sambung ya ? 


Pada waktu itu aku rasa kau rasa perkara itu jadi satu keperluan untuk melengkapkan hidup ini. Dah jadi satu kebiasaan untuk anak-anak sekarang sambung belajar ke universiti. Ramai yang berjaya ubah kehidupan mereka selepas tamat belajar… Ya, ubah kehidupan, ubah nasib keluarga… Mungkin Itu salah satu sebab kau sambung pelajaran kan ?


Kenapa aku pilih UKM ? 

Dekat dengan rumah ? Guna bahasa Melayu ? Mungkin sebab identiti kebangsaan. Entahlah, rezeki rasanya. Alhamdulillah! 


Di universiti sungguh berbeza dengan di sekolah. Kalau kau dapat buat kawan rapat, itu dah lebih dari cukup dalam konteks sosial. Di sini, semuanya nafsi-nafsi (diri sendiri). Tiada sesiapa yang aku ambil berat fasal kau, tiada siapa yang akan tanya kau dah makan atau belum, tiada siapa yang akan duduk bersemabang dengan kau kalau hanya sembang fasal akademik.


Mungkin sebab itu juga, aku tak dapat kolej kan ? Aku boleh balik rumah setiap hari. Dapat jumpa keluarga aku hari-hari ? Penat ? Mana ada kerja yang tak penat… Duduk menunggu pun boleh penat,  apatah lagi berjalan dan mengharungi trafik setiap hari.


Aku ada mohon universiti lain tak ?


Mestilah ada! Aku ada mohon UPM, UM dan UIA juga. Aku pilih yang dalam Lembah Klang sahaja. Mudah kalau jadi apa-apa boleh balik rumah. Aku minat nak sambung undang-undang. Dulu, impian aku tu satu sekolah tahu. Satu sekolah dengan yang aku cakap aku nak ada firma guaman sendiri. 


Sekarang ? Aku belajar sastera. Mungkin aku nak jadi penulis pula ? Ramai juga yang cakap aku ada bakat dalam penulisan. Aku pun kurang periksa sebenarnya, aku aminkan sahaja. Cuma, aku minat mengajar. Aku terfikir juga nak sambung belajar lagi supaya dapat jadi pensyarah. Manalah tahu kan ?


Buat mereka yang rasa susah jika tiada duit untuk sambung belajar. Kalau boleh jangan jadikan itu satu alasan untuk tidak sambung belajar. Kalau kita ada kesungguhan ramai orang boleh bantu kita, insya-Allah. Pendidikan salah satu jalan yang boleh ubah taraf hidup kita. 


Jangan pernah berhenti belajar !!! 


Aku rasa itu saja kali ini. Terima kasih sudi membaca. 

Jumpa lagi !!!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

#3 Satu Wawasan dan Tujuan

# 28 Rasa di Antara Baris

#24: Sedikit Catatan untuk Dikongsi

#5 Pelbagai Kisah

#7 Catat yang Kecil