Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2025

#10 Banyaknya!!!

Imej
28 Jun 2025 Jam menunjukkan pukul 16:01. Aku masih lagi di Aras 8 Menara Perpustakaan Negara Malaysia aku akan menduduki peperiksaan akhir semester 2 kelak. Ada banyak artikel yang aku perlu habiskan baca. Sama juga macam semester lepas, masih banyak artikel  yang aku belum habis baca. Sedangkan aku masih ingat ketika di semeter 1, Dr. Muhaimi Abdul Rahman yang mengajar kami kursus Sastera Rakyat, “Dalam penulisan disertasi Phd, kamu perlu baca minimum 200 Jurnal…”  “ Kamu boleh mula untuk membaca dari sekarang dan kumpul…” Berbekalkan semangat dan azam aku cuba sedaya upaya untuk pergi ke arah itu. Aku baca pelbagai jurnal artikel yang ada kaitan dengan bidang ini. Aku baca pelbagai jenis buku merentasi bidang dan genere untuk mendapatkan kefahaman yang lebih meluas dan pastinya untuk menjadi orang yang berpengetahuan dan berilmu. Aku tidak mahu sia-siakan segala perkar yang telah mak ayah lakukan terhadap aku.  Sebenarnya, dalam idea dan kotak fikiran aku terlalu bany...

# 9 Sajak : Jarak Yang Tak Terucap

  # 9 Sajak :  Jarak Yang Tak Terucap 12 Jun 2025, Hari Puisi Melayu 2025 Tarikh itu menjadi saksi aku cuba bercerita. Setiap pelajar perlu untuk mendeklamasikan puisi masing-maisng dan perkara itu memberi 10 markah kepada subjek. Antara dua sajak atau syair, aku memilih untuk bersajak. Tidak kisah sama ada sedia ada atau cipta sendiri. Aku pilih cipta sendiri Aku ambil kesempatan untuk sampaikan satu kisah dalam penyampaian ini. Pada asalnya aku nak bersajak tanpa muzik, namun tiba-tiba aku terdengar lagu Saat Terakhir nyanyian ST12. Aku dengar dan fikir lagu tu amat sesuai untuk iringi puisi aku. Aku tampilkan dan menariknya ada rakan-rakan yang tersentuh.  Di sini aku sertakan puisi ciptaan aku sendiri dan video aku persembahkannya. Harap semua boleh nikmati ! Aku guna nama pena kau T.A.N. Kalau ada sesiapa yang nak ambil untuk persembahan dipersilakan.  Jarak Yang Tak Terucap (T.A.N)  Kau, masih ada? Kau, masih tunggu? Walaupun kerap kali aku diam membisu? W...