# 9 Sajak : Jarak Yang Tak Terucap

 # 9 Sajak :  Jarak Yang Tak Terucap


12 Jun 2025, Hari Puisi Melayu 2025


Tarikh itu menjadi saksi aku cuba bercerita. Setiap pelajar perlu untuk mendeklamasikan puisi masing-maisng dan perkara itu memberi 10 markah kepada subjek. Antara dua sajak atau syair, aku memilih untuk bersajak. Tidak kisah sama ada sedia ada atau cipta sendiri. Aku pilih cipta sendiri Aku ambil kesempatan untuk sampaikan satu kisah dalam penyampaian ini. Pada asalnya aku nak bersajak tanpa muzik, namun tiba-tiba aku terdengar lagu Saat Terakhir nyanyian ST12. Aku dengar dan fikir lagu tu amat sesuai untuk iringi puisi aku. Aku tampilkan dan menariknya ada rakan-rakan yang tersentuh.  Di sini aku sertakan puisi ciptaan aku sendiri dan video aku persembahkannya. Harap semua boleh nikmati ! Aku guna nama pena kau T.A.N. Kalau ada sesiapa yang nak ambil untuk persembahan dipersilakan. 


Jarak Yang Tak Terucap (T.A.N) 

Kau, masih ada?

Kau, masih tunggu?

Walaupun kerap kali aku diam membisu?

Walaupun aku, sentiasa buat kau tertunggu?

 

Aku, tak takut

Tak takut untuk zahirkan rasa ini

Cuma... aku sedar

Aku, belum mampu

Setiap kata perlu ada pertanggungjawaban

Aku tahu, belum sampai waktu...

 

Kesibukan kota raya, mungkin tidak setenang Sungai Han

Namun, aku rasa kau juga derita

Memeluk luka sendiri, tiada ruang berbicara

Aku bimbang, kau hanyut

Aku risau, aku punca kau tumbang

 

Dulu…

Aku masih ingat

Ya, perkara yang tampak kecil

Aku kata

"Belajar sungguh-sungguh, seorang anak perlukan ibu yang cerdik"

Kau, tersenyum simpul

Aku bingung

 

Sayang?

Kalau tidak sayang, aku akan ganggu kau setiap hari

Aku tak mahu sentiasa ada, tapi tidak menjamin apa-apa

Kisah kita mungkin tidak selancar Sungai Han

Tapi, ia akan selalu hidup seperti Ibu Kota

 

Oh, ya!

Doa...

Jangan lupa berdoa,

Sebab kemungkinan masih ada

Dan, untuk "mungkin" yang dulu

Sekarang aku ubah

Sekarang bukan mungkin, tapi ya...

 

Biar Tuhan jadi saksi

Aku tidak mengalah,

Aku tidak menyerah

Aku usaha dalam senyap

Dalam satu jarak

Yang tak terucap

***

Pautan Video Youtube:

Sajak Jarak Yang Tak Terucap


20250615, 2133

Aiman Nazaruddin

Kolej Dato’ Onn,,

Universiti Kebangsaan Malaysia.


 

 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

#3 Satu Wawasan dan Tujuan

# 28 Rasa di Antara Baris

#24: Sedikit Catatan untuk Dikongsi

#5 Pelbagai Kisah

#7 Catat yang Kecil