#13 Roti Melon dan Burger Crispy
29 Julai 2025 Hari ini aku tak tahu sangat apa yang berlaku, aku cuba untuk tahu macam-macam perkara yang kadang mungkin orang akan anggap aku orang yang tak betul mungkin ? Hari ini aku ada sikit, jadi aku cuba untuk buat banyak perkara yang aku rasa aku mampu. Aku sebenarnya ada sedikit dana yang aku dapat hasil kerja sambilan aku sebagai pekerja am untuk setup event booth. Sebenarnya bermula jam 0000, aku belum tidur dan aku masuk tidur lewat sebenarnya. Aku ada banyak buku yang aku perlu habiskan baca jadi aku memilih untuk habiskan baca yang mana boleh dihabiskan. Malam ini aku habiskan baca sebuah buku,. Aku beli buku ini di Karya @ UKM sebenarnya. Karay @ UKM ni sebuah kedai buku untuk menjual segala buku hasil terbitan Penerbit UKM. Aku beli buku ini semasa awal-awal aku masuk UKM sebagai seorang pelajar Sarjana Muda. Ketika itu aku tak tahu cara untuk tulis tugasan esei jadi aku cari buku-buku yang boleh bantu aku. Aku tak tahu o...