#41 Cerpen: Sebelum Ayah Naik ke Atas
Cerpen: Sebelum Ayah Naik ke Atas Jun 2022 “Seramai 20,093 orang calon SPM seluruh negara memperoleh keputusan cemerlang dengan mendapat A bagi semua pelajaran” Suara dari corong radio malam itu mengisi segenap isi dapur. Ruang malam yang sepatutnya menjadi sebuah ruang perkongsian aktiviti harian. “Bagaimana keputusan kamu ?” suara ayah memecah lamunan aku. Aku masih berdiam diri. Bagaimana tidak, sudah pasti aku akan dibandingkan dengan saudara-mara yang lain. Ada beberapa orang sepupu yang sebaya. Salah seorang belajar di MRSM terkemuka. Petang tadi sudah mendapat khabar dia termasuk dalam kalangan pelajar terbaik di negeri penyu bertelur. “Tidak sebaik Fakhri, ayah…” aku menjawab perlahan. Tangan masih menguis-guis nasi di dalam pinggan. Ayah berdiam diri. Hampir satu minit keadaan senyap. Ayah hanya menyendukkan ikan keli berlada ke pinggan aku. “Ayah tanya keputusan kam...