#1 Drama Korea Suatu Ketagihan ?
ISNIN, 202241209, 16:26.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Annyeong-haseyo!
Sudah lama tidak menulis. Insya-allah saya akan cuba untuk menulis denga lebih kerap selepas ini. Doakan saya!
Saya terpanggil untuk kembali menonton semula drama Korea. Sebenarnya sudah agak lama saya tidak menonton drama korea, namun tiba-tiba saya terdetik untuk menonton mana-mana drama baharu yang ditayangkan kini. Semuanya berpunca malam semalam ketika saya ingin melelapkan mata dan tak mampu tidur. Saya teringat kenanagan lepas. Saya setuju bahawa lagu bukan sahaja megandungi cerita tetapi merakamkan kenangan. Bahkan, lagu yang saya dengar semalam membuatkan saya berfikir kembali tentang perkara yabg sudah saya tinggalkan hampir 4 tahun lepas.
Sebenarnya saya mula menonton drama korea hanya kerana ingin bergaul dengan kawan-kawan perempuan ketika kasih berada di sekolah. Ketika itu, umur 14 tahun merupakan waktu yang boleh dikatakan remaja sedang mencari identiti masing-masing. Perkataan pertama yang masih ingat samaoai sekarang ialah ChagiYa yang bermaksud sayang. Saya cuba bertutur dalam bahasa Korea dan berlatih namun kalau kita buat kerana manusia kita pasti kecewa.
Antara drama Korea yang telah habis saya tonton dengan jayanya adalah seperti berikut:
1. Extra-Ordinary You (2019)
2. The King: Eternal Monarch (2020)
3. The Way I Hate You (2018)
4. Hotel Del Luna (2019)
5. Tale of Nokdu (2019)
6. Graceful Family (2020)
7. Angel's Last Mission (2019)
Menonton Drama Korea merupakam suatu perkara yang menjadi fenomena dan ikutan terutamanya dalam kalangan anak muda. Antara impak yang paling besar saya alami sendiri ialah apabila saya dapat mempelajari bahasa Korea secara tidak langsung. Motivasi untuk menjadi seseorang atau mendapatkan pekerjaan juga turut meningkat.
Ulasan
Catat Ulasan