#13 Roti Melon dan Burger Crispy

 29 Julai 2025 


Hari ini aku tak tahu sangat apa yang berlaku, aku cuba untuk tahu macam-macam perkara yang kadang mungkin orang akan anggap aku orang yang tak betul mungkin ? Hari ini aku ada sikit, jadi aku cuba untuk buat banyak perkara yang aku rasa aku mampu. Aku sebenarnya ada sedikit dana  yang aku dapat hasil kerja sambilan aku sebagai pekerja am untuk setup event booth. 


Sebenarnya bermula jam 0000, aku belum tidur dan aku masuk tidur lewat sebenarnya. Aku ada banyak buku yang aku perlu habiskan baca jadi aku memilih untuk habiskan baca yang mana boleh dihabiskan. Malam ini aku habiskan baca sebuah buku,. Aku beli buku ini di Karya @ UKM sebenarnya. Karay @ UKM ni sebuah kedai buku untuk menjual segala buku hasil terbitan Penerbit UKM. Aku beli buku ini semasa awal-awal aku masuk UKM sebagai seorang pelajar Sarjana Muda. Ketika itu aku tak tahu cara untuk tulis tugasan esei jadi aku cari buku-buku yang boleh bantu aku.


Aku tak tahu orang lain, tapi kalau aku rasa macam perlukan satu ruang kadang-kadang aku suka pergi kedai buku. Kalau pergi kedai Buku aku akan rambang mata. Tengok barisan buku yang tersusun di setiap rak. Ada banyak kategori. kalau kedai buku universiti ni, mereka susun buku ikut bidang. Adda bidang agama, bidang sastera, bidang komunikasi, bidang bahasa, bidang perubatan. Sangat banyakkkk! Tiba-tiba  nampak  satu buku ini tajuknya, Mastering the Skills of Writing A Research Manuscript (2019). Aku ingat buku ni cara nak tulis penulisan akademik biasa, bila baca baru aku tahu buku ini lebih sesuai untuk kajian perubatan. Nanti maklumat buku aku masukkan di bawah beserta gambar.

Tajuk :Mastering the Skills of Writing A Research Manuscript

Tahun :2019

Penulis : Srijit Das, Ima Nirwana Soelaiman & Hatta Sidi

Penerbit         : Penerbit UKM

ISBN ; 978-967-412-784-8

Bil. Halaman : 86 


Begitulah kurang lebih. Kemudian, hari berlalu. Aku sedang cuti semester sebenarnya tengah mencari-cari kerja sebab aku pun banyak nak pakai duit juga untuk tahun 2 pengajian nanti yang semestinya lebih mencabar. 


Dalam jam 8 malam aku keluar rumah untuk berjalan ? Sebenarnya aku nak keluar lepas zohor, cuma tiada kenderaan. Semua motosikal digunakan, jadi aku hanya baca buku dan bersantai sahaja di rumah. Aku ada juga keluar rumah pergi beli barang sikit. Biasalah…

Aku memang dah lama berniat nak pergi AEON Maluri. Aku nak pergi kedai buku sebenarnya. Nak pergi Mehraj Bookstore di Pandan Jaya tapi kedai tu kan tutup petang. Jadi, aku memilih untuk pergi kedai buku Popular cawangan AEON Maluri. Cawangan sini agak besar juga dengan pelbagai pilihan buku yang ada. Dana sahaja yang belum cukup… 

Aku tahu aku belum ada dana, tapi kalau aku pergi kedai buku aku suka tengok buku-buku yang aku memang tertarik nak beli. Jadi apa aku buat kalau tak dapat beli, aku ambil sahaja. Bukan ambil dan curilah tapi… Aku ambil gambar muka depan buku-buku itu dengan harapan nanti ada duit boleh beli (tapi biasanya gambar kekal gambar, yelah sekali ambil gambar sampai sepuluh buku!). Di bawah  ni aku kongsikan hasil tangkapan aku…

Sebelum keluar rumah tadi, aku belum makan lagi. Cadang nak lepak kafe saja di pusat beli-belah ini. Tidak mengapalah, takut melihat harganya, Jadi… Aku memilih untuk singgah di Family Mart dengan harapan aku dapat beli makanan yang berbaloi dan boleh buat kenyang! Pusing punya pusing, akhirnya aku beli satu roti sahaja. Roti tu terlintas di fikiran aku dan aku memang dah lama nak makan roti tu! Lepas bayar, aku terus santap. Masya-Allah SEDAP SUNGGUH !!! Mungkin sebab aku dah lama tak makna kot… 

Harga roti ini RM 4.60. Inti dia sangat sedap, boleh rasa melon tu.

Aku pun teringin nak makan burger Zinger sebenarnya, tapi sekali lagi bila mengenangkan poket... Tidak mengapalah… Aku fikir mungkin ada pilihan yang lebih murah. 

Betul ! Aku teringat ada sebuah gerai berdekatan Petron Jalan Taman Putra yang ada jual burger ayam crispy. Aku terus beransur pulang dari Maluri dan menuju ke sana. 


Astaghfirullah, punyalah ramai beratur. Bila aku mula buat pesanan aku dengar giliran baru di angka 90 sedangkan aku di giliran 102. Tidak mengapalah… Sambil aku tunggu aku taknak buang masa. Jadi, aku keluarkan satu buku yang aku bawa dalam beg. Buku ini sebenarnya aku beli melalui pelantar TikTok Shop. Kalau ada yang bertanya, kenapa aku beli. Mungkin sebab ketika itu ada diskaun. Aku dapat buku tu dengan harga RM15 berbanding harga asal RM 30. Ada penjimatan sebanyak 50% ! Untung bukan ? 

Tajuk :Tempat Pulang Yang Tidak Menjadi Rumah

Tahun :2025

Penulis : Iddin Ramli

Penerbit           : Naseehat Holdings

ISBN : -

Bil. Halaman : 270



Sambil-sambil aku baca aku terfikir juga satu peristiwa luar jangka yang berada di sekeliling aku. Aku nampak benda tu berlaku. Tapi aku tak boleh buat apa-apa. Mereka tak salah dan aku tiada hak. Jadi, let bygones be bygones ! Are my words right ? I don’t know but I’m trying to speak (literally I’m typing now) English as much as I can. Satu perkara yang aku nak notakan;


“Aku mungkin rabun, tapi aku tak buta. Aku mungkin lambat, tapi aku tahu.”


Baiklah, pesanan aku dah siap. Aku bergegas pulang ke rumah dengan menunggang motosikal Suzuki berwarna biru. Setibanya di rumah, aku santap burger yang sungguh asyik. Aku bersyukur Tuhan masih memakbulkan hajat aku. 


Begitulah kira-kira secara kasar. Tiadalah yang menarik sangat tentang hidup aku. Cuma aku rasa tempat ini (blog ini) boleh jadi salah satu tempat yang selamat untuk aku berkongsi kisah aku (itu pun selagi mana blog ini tidak rancak dan diikuti oleh orang ramai)


Astagfirullah, sangat perasan ya, bakal graduan Ijazah Sarjana Muda Sastera Dengan Kepujian (Persuratan Melayu) ini !


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

#3 Satu Wawasan dan Tujuan

# 28 Rasa di Antara Baris

#24: Sedikit Catatan untuk Dikongsi

#5 Pelbagai Kisah

#7 Catat yang Kecil