Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2024

#1 Drama Korea Suatu Ketagihan ?

ISNIN, 202241209, 16:26.   Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Annyeong-haseyo! Sudah lama tidak menulis. Insya-allah saya akan cuba untuk menulis denga lebih kerap selepas ini. Doakan saya!  Saya terpanggil untuk kembali menonton semula drama Korea. Sebenarnya sudah agak lama saya tidak menonton drama korea, namun tiba-tiba saya terdetik untuk menonton mana-mana drama baharu yang ditayangkan kini. Semuanya berpunca malam semalam ketika saya ingin melelapkan mata dan tak mampu tidur. Saya teringat kenanagan lepas. Saya setuju bahawa lagu bukan sahaja megandungi cerita tetapi merakamkan kenangan. Bahkan, lagu  yang saya dengar semalam membuatkan saya berfikir kembali tentang perkara yabg sudah saya tinggalkan hampir 4 tahun lepas.      Sebenarnya saya mula menonton drama korea hanya kerana ingin bergaul dengan kawan-kawan perempuan ketika kasih berada di sekolah. Ketika itu, umur 14 tahun merupakan waktu yang boleh dikatakan remaja sedang mencari ide...