#12 Mengakhiri Julai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!
Lama juga aku tak menulis (lebih tepat menaip lah kan ?). Banyak juga perkara yang aku nak kongsikan. Banyak juga projek atau pun impian yang aku nak capai. Kalau nak bercerita mungkin tak banyak perkara yang menarik, tapi tidak mengapalah. Cerita tetap cerita. Aku teringat ada satu ayat yang aku suka. Aku lupa aku baca atau dengar dimana. Lebih kurang begini,

"Setiap orang ada cerita, tapi bukan semua cerita perlu dikongsikan"

Hmm... Nak mula dari mana ya ? Okay, dapat. Aku akan cerita fasal kehidupan di universiti mungkin ?

Aku dari kecil memang cita-cita aku selalu berubah. Daripada askar, ustaz, mufti, detektif, doktor, peguam dan yang terkini di usia 20-an, aku nak jadi ahli akademik ataupun pensyarah.

Kalau ada yang tanya kenapa ? Aku akan jawab sebab aku suka belajar ? Aku suka benda baharu ? Aku suka mengembara dan cari pengetahuan baharu ? Mungkin juga perkara tu amat rapat dengan minat yang mak aku tanam sejak kecil untuk membaca buku. Aku rasa itu salah satu daripada banyak nilai yang aku pegang sampai hari ini. Mak aku pernah orang supaya jangan beli mainan, tapi beli buku. Mainan akan rosak, bila dah besar tak main dah pun. Tapi buku, kalau kita dah habis baca, orang lain pula boleh baca. Jadi, kebaikan itu tak putus. 

Kalau lah nak kira jumlah buku yang aku ada mungkin cecah 300 buah ? Kecik besar, tebal nipis, lama baru ? Banyak buku aku beli, banyak juga orang bagi... Masih banyak yang perlu dibaca dan dikaji. Aku pun kurang periksa... Tapi aku yakin tidaklah sampai seribu buah lagi... 

Kadangkala aku terfikir juga dan berada rendah diri. Buka kau tengok orang-orang yang banyak membaca dan buku-buku mereka tersusun kemas di rak. Nampak banyak.... Tapi bila tengok dengan lebih dekat.... Kebanyakan novel... Sampai aku terfikir juga ... 

"Wah, banyaknya! Bersusun-susun, bila lah aku dapat kumpulkan semua buku aku macam tu"

Novel kan semua tebal-tebal. Jadi itu yang buat aku rasa rendah diri, sebab aku banyak baca buku yang nipis tapi tidaklah berbentuk novel. Banyaknya, buku bukan-fiksyen fasal selp-help. Oh ya aku banyak beli buku bermula lepas SPM. Waktu tu kerja dan adalah duit sikit. Aku kerja gaji minggu. Aku rasa aku kerja selama 12 minggu sahaja rasanya. Sebab gaji minggu jadi, ingat minggu jelah... Setiap minggu aku beli buku baru, banyak fasal jodoh dan rumahtangga. Itulah yang membuatkan aku banyak baca buku untuk memahami bukan untuk hiburan. Ada orang baca buku sebab nak hiburan, nak escapism. Aku tidak begitu...

Banyak buku aku yang rentas bidang. Agama ada, selp-help ada, interpersonal ada, novel ada, cerpen ada, akademik ada. Banyak lah juga, yang paling penting bukan novel semata-mata. Aku ni tidak merendahkan pembaca novel, cuma kadang-kadang mereka lebih tinggi EQ berbanding aku...


Ini antara buku yang aku ada. Ada yang dah habis baca, ada yang sedang dibaca dan ada yang belum dibaca. Matlamat aku adalah untuk habiskan baca semua buku ini. 



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

#3 Satu Wawasan dan Tujuan

# 28 Rasa di Antara Baris

#24: Sedikit Catatan untuk Dikongsi

#5 Pelbagai Kisah

#7 Catat yang Kecil