#24: Sedikit Catatan untuk Dikongsi

 20250911, 1306


Assalamu’alaikum, hai dan selamat sejahtera !


Penulisan kali ini sebenarnya aku nak kongsi tulisan aku dalam buku catatan aku. Bila tiada tempat untuk bercakap, aku biasa menulis di buku nota. Orang selalu rasa ingin tahu apa yang aku tulis dalam buku tu. Sampai ada orang yang nak tengok apa-apa aku tulis. Aku tak kisah sangat aku bagi saja baca. 


Catatan 20250805, 2310

“Aiman ? Sibuk kah ? Jom buat refleksi sikit ? Nak ? Okay, kadang-kadang boleh jadi perkara yang kita nak tu ialah perkara paling teruk yang kita tak perlu pun dapatkan dan Tuhan dah hindarkan. Boleh jadi sesuatu perkara yang kita nak sangat ialah keburukan untuk diri kita. Tuhan sayang dan Tuhan elakkan… 

Aiman mungkin kau terlupa. Sebenarnya, Allah SWT dan Rasulullah dah banyak beri bantuan, cuma mungkin kau lupa guna cermin mata. Kau kan rabun ? Aiman sebenarnya, kau dah buat mungkin lebih baik daripada semua orang… 

Kau baca buku di saat orang lain hanya bermain permainan video, kau baca artikel di saat orang lain hanya membuang masa membaca artikel hiburan. Kau banyak bantu Ummi dan Abi… 

Duit yang kau dapat, kau beri pada Ummi dan Abi sedangkan mereka tak pernah minta pun. Aiman kau dah buat yang terbaik dan semampunya… 

Kau tak perlu untuk buktikan diri kau pada sesiapa Aiman. Allah Maha Melihat segala perbuatan, Allah Maha Mendengar segala perkataan, Allah Maha Mengetahui segala fikiran. Aiman doa yang kau panjatkan… 

Tak sia-sia, ada hasilnya dan mungkin kau belum nampak lagi… Kalau nanti segala hikmahnya telah terzahir aku yakin dan pasti kau akan bersujud syukur dan tak henti-henti memuji Tuhan… 

Aiman… 

Jangan pernah mengalah! Kalau jatuh usahakan lagi. Kalau jatuh tersungkur tak mampu berdiri, mengesotlah, tak mampu ? Merangkaklah. Tak mampu ? Jeritlah sekuat hati. Orang yang tak pasti akan mengalah… 

Aiman… Kau tak keseorangan… Boleh jadi ada juga mereka di sebelah sana yang sama-sama berjuang. Sama-sama diam. Bukan kerana tak mahu… kerana tak mampu… Aiman ingat ni, walau dalam apa jua perkara. Satu, Allah dan Rasul. Dua, Ummi dan Abi. Tiga, keluarga… Sebaik apa pun orang di sana, sungguh hanya keluarga yang akan menolong bila kita kesusahan… Aiman aku merayu… Jangan sia-siakan peluang yang masih tersisa ini. Kau berhak berjaya ! Kau berhak bahagia ! Jaga diri ya ! Assalamualaikum… Tuan! 

Sampai jumpa lagi”


Catatan 20250806, 0023

“Cara memantaskan diri:

  1. Sempurnakan segala tugasan, jangan bertangguh

  2. Jadilah yang aktif di kelas, jangan tidur sahaja

  3. Kemaskan rambut

  4. Masuk usrah/dengar tazkirah”


Catatan 20250807, 0217

“Buat kau yang berada jauh di perantauan. Jangan pernah bimbang dengan satu pun dusta yang mereka lemparkan. Aku masih percaya yang kebenaran akan terungkap juga. Jangan pernah rasa kau sendirian. Allah sentiasa ada dan kau sangat baik. Allah tidak akan biarkan kau sendirian. Kau akan sentiasa dibantu oleh orang-orang baik di sekeliling kamu juga. Ramai orang baik yang pernah mengalami ujian tanpa pernah rasa sesuatu itu membebankan. Boleh jadi ini semua ialah penghapus dosa ? Jadi, jangan nangis lagi. Saya sedang usahakan sebaiknya… Saya akan cuba yang saya mampu. Jangan putus asa, jangan rasa putus harap. Insya-Allah, Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui segala penat jerih yang kamu dah buat. Saya sedang dengar lagu My Heart. Ya, nyanyian Acha tu… Mungkin saya bukan macam orang lain, tapi jangan pernah rasa benda itu tak mungkin.”


Aku rasa itu dulu masa ini. Kita jumpa lagi di lain masa, ya !


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

#3 Satu Wawasan dan Tujuan

# 28 Rasa di Antara Baris

#5 Pelbagai Kisah

#7 Catat yang Kecil