Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2025

#8 Petang, Asar, Pelangi

Kenapa pelangi petang ? Kenapa bukan pagi ? Kenapa bukan malam ? . Petang sering berkonotasi dengan pengakhiran hari. Iaitu satu saat singkat yang masih ada sebelum kerja berlabuh.  . Dan waktu Asar. Banyak rahsia yang terkandung dalamnya. Bahkan, kematian itu apabila sampai tiadalah bertemu Asar berikutnya. Mengapa saya sangat menghargai waktu itu ? Saya akan memilih untuk berhubung dengan seramai mungkin pada waktu itu. Bahkan, Rasulullah SAW juga berziarah kepada sahabat baginda pada waktu itu. . Mungkin esok tidak berjumpa lagi, perihal malam ketika hela terhenti dalam peraduan.  . Ya, petang itu waktu yang singkat. Ketika semua orang akan pulang ke rumah.  . Petang yang merekodkan satu kesinambungan dan yang lebih rencam ialah Senja...

#7 Catat yang Kecil

  20250502, 0008 Lena Dibuai Mimpi yang Kusendiri Hajati Malam Jumaat, suasana tenang. Namun, hatiku bergoncang. Apakah cinta? Tidak, ternyata cutiku hampir ke penghujungnya. Bilakah lagi saat aku dapat bercita-cita, berseru-seru? Buku setinggi harapan ditumpuk menggunung. Panji azam yang terus berkibar, obor semangat yang kian malap. Dimanakah sang wira ? Bukankah mereka ada ? Oh, aku terlupa melihat ke kaca! Yang mampu mengubah aku hanyalah aku, bukan yang lain. Bayu selembut kapas, membuat kalbu kian terimbas memori silam di lembah asmara berpadu. Aku lemah ? Tidak sekali-kali… "Damai itu ketika kau mula menerima dan bergerak walaupun sedikit. Bukan mengeluh dan berteleku diam" 20250502, 0103 Lafaz yang Tertutup Bila kali terakhir aku turun? Oh, rasanya hampir 2 tahun lepas. Tak lama lagi genaplah Rasa? Tidak perlu. Ketika topeng boleh bertukar mengapa setiap emosi perlu hadir dengan rasa Pelan... Ya, kau ada pelan yang besar. Bukan untuk mereka, tapi untuk aku. Jalan ? Ja...