#79 Sebuah Perayaan atau Satu Keserabutan


20260320, Jumaat
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Dimanakah letak sebuah kewarasan dalam menanggapi sebuah hakikat perayaan yang sentiasa berulang-ulang saban tahun. 

Aku fikir ada seorang alim pernah berkata, hati raya itu bukan baju baru, langsir baru, kereta baru. Hari raya itu apabila hati kita dan diri kita benar-benar kembali kepada fitrah dan menjadi kita baharu seolah-olah baru dilahirkan. Such bersih dan tiada dosa. 

Bila sebut hari raya, semua orang sibuk mahu pulang ke kampung halaman. Semua orang sibuk untuk membeli baju baharu, sibuk mahu buat lagu raya, buat kuih raya, buat semua perkara persediaan berbulan-bulan. 

Salahkah? Tidak. 

Wajarkah? Bergantung.

Ada pula yang mengatakan jangan bawa pulang pangkat, jawatan, harta, keputusan peperiksaan, barangan ke kampung... 

Aku selalu tertanya. Apa yang orang-orang sibuk katakan bahawa raya itu sebuah kemenangan? Kemenangan atas apa? Pertempuran? Peperangan?

Orang akan bersungguh-sungguh pertahankan tindakan mereka sedang banyak lagi perkara yang boleh dilakukan. Aku sangsi dan sentiasa mempersoalkan...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

#62: Perbincangan Yang Menjengah Minda

#87: Pecahnya Empangan Rasa

#3 Satu Wawasan dan Tujuan

#61: Manis Di Mulut, Singgah di Paroi

# 28 Rasa di Antara Baris