Catatan

Tunjukkan catatan dari 2025

#41 Cerpen: Sebelum Ayah Naik ke Atas

Imej
Cerpen: Sebelum Ayah Naik ke Atas Jun 2022 “Seramai 20,093 orang calon SPM seluruh negara memperoleh keputusan cemerlang dengan mendapat A bagi semua pelajaran” Suara dari corong radio malam itu mengisi segenap isi dapur. Ruang malam yang sepatutnya menjadi sebuah ruang perkongsian aktiviti harian.       “Bagaimana keputusan kamu ?” suara ayah memecah lamunan aku.     Aku masih berdiam diri. Bagaimana tidak, sudah pasti aku akan dibandingkan dengan saudara-mara yang lain. Ada beberapa orang sepupu yang sebaya. Salah seorang belajar di MRSM terkemuka. Petang tadi sudah mendapat khabar dia termasuk dalam kalangan pelajar terbaik di negeri penyu bertelur.      “Tidak sebaik Fakhri, ayah…” aku menjawab perlahan. Tangan masih menguis-guis nasi di dalam pinggan.       Ayah berdiam diri. Hampir satu minit keadaan senyap. Ayah hanya menyendukkan ikan keli berlada ke pinggan aku.      “Ayah tanya keputusan kam...

#40 Tulisan Kecil untuk Penuntut Ilmu di Seberang Lautan

  20251116, Ahad Assalamualaikum dan hai! Selamat Sejahtera semua. Hari ini hujung minggu aku tidak buat apa sangat cuma hari ini hari terakhir sebelum aku letak kerja selama seminggu. Tidak banyak yang berlaku. Kali ini aku cuma mahu kongsikan sedikit tulisan aku. Mudah-mudahan ada manfaat. Syuruk di ufuk Timur Jika dikatakan sembah, maka sungguh sanggah lebih banyak. Jika dikatakan akur, lentur lebih kuat. Darah yang mengalir dalam cerita, tidak mungkin mulia hanya kerana darjah. Jika tiada tahu bagaimana bertitah, cukup saja terima arah. Raja negeri Timur, bermula dengan bahasa dan tulisan yang dipinjam. Seiiring sedar akan identiti bangsanya sendiri, dicipta huruf-huruf untuk menjadi warisan dan sesuai penyebutan. Disembah pada bonda, mungkinkah menghantar barang sedulang ke sana. Sahut bonda jangan lekas berbuat susah, di sini juga masih ada. Pacal kembali sembah, bukan orang di sana. Melainkan saudara kita juga, yang menuntut di sana itu. Diamlah bonda berfikir barang beberap...

#32 Catatan Pawagam: Kelip-Kelip, Surat, dan Persoalan Tentang Persahabatan Dalam Filem Your Letter (2025)

Imej
  20251108, Sabtu Hai, Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ! Apa khabar semua! Harap semua sihat. Hari ini aku pergi menonton filem. Aku dapat tahu tentang filem ni masa iklan ketika aku menonton filem Sore sebulan lalu.  Sengaja aku memilih untuk menonton filem ini memandangkan aku amat tertarik dengan iklan acah yang dimuat naik di internet. Satu lagi aku tertarik juga kerana filem ini dari Korea Selatan. 🎬 Tajuk: Sore: Your Letter (2025) 📅 Tarikh Tonton: 8 November 2025 🏢 Lokasi: TGV Ampang Point , harga ahli RM10 Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Lee So Ri yang baru sahaja berpindah ke sebuah sekolah di daerah pedalaman. Sebelumnya dia bersekolah di Seoul, lebih tepatnya dia berpindah kembali ke kawasan dia membesar dahulu. Dia pernah bersekolah di situ sebelum berpindah ke Seoul, bahkan rumah neneknya juga di situ. Sebagai seorang pelajar murid baharu, dia mengahadapi trauma apabila kes buli masih terdapat di sekolah itu. Pada awalnya dia hany...

# 29 Pembentang Terbaik !

Imej
Sesi 2025/2026, Semester 1, Minggu 5 20251105, Rabu Assalamualaikum dan hai! Selamat Sejahtera! Hari ini tiada kuliah tapi aku kena naik kampus juga sebab ada program Insan Budiman. Mungkin ada yang tak tahu fasal program Insan Budiman. Program Insan Budiman merupakan program wajib bagi seluruh pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM.  Hal 1 - Menjengah ke Sudut Profesional Semester ini aku mengambil Modul 2 (Pengetahuan dan Kemahiran Profesional). Aku tertarik kerana perkataan profesional. Satu istilah yang gah dan cukup untuk menyekat segala perkara yang di luar daripada cakupan tugas dan kerja. Aku sertai dengan hadir seawal jam 0830 pagi, kebiasaannya memang semua pelajar yang mengikuti program akan disediakan makanan. Satu hidangan pagi dan juga satu hidangan tengah hari. Aku rasa aku memilih modul ini kerana tempoh pelaksanaanya hanya separuh hari berbanding modul lain yang mengambil masa 1 hari penuh. Menariknya modul kali ini dimulakan dengan aktiviti latih...

# 28 Rasa di Antara Baris

Imej
Sesi 2025/2026, Semester 1, Minggu 5 20251104, Selasa Assalamualaikum dan hai! Selamat Sejahtera! Hari ini aku ada kelas pagi. Semalam sampai rumah pun agak lewat ditambah dengan puasa tanpa sahur. Ya, tanpa sahur. Bukan sengaja, cuma dah bangun lewat serta tidak sempat sarapan dan juga memang dah niat. Teruskan saja. Hari ini kuliah Sastera Hikayat sebagai pembuka medan ilmu.  Hal 1 - Kuliah Sastera Hikayat  Pensyarah banyak menerangkan tentang perkembangan sastera hikayat itu sendiri. Aku fikir tiada apa lagi yang boleh dikongsikan kerana aku tiada juga mampu melihat disebalik apa yang terlindung.  Pensyarah kali ini  mengajarkan tentang proses pengahsilan hikayat itu sendiri. Sesuai dengan permulaan zaman hikayat dengan pengenalan tulisan Jawi dan penyebaran agama Islam, tidak boleh tidak kita melupakan proses pengasilan karya yang bertitik tolak dengan konsep tauhid. Pensyarah, Dr. Ben menerangkan tentang konsep yang digagskan dan diperkenalkan oleh Profesor Dira...

#27 14 Hari Menuju Cuti Semester

Imej
Sesi 2025/2026, Semester 1, Minggu 5 20251103, Isnin Assalamualaikum dan hai! Selamat Sejahtera! Hari ini aku tak tahu sangat. Harap setinggi gunung, hempas sedalam lautan. Jarak Timur ke Barat, henti di tengah jalan. Perjalanan hari ini dimulakan dengan memandu motokar jenama Honda jenis SM4 diimport dari Jepun. Dahulu dibeli daripada seorang pesara polis. Aku tidak membawa kereta pada kebiasaanya kerana kos yang tinggi dan masa yang banyak terbuang jika tersekat dalam kesesakan jalan raya. Mungkin sekadar berkongsi sekadar yang terjadi hari ini ? Hal 1 - Lakonan Bahasa Arab Aku bersama rakan-rakan di bawah bimbingan seorang pensyarah berbincang dan mengadakan pertemuan bagi persediaan untuk pertandingan bakat bersempena Karnival Bahasa Asing yang akan diadakan pada 12 dan 13 November nanti. Tema yang cuba ditampilkan ialah perjuangan dan ketabahan rakyat Palestin dalam menghadapi kezaliman zionis. Kami semua bersama -sama menyumbang idea dalam menghasilkan skrip dan juga membuat per...

#26 Catatan Lama Cuti Semester

  20250903, 2142 Hai, Assalamualaikum dan selamat sejahtera.  Apa khabar semua ? Harapnya semua dalam keadaan yang sihat walafiat belaka. Insya-Allah.  Pernah tak kalian terfikir yang apa yang kalian punya sekarang ini tidak  seindah orang lain ? Ya, orang lain boleh bercuti. Melancong dan juga berjalan-jalan jauh. Kau hanya duduk di rumah dan mengulang rutin yang sama. Kalau boleh sudah pasti kau juga akan berbuat perkara yang sama. Aku ? Tidak pasti. Namun, kita kadang kala terlepas pandang. Diri kita juga sering dicemburui oleh pihak lain. Baiklah sekarang cuba kalian diam sejenak dan fikirkan semula apa yang kalian buat dalam tempoh seminggu ini. Pastinya, kalian akan berasa lelah bahkan terluoa kerana perkara-perkara hebat yang kalian lakukan terasa biasa. 20250904, 2326 Hai, Assalamualaikum dan selamat sejahtera !  Hari ini sudah masuk 4 September. Maknanya, banyak sudah hari-hari yang berlalu dalam cuti semester kali ini. Aku masih ada banyak buku yang ak...

#25 Ulasan Filem, Sore: Isteri Dari Masa Depan (2025)

Imej
  Filem Sore: Isteri Dari Masa Depan (2025) Assalamualaikum dan hai, selamat sejahtera! Bersama aku lagi, kali ini aku pergi menonton filem Sore. Bukan apa sebab iklan di kaca televisyen bukan main menggalakkan. Aku sebenarnya saja melihat di dalam aplikasi kalau-kalau ada filem yang menarik dengan bajet yang murah. Memandangkan ini minggu pertama mula pengajian dan aku juga masih mencari hala tuju dan motivasi. Aku pergi pada 20251008. 🎬 Tajuk: Sore: Isteri Dari Masa Depan (2025) 📅 Tarikh Tonton: 8 Oktober 2025 🏢 Lokasi: TGV Ampang Point , harga ahli RM10 Alhamdulillah, dapatlah tiket untuk filem yang bagus memang sungguh menarik. Aku beli tiket melalui aplikasi TGV dengan harga ahli dapat tonton dengan harga RM10 sahaja. Cerita ini mengisahkan tentang watak utama, Jonathan yang berjumpa dengan isterinya dari masa depan yang bernama Sore.  “Hei, aku Sore. Isteri kamu dari masa depan” Aku mengikuti filem dari awal hingga akhir, yang menariknya bagi aku ada permainan waktu d...

#24: Sedikit Catatan untuk Dikongsi

  20250911, 1306 Assalamu’alaikum, hai dan selamat sejahtera ! Penulisan kali ini sebenarnya aku nak kongsi tulisan aku dalam buku catatan aku. Bila tiada tempat untuk bercakap, aku biasa menulis di buku nota. Orang selalu rasa ingin tahu apa yang aku tulis dalam buku tu. Sampai ada orang yang nak tengok apa-apa aku tulis. Aku tak kisah sangat aku bagi saja baca.  Catatan 20250805, 2310 “Aiman ? Sibuk kah ? Jom buat refleksi sikit ? Nak ? Okay, kadang-kadang boleh jadi perkara yang kita nak tu ialah perkara paling teruk yang kita tak perlu pun dapatkan dan Tuhan dah hindarkan. Boleh jadi sesuatu perkara yang kita nak sangat ialah keburukan untuk diri kita. Tuhan sayang dan Tuhan elakkan…  Aiman mungkin kau terlupa. Sebenarnya, Allah SWT dan Rasulullah dah banyak beri bantuan, cuma mungkin kau lupa guna cermin mata. Kau kan rabun ? Aiman sebenarnya, kau dah buat mungkin lebih baik daripada semua orang…  Kau baca buku di saat orang lain hanya bermain permainan video, k...

#23: Cerpen Cahaya Menuju Pintu

  20250902, 2109 Cahaya Menuju Pintu  Aku masih lagi berfikir dan menanti serta mencari-cari. Apabila aku melihat media sosial aku cenderung untuk membandingkan diri aku. Aku akan sentiasa berfikir, apa lebihnya aku atas mereka. Mereka semua kelihatan gembira dan sentiasa berbagi cerita. Aku ? Hanya duduk sendiri dan bercermin di kamar kaca.  Dalam ruangan kecil itu, aku nampak dengan jelas segala kekurangan aku. Segala sisi diri aku yang ada, semakin jelas segala kelemahan dan hinanya aku. Aku menilik wajah. Tidak seindah Nabi Yusuf yang dikhabarkan barangsiapa yang melihat baginda tiada pula terasa jari terluka. Aku menatap pula pada tubuh aku. Tidak segagah Nabi Musa yang terbunuh seorang Qibti hanya dengan satu tumbukan kerana ingin meleraikan sengkets. Aku renung lagi. Satu persatu anggota tubuh aku nilaikan dengan pandangan pengetahuan tentang para anbiya..  Warna kulit aku yang sedikit gelap amat berbeza dengan orang-orang putih yang satu masa dahulu pernah me...