#6 Minggu yang Sibuk !!!
20250427, 2107 Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Hai semua ! Semua okay kah ? Sihat Alhamdulillah ! Mudah-mudahan semua urusan kita dimudahkan. Insya-Allah Amin. Sebenarnya minggu ini aku tak tahu nak cakap macam mana, nak cakap penat tapi okay sahaja. Nak cakap lelah, entahlah… Kalau aku nak cerita, mungkin banyak kan ? Jadi, aku cubalah cerita sepanjang minggu ini dari hari Ahad 20250420 sampai hari Sabtu 20250426. AHAD, 20250420 Hari ini sepatutnya aku hadir majlis jamuan raya, tapi kawan aku tu macam tak ingatkan pula. Lagi pun, aku ada cakap juga tak janji akan turun. Secara kasarnya, hari Ahad aku balik kampus dan sampailah dalam pukul 1600. Malam tu pula ada mesyuarat dalam talian. Ada dua mesyuarat satu mesyuarat kelab, satu lagi mesyuarat kelas. Jadi, aku cubalah masuk dua-dua, alhamdulillah. Banyak juga perkara yang dibincangkan. Aku masuk tidur lewat juga rasanya malam tu dalam pukul 0130 sebab nak siapkan penulisan blog, senarai nama budak kelas, pen...