#22: Rindu di Kamar Pencinta
20250826, 0441 Assalamualaikum dan hai ! Selamat sejahtera! Ya betul, kau tak salah lihat. Sekarang jam menghampiri pukul 5 pagi. Aku masih belum tidur. Mungkin sebab aku minum dua gelas nescafe tadi, hahahaha. Oh, ada banyak perkara yang aku nak sembangkan sebenarnya. Alhamdulillah keputusan peperiksaan untuk semester 2 dah keluar. Pointer aku jatuh sikit, tapi alhamdulillah sekali lagi masih capai sasaran untuk dapatkan anugerah dekan . Syukur sangat. Selepas hampir 4 minggu aku berdiam diri di semua platform media sosial. Aku mula pos status. Gembira juga. ada beberapa orang yang balas menyambut comeback aku. Tak sangka ada juga yang menunggu-nunggu perkembangan aku. Aku tak tahu sebenarnya bila tengok keputusan tu, aku banyak berfikir. Alang-alang tu aku tulis jelah dekat sini. Aku kena pastikan aku dapat pointer kelas pertama untuk aku mohon pengecualian PTPTN nanti. Aku nak kena habiskan baca semua buku sebelum pengajian tahun baru mula. Aku kena menulis d...