#10 Banyaknya!!!
28 Jun 2025
Jam menunjukkan pukul 16:01. Aku masih lagi di Aras 8 Menara Perpustakaan Negara Malaysia aku akan menduduki peperiksaan akhir semester 2 kelak. Ada banyak artikel yang aku perlu habiskan baca. Sama juga macam semester lepas, masih banyak artikel yang aku belum habis baca. Sedangkan aku masih ingat ketika di semeter 1, Dr. Muhaimi Abdul Rahman yang mengajar kami kursus Sastera Rakyat,
“Dalam penulisan disertasi Phd, kamu perlu baca minimum 200 Jurnal…”
“ Kamu boleh mula untuk membaca dari sekarang dan kumpul…”
Berbekalkan semangat dan azam aku cuba sedaya upaya untuk pergi ke arah itu. Aku baca pelbagai jurnal artikel yang ada kaitan dengan bidang ini. Aku baca pelbagai jenis buku merentasi bidang dan genere untuk mendapatkan kefahaman yang lebih meluas dan pastinya untuk menjadi orang yang berpengetahuan dan berilmu. Aku tidak mahu sia-siakan segala perkar yang telah mak ayah lakukan terhadap aku.
Sebenarnya, dalam idea dan kotak fikiran aku terlalu banyak idea dan plot kisah yang ingin aku tampilkan… Aku pernah berniat untuk menulis novel ? Menulis cerpen. Jari-jemari aku kadangkala kematu apabila terlalu lama tidak menaip atau menulis. Mungkin kerana itu aku kerao juga pastikan aku membaca apa-apa dalam satu hari, mungkin artikel, buku, surat khabar, blog mahupun sehelai risalah.
Hari ini aku di PNM, aku perlu ulangkaji dan baca artikel sebenarnya. Siapa sahaja yang mampu membaca baris-baris ayat akademik yang bertindan dalam tempoh yang terlalu lama. Di setiap sela selesainya suatu bacaan artikel aku siapkan dengan membaca buku yang lebih ringan. Buku pertama sebuah penulisan motivasi ? Rntihan ? Buku kedua sebauh novel terjemahan. Aku tak tahu tapi novel tu nampaknya popular di negara Kimchi… Satu lagi sebuah kumpulan cerpen. Ya, kumpulan cerpen… Tulisan Dr. Mawar Safei (pemenang S.E.A Write Award 2015).
Bacaan yang ringan dan mencabar ? Aku kurang periksa. Buku aku banyak sampai aku tak tahu mana nak simpan… Dimana nak letak ya ? Ketika PBAKL 2025 baru-baru ini pun aku bawa pulang lebih 5 buah buku… Sekali lagi merentas genre. Ada novel, ada bantu-diri, ada juga motivasi. Oh, ya novel ringan dan dapatan kisah benar juga ada. Menarik gila!!!
Ulasan
Catat Ulasan