#14: Pawagam Selepas 15 Tahun
3 Ogos 2025
Assalamualaikum dan hai! Semua harap baik-baik sahaja dan terus kekal sihat ya!
Sudah masuk 3 minggu aku tamat pengajian tahun 1 dan aku belum lagi dapat pekerjaan. Aku terfikir kenapa ya ? Kenapa susah sangat orang nak ambil aku bekerja ? Aku pelik juga… Tapi mungkin belum rezeki aku lagi.
Apa yang aku buat sepanjang cuti ni ? Soalan yang menarik. Aku banyak baca buku dan baca artikel. Ya, mungkin ada orang beranggapan mana ada orang yang baca buku semasa cuti. Namun, daripada tidak berbuat apa-apa, bukankah lebih baik aku mengisi masa dengan membaca ? Setidaknya aku boleh kumpul dan dapatkan pebgetahuan baharu. Jika ada yang baca pos aku sebelum ni, begitulah banyaknya buku-buku yang aku ada dan aku perlu habiskan baca semuanya dan sebaiknya.
Aku ada beberapa perkara yang aku nak cuba tekankan di sini. Mungkin sekadar mahu bercerita, kan ? Tidak mengapalah… Oh, ! Aku fikir lebih baik jika kau jadi layaknya seorang pendengar, bukan ?
Malam semalam, tepatnya 2 Ogos lebih kurang jam 2230. Selepas 15 tahun, akhirnya aku telah sekali lagi menjejakkan kaki aku ke dalam pawagam. Ya, kali terakhir aku ke pawagam menonton filem ketika aku darjah 1 bersama Abi dan Akhi menonton filem Rio (2011). Itulah kali pertama, sebuah skrin besar dan mesmerizing! Menyorot beberapa hari sebelum, aku saja menatap skrin telefon dan melayari beberapa laman sesawang pawagam seperti TGV Cinema, One Cinema dan juga Golden Screen Cinema. Maklumlah, sekarang ni sedang hangat filem anime Demon Slayer diperkatakan.
Aku tak minat sangat tentang cerita Inggeris dan sebagainya. Ketika aku melayari aplikasi TGV, aku tertarik dengan sebuah poster filem. Tajuknya Tak Ingin Usai Disini. Sebuah filem Indonesia. Aku menonton trailer dan sungguh menarik. Mungkin juga, sebab keadaan diri aku sekarang yang terasa kosong. Aku teringin sangat nak menonton filem tu. Tapi, aku terfikir macam-macam halangan. Masa, tempat, dana…. Aku hanya simpan dan diamkan saja.
Tekad
Sampailah semalam aku maklumkan pada Abi dan Ummi yang aku nak pergi menonton wayang dan Ummi berikan aku sedikit dana ehsan untuk aku. Aku terasa sebal kerana sebagai seorang remaja lelaki aku masih lagi bergantung harap pada duit daripada ibu bapa. Aku berfikir daripada pukul 7 petang sampai lah jam 10 malam… Aku bertanya pada Professor C tentang kewajaran aku pergi menonton filem tu. Respon beliau masih bersifat terbuka dan tidak memaksa. Sehinggalah Abi kata, pergi sahaja menonton wayang tersebut. Nanti kalau dah masuk pengajian semula, sukar pula untuk pergi tonton lagi.
Aku bulatkan tekad dan terus tempah tiket melalui aplikasi TGV. Aku dapat tiket harga Movie Club Member (MVC). Maksudnya ? Aku dapat harga paling murah. Aku bertolak ke Wangsa Walk Mall dari jam 2200 dan tiba pada jam 2220. Tayangan pada jam 2240.
Aku mundar-mandir di kaunter dan lobi menunggu. Aku ada masa sebelum tayangan bermula dan membaca sedikit. Alhamdulillah, aku sempat untuk baca buku hari itu. Hari sebelumnya, 1 Ogos aku tak sempat membaca apa-apa buku walaupun satu halaman.
Aku pun tak tahu kenapa aku cuba tulis dengan begitu terperinci. Kalau ikutkan bukan ada orang yang akan baca panjang-panjang ni. Jadi, gwenchana-yo !
Ulasan Filem
Bagi aku cerita ini sangat bertentangan dengan nilai Melayu-Islam. Daripada segi pergaulan dan nilai. Mungkin sebab filem ini merupakan adaptasi yang disesuaikan berdasarkan filem Korea More Than Blue (2009). Namun banyak bahagian yang akan menyentuh penonton dan pengorbanan yang dibuat oleh kedua-dua watak utama iaitu K dan Cream. Aku dapat mesej dia tapi aku mengkritik bentuk pergaulan yang dipaparkan.
Trailer Tak Ingin Usai Disini (2025)
Persoalan ?
Ada banyak persoalan yang aku suka nak bangkitkan. Bukanlah persoalan tentang kajian tapi persoalan yang aku tertanya-tanya.
Kenapa perempuan suka untuk emotional attach walaupun mereka tak pernah pun berniat untuk go further in term of romantic ?
Kenapa perempuan lebih mudah bertindak agresif semata-mata untuk sesuatu perkara yang mereka tak rela ?
Kenapa perempuan sengaja menguji sesuatu perkara yang mereka sudah tahu ?
Kenapa perempuan bertindak mengambil gambar dengan segala detik dalam hidup mereka ? Dalam kisah ini watak Cream sentiasa menggunakan kamera polaroid.
Kenapa perempuan boleh bersikap bold dalam berperasaan sedangkan mereka tahu lelaki sudah jatuh cuma belum mampu untuk menyampaikan kerana sedar akan segala kelemahan ?
Kenapa perempuan memilih untuk menjadikan segala urusan perasaan dengan sentuhan ?
Hubungan dari SMA (Sekolah Menengah Atas) sehingga selesai kuliah di universitas satu tempoh yang lama. Mengapa perempuan pilih untuk kekal dalam ketidakpastian untuk menaruh satu kedekatan yang mungkin tidak menjamin apa-apa?
Persoalan aku ini lebih menjurus kepada perempuan, watak Cream kerana aku cuba untuk memahami. Dari sudut K, aku mampu untuk memahami sebagai seorang lelaki.Orang suka cakap aku ni banyak tanya, sedangkan aku nak tahu. Perempuan bertanya sebab dia dah tahu… Bezakan ?
Apa-apa pun aku sangat menghargai waktu yang aku luangkan untuk menonton filem tu. Bagi aku satu pengalaman yang semakin membina pemikiran kritis aku dan mengasah daya fikir.

Ulasan
Catat Ulasan