#2 Catatan Pertama
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Hai, nama saya Aiman Nazaruddin, selamat datang ke laman blog saya. Sebenarnya , ini bukan kali pertama saya menulis (menaip lebih tepat), cuma sejak akhir-akhir ini saya rasa saya nak cuba aktif menulis. Oh ya, saya tiada Instagram, tiada laman X dan tiada Tiktok. Saya lebih selesa untuk jadi orang yang konvensional tanpa meneafikan perkembangan arus perdana.
Ini kali pertama yang cuba untuk mula menjadikan laman blog ini, sebagai satu wadah untuk saya terus menyampaikan pemikiran saya. Saya tak tahu nak mula daripada mana, mungkin saya akan mula berkongsi tentang perjalanan hidup saya ? Banyak juga perkara yang saya nak kongsikan, banyak peristiwa yang berlaku.
Saya bukanlah seorang yang suka bergaul sangat. Hmm... macam mana saya nak cerita ya ? Bila saya jumpa orang, saya suka tanya soalan. Kadang-kadang orang rasa pelik. Saya akan tanya nama penuh, tempat tinggal, asal mana, belajar mana. Saya nak tahu tentang orang yang saya sedang berhadapan, saya suka bersembang dua mata, sambil hirup kopi. Terkadang, tempat dan suasana juga boleh mempengaruhi topik dan atmosfera perbincangan.
Kalau bersembang di kafe, dengan segelas air kopi dan sepiring hasil bakeri mungkin perbincangan akan jadi lebih berat memandangkan dana yang dibelanjakan juga agak tinggi, kan ? Jadi, saya suka berbincang dan tanya perbincangan aras tinggi. Saya tidak menafikan saya juga ada bersembang tentang orang, bukanlah saya robot dan hanya bercakap tentang fakta, data dan statistik semata-mata. Saya suka ambil tahu perkembangan seseorang daripada orang itu sendiri.
Mungkin itu sahaja buat masa ini, saya harap para pembaca boleh meraikan penulisan saya. Insya-Allah.
202050413, 2212.
Ampang, Selangor
Ulasan
Catat Ulasan