#4 Di mana salahnya Aku ?
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Jam menunjukkan pukul 0233, dan aku masih terhalang untuk tidur kerana masih banyak tugas yang perlu diselesaikan.
“Pencinta Wanita”
Satu gelaran atau kedudukan, posisi dan watak yang aku sandarkan pada diri aku. Bila aku bercerita seolah aku ini mempromosi budaya kasanova. Aku akan menunjukkan gambar aku bersama rakan dan kawan perempuan bagi membuktikan perkataan aku.
Hanya melalui status dan juga penilaian zahir, awam beranggapan aku ini rapat dengan ramai perempuan. Mungkin mereka rasa aku ini satu red flag untuk dijadikan seorang lelaki idaman. Entahlah, aku tidak ambil pusing sangat. Cuma, kadang-kadang aku terasa juga. Aku hanya ingin berkenalan dan menyambung ukhuwah. Aku bergaul dan mesra dengan perempuan untuk memahami mereka.
“ Bagaimana wanita berfikir ?”
“Bagaimana wanita menghadapi stres ?”
“ Bagaimana wanita memilih pasangan hidup? Apakah ciri-ciri yang dianggap lulus ?
“Bagaimana ingin bergaul dengan wanita ? Cara kerja, nada bicara, dan pelbagai lagi”
Masih banyak persoalan lagi. Aku suka mendengar cerita mereka. Aku suka jika mereka datang kepadaku untuk bertanya walaupun sekadar pertanyaan remeh mungkin ?
Aku pun manusia, kan ? Aku pun perlukan sosialisasi.
Ada juga kawan-kawan perempuan yang dah lama kenal. Ada pula orang ingat aku love bombing! Astaghfirullah… Entahlah kan, penulisan kali ini lebih kepada ingin bercerita.
Semester ini, aku tak tahu nak cakap macam mana ? Tapi aku menaip ni kira bercakap lah kan ? Betul, melalui penulisan.
Aku cuma terfikir kan, kenapa bukan aku ?
Aku ada buat apa-apa salahkah ?
Pada kebanyakan waktu, aku rasa macam aku sudah melebihi batasan pergaulan. Namun, setakat yang aku sedar dengan minda yang waras, aku tidaklah lebih daripada sekadar hubungan profesionalisme atas kapasiti rasmi kecuali beberapa kes terpencil. Aku tak berani rapat dengan orang, jadi sekadar kenalan dan rakan. Biasanya aku akan iktiraf kawan apabila selesai misi dan masih berhubung. Oh, satu lagi !
Perempuan yang aku bergaul ni, semuanya masih kosong. Aku tidak melihat perkara itu sebagai satu perkara yang pelik. Kalau sudah berpunya tak wajarlah kan, mereka bergaul rapat itu pilihan mereka. Bila aku kata, aku lebih gemar untuk berkahwin dan memang ada niat untuk lebih daripada satu. Riak wajah mereka pasti berubah, sedangkan aku hanya berniat. Tidak kurang juga yang, ada yang sinis. Sekali lagi, entahlah.
Aku cuba menghargai masa dan peluang yang aku ada untuk berkenalan dengan seramai orang yang mungkin. Waktu bujanglah nak berjumpa an berkenalan. Bila sudah terlafaz akad, semuanya sudah terbatas. Isteri untuk suami, suami perlu utamakan isteri-isteri.
Aku suka dilihat sebagai seorang mesra dengan perempuan, kerana bila mesra dengan perempuan dengan lelaki pun boleh gerak sekali. Kalau mesra dengan lelaki sahaja, itu yang timbul masalah malu nak bercakap dengan perempuan segala macam. Itu sahaja kot, nak bercerita sahaja.
Jumpa lagi nanti.
Aiman Nazaruddin
20250417, 0253
Ampang, Selangor
Ulasan
Catat Ulasan