#6 Minggu yang Sibuk !!!

 20250427, 2107

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Hai semua ! Semua okay kah ? Sihat Alhamdulillah ! Mudah-mudahan semua urusan kita dimudahkan. Insya-Allah Amin. Sebenarnya minggu ini aku tak tahu nak cakap macam mana, nak cakap penat tapi okay sahaja. Nak cakap lelah, entahlah… Kalau aku nak cerita, mungkin banyak kan ? Jadi, aku cubalah cerita sepanjang minggu ini dari hari Ahad 20250420 sampai hari Sabtu 20250426. 


AHAD, 20250420

Hari ini sepatutnya aku hadir majlis jamuan raya, tapi kawan aku tu macam tak ingatkan pula. Lagi pun, aku ada cakap juga tak janji akan turun. Secara kasarnya, hari Ahad aku balik kampus  dan sampailah dalam pukul 1600. Malam tu pula ada mesyuarat dalam talian. Ada dua mesyuarat satu mesyuarat kelab, satu lagi mesyuarat kelas. Jadi, aku cubalah masuk dua-dua, alhamdulillah. Banyak juga perkara yang dibincangkan. Aku masuk tidur lewat juga rasanya malam tu dalam pukul 0130 sebab nak siapkan penulisan blog, senarai nama budak kelas, pening berfikir… Begitulah



ISNIN, 20250421

Pagi ini aku bangun dan bergegas siap-siap ke kelas. Hari pertama kami kami semua satu kelas pakai baju korporat yang telah siap ditempah. Masuk kuliah dari jam 0800 sampai 1000. Ada kelas lagi jam 1200-1400. Sementara menunggu tu, aku adalah turun gerai jualan budak kelas untuk penjanaan dana program. Lama jugalah duduk di situ. Tak lama tu kami balik ke bilik. Oh ya kami puasa sunat syawal hari ke-4 ! Menarik juga sebenarnya. Ada juga berswafoto dengan rakan sekelas. Maklumlah semua pakai baju seragam sahaja. 


Kemudian, kami hadir kuliah kursus Puisi Melayu. Kami belajar banyak perkara. habis kelas, satu kelas bergambar tapi tak lengakap juga sebab ada yang terpaksa bergerak awal kerana ada kelas. Kami pula pula menjaga gerai jualan daripada pukul 1400 sampai 1600. Jagalah kami… ada juga berbual dengan rakan setugas banyak juga maklumat yang kami dapat, baru nak berkenalan dengan lebih rapat. Ada budak Sabah, budak Perak, budak Selangor, budak Kelantan. 


Petang kami balik ke kolej dan ziarah rakan-rakan di bilik masing-masing. Banyak kerja perlu selesai lekas. Sampai bilik, selepas siapkan diri, kami pergi duduk mengadap komputer riba. Biasa lepas Asar orang-orang keluar pergi riadah kan ? Setakat ini, kami tak sempat lagi nak keluar riadah petang-petang. Kami buat kerja sampai malam dan berbuka Nasi Goreng Cina beli di Kafe Kolej. RM 5 bolehlah kena dengan saiz hidangan. Malam, kami pergi jumpa orang pula di kelab kolej. Begitulah… 


SELASA, 20250422

Hari ini aku ada kelas bahasa Asing. Semestinya bahasa Arab. Aku ingat aku dah lambat, tapi alhamdulillah masih sempat sampai di PKBL. Menjalani kelas seperti biasa, alhamdulillah! Hari in Dr. pasang satu lagu Arab untuk kami semua dengar dan praktiskan. Lagu pertama, Qolbi fi Madinah. Nyanyian, Maher Zain dan juga Harris J. Lagu kedua pula lebuh kepada Qasidah, Law Kana Bainana. Akhirnya, aku pula dipilih untuk ketua nyanyian untuk kelas seterusnya. Tidak mengapalah. Habis kelas. Aku terus bergerak ke Fakulti Undang-Undang (FUU). Kedudukan paling hujung dalam UKM. 


Kenapa aku pergi FUU ? Oh, sebenarnya dulu aku pernah mohon untuk masuk jurusan undang-undang jadi aku tak dapat. Tambahan pula, kali pertama aku masuk UKM, FUU ialah tempat pertama yang aku datang untuk hadir temuduga jurusan undang-undang tu. Aku pergi situ dan cuba meneroka segala perkara yang mungkin. Aku tanya pustakawan tentang cara aku boleh merujuk kes-kes mahkamah. Aku suka baca kes mahkamah, lagi-lagi bila ada fakta kes yang bersifat naratif yang ada kejutan plot. 


Balik ke kolej dan siap-siap. Hadir kelas dalam talian Academic Literacy melalui MS Teams. Tapi bila kelas dalam talian aku sukar nak fokus. Bergegas dalam 1400 aku pergi ke kelas di Fakulti pula, memang terkejar-kejar. Alhamdulillah, kolej akui dekat dengan FSSK. Naik motor dalam 1 minit sahaja. Terus dengan kuliah kursus Cerpen Melayu. Minggu ni belajar fasal sasterawan negara. Banyak juga perkara yang kami tak tahu. Dr. Mawar ajar kami cara guna internet dengan komprehensif untuk kenal pasti segala jenis karya yang dihasilkan oleh setiap Sasterawan Negara.


Kuliah habis pukul 1600. Kami bergegas pulang ke bilik. Ya, sekali lagi. Siap-siapkan diri. Sembahyang dan relaks sekejap. Ada buat perbincangan dengan akan fasal tugasan juga. Baca bahan pembentangan tutorial. Bergegas lagi ke fakulti untuk kelas tutorial Puisi Melayu.  jam 1700 sampai 1800. Banyak perkara yang berlaku dan kami belajar banyak perkara lagi. Selesai kami bantu Dr untuk angkat barang ke kereta beliau. 


Kami berpuasa hari ini. Kami di bilik dan mula mengadap komputer ria. Mengarang segala pantun yang mungkin. Kami ada perjumpaan untuk pantun malam ini. Menarik ? Ya, menarik !!! Kemudian, kami berbuka, maghrib dan dalam 2045 kami sampai di bilik kebudayaan. Kami berkenalan dan cuba berlatih dan mengarang segala pantun yang mungkin. Pertemuan habis dalam pukul 2230. Agak awal, tapi untuk permulaan itu suatu pembuka yang baik. Kami masuk tidur agak lewat kerana kemudian perlu buat perkara perkeranian dan pembacaan pula. 


RABU, 20240523

Hari ini sepatutnya hari terakhir kami berpuasa Syawal. Namun ada kisahnya….


Kami bermula dengan seawal jam 0800. Kami ada perjumpaan tugasan pada jam 0900 di KPZ untuk tugasan Cerpen Melayu. Kami tiba di KPZ sudah agak lewa 0905, akan tetapi bayang mereka masih belum muncul. Mungkin merek belum sedia, kami maklumkan dan alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Selesai Perbincangan pada jam 1100. Jam 1100 kami ada pertemuan dalam talian dengan ahli kumpulan lain pula. Bincang dan habis dalam 1135. Ada masa lagi ni… 


Kami terus bertolak balik ke rumah di Ampang. sebenarnya kami ada mesyuarat pada jam 1400 untuk kursus lain pula. Masya-Allah, kami rasa kami sibuk… tapi mungkin orang lain lebih sibuk daripada kami. Itulah antara ayat yang kami lafazkan. Kita patut bersyukur sebenarnya. Sampai di rumah dalam jam 1210, di sinilah kami berbuka dan terus makan, rehat dan bersantai sebentar.  Nak lelapkan mata tapi tak sempat,


1345 terus kami bergerak semula ke kampus Bangi. Kalau bawa laju sepatutnya kami sampai dalam jam 1415. Agak lewat sikit 1420 sebab cari bilik mesyuarat. Duduk lah kami mesyuarat dalam tu sampai jam 1515 adalah dalam satu jam juga. Banyak soalan yang ditimbulkan, Ini subjek universiti dan semuanya perlu untuk hadir. Saya ? Betul ! Sekali lagi perlu jadi wakil untuk kelas saya….


Balik ke bilik dan bawa balik makanan juga. Hari in hari Rabu ? oh, hampir terlupa esok ada perjumpaan HPM!!! Terus kami mesej AJK yang lain dan adakan perjumpaan pantas HPM jam 1700 di FSSK. Semuanya berjalan lancar, dan alhamdulillah. Selesai juga gimik yang nak difikirkan. Habis perjumpaan dalam jam 1815. Kalau tak salah tapi lebihlah jam 1800…


Rasa nak jalan-jalan, kami pun pergilah ke Tasik Kejut untuk berjalan, Ramai pula orang hari ini, Mungkin sebab cuaca hari ini elok, kan ? Kami pun berjalanlah habis satu pusingan tu. Menarik, satu pusingan jaraknya 1 KM. Mudah kira, tapi trek dia tak bersih, ada selut dan juga berair. Kalau nak rasa atlet, elok pergi Pusat Sukan, Stadium UKM. 


Balik bilik semula makan lagi, tadi ada makanan lebih dari mesyuarat. Oh ya, tadi pun kami ada jalan-jalan di FSSK PsiTra ada buat pameran. Kami sertai dan bermain Quizizz, menarik dapat tahu perkara baharu. Antaranya, tentang penyakit dan salah faham tentang penyakit mental yang didiagnosis bukan oleh pakar. 


Malam ni kami tak turun pantun sebab ada kerja dan program. Esok kami perlu bentang tajuk semiotik dan persediaan HPM. Jam 2000 kami di KAB, perjumpaan untuk tugasan Teori dan Kritikan Sastera pula. Jam 2100 pula, kami selesaikan urusan HPM kepad AJK Program. Ada seorang rakan nak tengok motor, kami pun layan. Bolehlah kan bawa motosikal tu. Walaupun orang lain anggap motosikal ni biasa sahaja, tapi mungkin berbeza dan gempak bagi orang lain. 


Balik bilik dan selesaikan segala bahan pembentangan dan betulkan isi esei. Tidur lewat dalam jam 0230. Ingat nak bangun balik tapi Wassalam…


KHAMIS, 20250424

Bermula jam 0730, siap-siap dan pergi ke FSSK untuk perjumpaan HPM. Sepatutnya, kami pesan ada seawal jam 0745, tapi ada juga yang terlewat. Tidak mengapalah. Perjumpaan bermula, kami dan rakan-rakan bentang bahagian kami. 1000 perjumpaan tamat. Kelas seterusnya Islam dan Kebudayaan Melayu.

 

Kelas habis awal juga. Kami dan rakan-rakan terus pergi ke DECTAR sebab ada Jamuan Hari raya. Kami sampai banyak dah habis sebab kami bertolak jam 1130 majlis habis jam 1200. Kami tak harap sangat makanan, cuma nak hadir sahaja. Pusing punya pusing, dapatlah juga makanan. Kemudian kami balik ke kolej dan makan di Kafe. Bukan sayalah, rakan-rakan. Saya puasa hari ini, hari terakhir. Adajuga bersembangdega rakan kea;s yang llian yang kebetulan masih ada di situ untuk makan tengah hari. 


Seterusnya, balik ke bilik dan berehat sebentar sambil membaiki esei dan sladi serat memahamkan untuk petang ini. Ada buat slaid untuk taklimat juga. Selepas siapka dirindan rehat sebentar, kami bergegas ke FSSK dan dewan kuliah. hari ini tiada kuliah sebenarnya, cuma kami rasa perlu untuk kami buat taklimat secara bersemuka. Taklimat ditamatkan jam 1500. Kemudian, kami berbincang dengan ahli kumpulan pula, dan buat persediaan akhir untuk pembentangan. 


Selepas itu, kami pergi uruskan buku yang baru sampai. Rakan kami Azim bantu untuk angkat sampai ke atas. Kami bentang tajuk kami dan urusakn pengedaran buku.Bawa buku yang lebih balik ke kolej. Kemudian, pergi Tasik Kejut kejap, dapat mesej ada makanan lebih di FSSK. Terus pecut.


Duduk dan berbuka puasa bersama-sama rakan. Bersembang, balik kolej dan sediakan diri. Malam pergi berlatih pantun dan ada sesi bergambar untuk promosi, dapat minum kopi banyak sangat. Habis 2330, dan balik bilik. Minum minum kopi dan masuk tidur. 


JUMAAT, 20250425

Pagi, sarapan dan nak balik. Makan Maggi dulu dan bertolak ke FSSK nak tengok rakan-rakan yang jaga gerai jualan hari ini. Santai dan bersembang, bertolak pulang dalam jam 1020. Sampai rumah dan santi sedikit, main telefon. Jumaat, dan banyak berbaring dan membaca hari ini. Ingatkan hari ini ada program lepas Jumaat. Salah tarikh pula.


Kemudian, dalam pukul 1825 bertolak balik ke UKM. Sampai di bilik dan baru tahu tiada pula perjumpaan Pantun untuk malam ini sebab ada rehearsal untuk program esok aduh. Habislah dalam ja 2230. Tidak mengapalah, kalau tahu hamba balik esok sahaja. Malam tu ada rakan datang ziarah dan minta konsultasi untuk tugasan. Alhamdulillah, kehadiran mereka juga sangat saya hargai. Tidur agak awal juga, dalam 0030 ? Awal, kan ?


SABTU, 20250426

Dalam pukul 0730 bermula. Dalam pukul 0820 bergegas hantar rakan bilkik ke Stesen Komuter UKM. Terlewat bangun sedangkan waktu naik jam 0830. Kami pun bergerak dengan menaiki motosikal. Ada program dalam talian dan entahlah… . Bengkel penulisan ilmiah. Jadi pembaca doa, hadir program dan dapat ambil manfaat. Tamat sesi 1 dalam jam 1130. Kemas-kemas dan terus balik ke Ampang. 


Sampai rumah dan makan serta rehat sekejap. Kembali dalam program sampai jam 1600 dari jam 1430. Dalam selang masa tu ada tertidur juga, maklumlah kami baca doa di awal sahaja. Selebihnya, tiada keperluan. Selesai dan sekali lagi kami bergegas untuk pulang ke UKM sebab ada pantun malam ini. Ingatan kami boleh habis segala fasal pantun ini hari Isnin, tapi sekarang cuti pertengahan semester jadi ramai yang perlu balik. 


Sampai di UKM dalam jam 1840, polis buat sekatan jalan pula depan PUSANIKA dan buat semakan stiker. Kami memang nak pergi PUSANIKA nak beli barang. Kami parkir motosikal dan terus bergegas ke aras 7. Terkejut juga sebenarnya. Kami lepak di BingXUe dan makan aiskrim. Pergi 99 Speedmart dan beli Maggi Big Kari. Dalam 1920, kami bertolak balik ke bilik di KDO. Sekatan sudah tiada. Dapat tahu pantun tak jadi. Tidak mengapalah, kami pun ingat nak balik tapi baru sampai. Lagi pun esok pagi-pagi memang ada program juga di PUSANIKA. Jadi kami tunggulah jelah samloai esok. 


Kami seorang lagi di bilik. Dua orang rakan datang lagi untuk konsultasi tugasan dan bersembang. Kehadiran mereka amat menyerikan hari kami. Tapi, kami penat dan letih, kami terlelap banyak kali. Akhirnya dalam jam 2300, merek beredar dan kami terus tidur… 


***

Begitulah serba sedikit minggu kami, banyak juga yang kami ringkaskan. tak larat nak taip secara terperinci. Secara keseluruhan, kami memang sibuk. Terima kasih sebab sudi membaca. Ini pun kami taip sikit-sikit dan selesaikan sekarang hari Rabu, 20250430,1559 di Perpustakaan  Negara Malaysia. Sampai jumpa lagi ya !



20250430, 1600

Aiman Nazaruddin

Aras 8, Menara PNM,

Perpustakaan Negara Malaysia


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

#3 Satu Wawasan dan Tujuan

# 28 Rasa di Antara Baris

#24: Sedikit Catatan untuk Dikongsi

#5 Pelbagai Kisah

#7 Catat yang Kecil